Pengikut

Selasa, 29 November 2011

Kawal Diri

Hari ini dah masuk hari yang ketujuh saya ke Klinik Kesihatan Simpang Empat untuk pemeriksaan tekanan darah. Semalam catatan yang direkodkan 140/80 mmhg. Sebelumnya juga begitu 140/80mmhg. Hari ini ingatkan boleh  menurun, rupa-rupanya lagi naik 144/88 mmhg. 

Tak tahulah di mana silapnya. Saya dapat rasakan saya tidak dapat kawal diri semasa pemeriksaan dilakukan. Bukan disebabkan penyakit darah tinggi. Walaupun ibu saya mengidap penyakit darah tinggi. 

Pembantu perubatan itu menasihati saya untuk berjumpa doktor kali terakhir esok untuk mengambil keputusan ujian air kencing supaya memberitahu bahawa saya selalu gemuruh dan tidak dapat kawal diri. Nanti bolehlah mereka mengambil kira faktor itu sama. Kalau tidak saya risau keputusan pemeriksaan saya akan tersangkut. 

"Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Tenangkan hatiku, fikiranku supaya segala-galanya berjalan dengan lancar."

4 ulasan:

  1. Assalammualaikum saudara,

    saudara juga penulis. bekas pelajar UPM. saya juga. alhamdulillah semoga perkenalan ini membawa kepada silaturrahim sesama insan. saudara juga penulis dan pernah memenangi HKSU. tahniah saya ucapkan dan semoga sentiasa diberi ilham oleh Allah Taala untuk terus berkarya.

    Nota: semoga diberi kesihatan yang baik juga oleh Allah. saya doakan Insyaallah

    BalasPadam
  2. Terima kasih kepada EN ILHAM, saya baru saja belajar untuk menulis. HSKU itu diharap dapat memberi semangat kepada saya untuk terus menyumbang idea dalam dunia penulisan.Terima kasih juga atas doa itu.

    BalasPadam
  3. Oh, gelisah pun boleh naikkan tekanan darah rupanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh naikkan tekanan darah. Kena banyak bersabar.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78