Pengikut

Sabtu, 25 November 2017

10 Perkara yang Ulat Buku Suka Buat dan Tak Suka Buat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Bolehlah dikatakan saya ini suka pada buku dan suka membaca atau istilah lain ulat buku. Sebagai pencinta buku, ada perkara yang saya suka buat dan ada perkara yang saya tak suka buat. 

1] Pengalaman saya membaca buku, tidak sesekali akan membaca halaman terakhir untuk mengetahui cerita atau menyudahkan pembacaan lebih awal. 

2] Tidak akan menyelak halaman seterusnya selagi tidak habis dibaca halaman sebelumnya. Dengan kata lain, ikut urutan. Tak suka langkau-langkau atau tebuk-tebuk. 

3] Kadangkala kalau buku yang dibaca "tak boleh masuk", saya tinggalkan dahulu. Ambil buku lain pula. 

4] Tidak suka melipat halaman buku apatah lagi "menconteng" buku atau menanda sesuatu pada halaman tertentu. Oleh itu, kalau ada yang berhajat nak pinjam koleksi buku saya kena fikir banyak kali dululah.

5] Kalau baca kumpulan cerpen atau puisi, perkara pertama yang wajib baca ialah prakata dan kata pengantar.

6] Kalau sibuk sangat, bahagian ini saya baca dulu, kemudian ada masa baru baca isinya.

7] Ada buku yang ada biodata penulis dan sebaliknya. Bahagian ini juga saya suka baca. Walaupun dah pernah baca biodata penulis tu sebelum ini, tetap juga ingin membacanya.

8] Sejak bekerja lebih suka membaca buku yang dibeli sendiri daripada meminjam daripada sesiapa ataupun di mana-mana.

9] Saya tak ada masa tertentu untuk membaca. Adakala sela masa menonton TV pun sempat lagi membaca.

10] Pantang saya membaca dalam kenderaan bergerak. Pening!

Hangpa pula lagumana?


4 ulasan:

  1. Saya suka conteng dan garis isi penting kecuali novel atau buku cerita. Kalau buku ilmiah atau buku umum saya akan sediakan pen merah untuk conteng atau garis. Mungkin terbawa-bawa tabiat membaca nota kot.

    BalasPadam
  2. paling benci orang yang pinjam buka saya lepas tu buat2 lupa nak pulangkan...sungguh ni tak tipu :D

    BalasPadam
  3. Saya suka membeli dan membaca buku;)he3...Tahniah Cikgu Helmi!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78