Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Kumpulan Cerpen: Perempuan Rebel memuatkan 14 cerpen penulis muda berbakat kelahiran Kelantan.
Cerpen tersebut teradun daripada cerpen eceran yang pernah disiarkan dan belum pernah disiarkan.
Buku yang diterbitkan oleh FuFu Terbit ini turut memuatkan cerpen 
pertama penulis yang disiarkan dalam media cetak - Tunas Cipta iaitu 
Padi Berbuah, Pagar Mereput.
Saya
 kira, cerpen Deritanya Bukan Kepalang tampil lebih istimewa dalam buku 
yang berharga RM20.00 ini kerana pernah memenangi hadiah penghargaan 
HSKU 2012.
Bagi saya kumpulan cerpen ini layak dijudulkan dengan Kumpulan Cerpen Remaja. Apabila digolongkan sebagai kumpulan cerpen remaja buku ini dilihat ada kekuatannya untuk bersaing dalam HSPM, sebaliknya hanya dijudulkan sebagai kumpulan cerpen umum.
Walau apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Syuhada Salleh yang berjaya melangkah setapak lagi dalam dunia penulisan negara daripada penulis eceran kepada penulis buku.
*Rakan-rakan yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh berurusan dengan penulisnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan