Assalamualaikum semua.
Entri ringkas ini saya ingin berkongsi dengan kalian, komen pembaca Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa buku pertama saya ini. Saya sangat berbesar hati apabila menerima komen daripada seorang pembaca ini menerusi kiriman e-mel. Terima kasih saya ucapkan.
Kepada yang telah membaca kumpulan cerpen ini, saya amat mengalu-alukan komentar kalian. Barangkali ada kekurangan yang saya tidak nampak, begitu juga sebaliknya. Kumpulan cerpen ini menghimpunkan 15 cerpen remaja sepanjang penulisan saya iaitu dari tahun 2010 hingga 2012.
Kepada yang berminat boleh dapatkan di Kedai Buku 1Malaysia yang merupakan pengedar buku terbitan ITBM. Ataupun boleh beli secara atas talian di laman ITBM. Di tangan saya belum ada stok. Jika ada nanti, akan saya maklumkan. Buku ini berharga RM20.00 sahaja.





