Pengikut

Sabtu, 31 Oktober 2015

Jasni Matlani Penerima SEA Write Awards ke-37/2015

Assalamualaikum.



Buku terbaru yang masuk koleksi bacaan saya untuk akhir bulan ini.

1. Saya suka membaca kumpulan cerpen daripada novel.

2. Ketika Hujan Renyai-renyai merupakan kumpulan cerpen ketiga Ahmad J Husein yang saya miliki. Khabarnya penulis ini telahpun memiliki empat kumpulan cerpen.

3. Dua lagi kumpulan cerpen Jasni Matlani yang saya miliki menjadi kan keseluruhannya tiga. Penulis ini telah menerbitkan lapan kumpulan cerpen. 

4. Siapakah cerpenis Malaysia yang telah berjaya menerbitkan lebih daripada lapan kumpulan cerpen? Adakah Jasni telah mencipta rekod tersendiri?

Jasni Matlani Penerima SEA Write Awards ke-37

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Tuan Jasni Matlani yang diumumkan sebagai penerima S.E.A. Write Awards ke-37. Jika tidak silap saya, penilaian tersebut dibuat untuk genre cerpen. Sudah terang lagi bersuluh, beliau sudah layak menerima anugerah ini memandangkan telah menerbitkan lapan kumpulan cerpen. 

Antaranya, "Pembunuh Anarki", "Cerita Monyet, Anjing dan Pohon Ginkgo", "Cerita Kota Kami", "Pemburu Mimpi", "Negeri Malam", "Laron", "Dunia Iris", dan "Hujan Putih".

Saya masih tertanya-tanya lagi, ada lagi cerpenis di Malaysia yang telah menerbitkan lebih daripada lapan kumpulan cerpen? Jika tidak ada, sememangnya beliau berada pada tahap tersendiri.

Akhirnya juga, dengan pengiktirafan ini harap-harap dapatlah beliau mengisi ruangan Karyawan Bulan Ini (KBI) Dewan Sastera yang pada pemerhatian saya belum pernah namanya dipilih.

Penerima SEA Write Award sejak 1979-2015


1.1979 A.Samad Said
2.1980 Baha Zain
3.1981 Abdullah Hussain
4.1982 Usman Awang
5.1983 Adibah Amin
6.1984 A Latif Mohidin
7.1985 Arena Wati
8.1986 Kemala
9.1987 Noordin Hassan
10.1988 Azizi Hj Abdullah
11.1989 Siti Zainon Ismail
12.1990 S.Othman Kelantan
13.1991 Jihaty Abadi
14.1992 Amil Jaya (Sabah)
15.1993 Dharmawijaya
16.1994 A Wahab Ali
17.1995 Suhaimi Hj Muhammad
18.1996 Zaharah Nawawi
19.1997 Muhammad Hj Salleh
20.1998 Othman Puteh
21.1999 Khatijah Hashim
22.2000 Lim Swee Tin
23.2001 Zakaria Ariffin
24.2002 Anwar Ridhwan
25.2003 Zakaria Ali
26.2004 Zurinah Hassan
27.2005 A Ghafar Ibrahim
28.2006 Jong Chian Lai 
29.2007 Rahman Shaari
30.2008 Hatta Azad Khan
31.2009 Azmah Nordin (Sabah)
32.2010 Zaen Kasturi
33.2011 SM Zakir
34.2012 Ismail Kasan
35.2013 Malim Ghozali PK
36.2014 Zam Ismail
37.2015 Jasni Matlani (Sabah)

Sumber: Pustaka Iqbal Nazim 2015

Selasa, 27 Oktober 2015

26 Cerpen Remaja yang Dinilai di Peringkat Akhir HSKU 2014

Assalamualaikum.


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Pemenangpun telah diketahui dan hadiah juga telah disampaikan.

Tahniah kepada pemenang. Boleh rujuk senarai pemenang kategori cerpen remaja

Walau bagaimanapun, sebelum 9 buah cerpen diberi hadiah, terlebih dahulu sejumlah cerpen di bawa ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.

Pada tahun 2014 sebanyak 108 buah cerpen yang disiarkan dalam pelbagai media terbitan Kumpulan Utusan.

Setelah Panel Penilai membuat saringan awal mengikut kriteria yang ditetapkan, Panel Penilai telah menyenaraikan 26 buah cerpen remaja yang layak dinilai ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.

Karya yang disenaraikan itu adalah sebagaimana berikut:

1. "Aku Ingin Sekuat Ayah", Jelison Jupin - Mingguan Malaysia, 16 November 2014

2. "Anak Nyah Tok Kemah", Zaman Azad Khan - Mingguan Malaysia, 26 Januari 2014

3. "Anak Si Penjual Santan", Mohd Haniff Mohammad Yusoff - Harmoni, 15 November 2014

4. "Antara Dua Rumah di Lereng Bukit", Mawar Safie - Harmoni, 15 Oktober 2014

5. "Biar Ramadan Bercerita", Husna Nazri - Harmoni, 15 Jun 2014

6. "Bot Air 10", Abang Median Abang Said - Mingguan Malaysia, 6 April 2014

7. "Debu-debu Mimpi Chao Phraya", Mohd. Hashim Osman - Mingguan Malaysia, 28 September 2014

8. "Di Bawah Pohon Kekabu pada Suatu Senja", Noraini Osman - Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2014

9. "Enta Liberal", A. Muziru Idham - Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014

10. "Ibu Pertiwi", Azman Hussin - Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014

11. "Kekabu Mimpi", Mohd Helmi Ahmad - Harmoni, 1 September 2014

12. "Leluhur", Haniff Yusoff - Mingguan Malaysia, 30 November 2014

13. "Mama", NF Abdul Manaf - Mingguan Malaysia, 27 April 2014

14. "Maraton Kampung", Rebecca Ilham - Mingguan Malaysia, 5 Oktober 2014

15. "Menziarahi Kenangan", Roslan Hanafi - Mingguan Malaysia, 27 Julai 2014

16. "Obama Datang ke Kampung Kami", Ana Balqis - Mingguan Malaysia, 15 Jun 2014

17. 'Pelita Jiwa Ayah", Husna Nazri - Mingguan Malaysia, 25 Mei 2014

18. "Permintaan Andra", Nur Qamarina Annuar - Harmoni, 1 Januari 2014

19. "Rakit Buluh di Tahun Baru", Mohd Helmi Ahmad - Harmoni, 15 Januari 2014

20. "Raya atas Kuburan", Kamal Ishak - Wanita, Oktober 2014

21. "Rumah Kecil Mama", Haswida Abu Bakar - Wanita, Disember 2014

22. "Sara D", Zainal Rashid Ahmad - Wanita, Julai 2014

23. "Sebuah Rumah Sekeping Maruah", Marsli N.O - Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014

24. "Suara", Tiras R - Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014

25. "Tertugu di Hati", Syuhada Salleh - Mingguan Malaysia, 11 Mei 2014

26. "Ulang Tahun Bonda", Hafizah Iszahanid - Mingguan Malaysia, 7 September 2014

Tahniah!

Isnin, 26 Oktober 2015

27 Cerpen yang Dinilai di Peringkat Akhir HSKU 2014

Assalamualaikum.



Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Pemenangpun telah diketahui dan hadiah juga telah disampaikan.

Tahniah kepada pemenang. Boleh rujuk senarai pemenang kategori cerpen

Walau bagaimanapun, sebelum 9 buah cerpen diberi hadiah, terlebih dahulu sejumlah cerpen di bawa ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.

Pada tahun 2014 sebanyak 108 buah cerpen yang disiarkan dalam pelbagai media terbitan Kumpulan Utusan.

Setelah Panel Penilai membuat saringan awal mengikut kriteria yang ditetapkan, Panel Penilai telah menyenaraikan 27 buah cerpen yang layak dinilai ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.


Karya yang disenaraikan itu adalah sebagaimana yang berikut: 

1. "Anugerah", Saza S - Mingguan Malaysia, 23 Mac 2014

2. "Bara Sang Suri", Zaniffa Azzura Abdullah - Mingguan Malaysia, 20 Julai 2014

3. "Bari Orang Lepe Kabu", S.M Zakir - Mingguan Malaysia, 16 Mac 2014

4. "Bertemu Berly Vergara", Nimoiz T.Y - Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014

5. "Cerita Sebuah Bukit", Salina Ibrahim - Mingguan Malaysia, 23 November 2014

6. "Cerita yang Merayap-rayap tentang Gaza", Ruhaini Matdarin - Mingguan Malaysia, 24 Ogos 2014

7. "Delusisma 2.0 (Denggi)", Fahd Razy - Mingguan Malaysia, 16 Februari 2014

8. "Dendam Sang Rajuna Tapa", Muhd Mansur Abdullah - Mingguan Malaysua, 2 Februari 2014

9. "Dinding", Ariff Hamzah - Mingguan Malaysia, 1 Jun 2014

10. "Hikayat Tanah Danu", Zainal Rashid Ahmad - Mingguan Malaysia, 18 Mei 2014

11. "Hingyaku", Ratna Laila Syahidin - Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2014

12. "Inderasyawal Gaza", Muzaf Ahmad - Mingguan Malaysia, 3 Ogos 2014

13. "Jalur Katarsis", Wan Marzuki Wan Ramli - Mingguan Malaysia, 7 Disember 2014

14. "Kapitam Pesawat Amdan Negara", Rahimah Muda - Mingguan Malaysia, 13 April 2014

15. "Minda Merdeka", Nazrul Izzuan Mohamad Idris - Mingguan Malaysia, 9 Mac 2014

16. "Pahlawankah Kucing Kami?", Saifullizan Yahaya - Mingguan Malaysia, 19 Januari 2014

17. "Pelabuhan Terakhir", Omar Mamat - Mingguan Malaysia, 22 Jun 2014

18. "Pesanku pada Hujan", Malim Ghozali PK - Mingguan Malaysia, 13 Julai 2014

19. "Psiko", Fudzail - Mingguan Malaysia, 8 Jun 2014

20. "Sang Sutradara", Adam Mustakin - Mingguan Malaysia, 30 Mac 2014

21. "Saya Orang Kecil", Sharif Putera - Mingguan Malaysia, 14 September 2014

22. "Sebongkah Batu di Tengah Padang Bola", Alias Ismail - Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014

23. "Selangai Salang Jemur", Zainal Rashid Ahmad - Mingguan Malaysia, 19 Oktober 2014

24. "Selimut", Maskiah Masron - Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014

25. "Tarikh Melayu", Azman Hussin - Mingguan Malaysia, 20 April 2014

26. "Tersesat di Sebuah Negeri", Khairil Idham Ismail - Mingguan Malaysia, 14 Disember 2014

27. "Tiga Abdul & Tsunami", Kamis Abdul Salam - Mingguan Malaysia, 9 Februari 2014

Tahniah.

Sabtu, 24 Oktober 2015

33 Puisi yang Dinilai di Peringkat Akhir HSKU 2014

Assalamualaikum.


Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) 2014 telah pun melabuhkan tirainya. Pemenangpun telah diketahui dan hadiah juga telah disampaikan.

Tahniah kepada pemenang. Boleh rujuk senarai pemenang kategori puisi

Walau bagaimanapun, sebelum 9 buah puisi diberi hadiah, terlebih dahulu sejumlah puisi di bawa ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.

Pada tahun 2014 sebanyak 262 buah puisi yang disiarkan dalam pelbagai media terbitan Kumpulan Utusan.

Setelah Panel Penilai membuat saringan awal mengikut kriteria yang ditetapkan, Panel Penilai telah menyenaraikan 33 buah puisi yang layak dinilai ke peringkat akhir ataupun selanjutnya.



Karya yang disenaraikan itu adalah sebagaimana yang berikut: 

1. "Arik", Hilmi Rindu - Mingguan Malaysia, 1 Juna 2014

2. "Bertengger di Pohon yang Sama", Mohamad Saleeh Rahamad - Mingguan Malaysia, 13 Julai 2014

3. "Biarkan Danbo Terpadam", Muzaf Ahmad - Mingguan Malaysia, 26 Januari 2014

4. "Cabaran Terbaharu Abad ke-21 Pula ialah Kelunturan Semangat Nasionalisme, Patriotisme", Rosli K. Matari - Mingguan Malaysia, 30 November 2014

5. "Dari Mimbar Shinjuku", Syafiq Zulakifli - Mingguan Malaysia, 30November 2014

6. "Di Bawah Langit Melarah, Aku Ingin Berdoa", Hashim Yaacob - Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014

7. Di Luar Jendela", Suwanlerd Pro Poul - Mingguan Malaysia, 12 Janauari 2014

8. "Di Padang Sarjana", Tuah Sujana - Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014

9. "Gerai Persahabatan", Husna Nazri - Mingguan Malaysia, 19 Januari 2014

10. "Gurindam Kebenaran", Nazim Subari - Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014

11. "Hidangan Ingatan", Fauzan Zain - Mingguan Malaysia, 2 Februari 2014

12. "Jaulah Sampai Syurga", Muzaf Ahmad - Mingguan Malaysia, 7 September 2014

13. "Kala Tiupan", Rosmiaty Shaari - Mingguan Malaysia, 9 Februari 2014

14. "Kalaulah Papa Memukulmu, Adib", Rahimidin Zahari - Mingguan Malaysia, 23 Februari 2014

15. "Klorofil", Ramlan Abd. Wahab - Mingguan Malaysia, 7 September 2014

16. Krematorium", Rositah Ibrahim - Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014

17. "Memandang ke Seberang", Shapiai Muhammad Ramly - Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2014

18. "Mencari Cinta di Bawah Bulan", Wadi Leta S.A - Mingguan Malaysia, 7 September 2014

19. "Menjahit Baju Tahun", Zulkifli Mohd. Top - Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014

20. "Perempuan yang Mencintai Purnama", Raihani Mohd. Saaid - Mingguan Malaysia, 14 Disember 2014

21. "Peristiwa di Halaman Rumah", Ainunl Muaiyanah Sulaiman - Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014

22. "Piai dan Badai", Syaidul Azam Kamarudin - Mingguan Malaysia, 29 Jun 2014

23. "Rawan Setiawan", Zulfazlan Jumrah - Mingguan Malaysia, 7 September 2014

24. "Sampah", Shapiai Muhammad Ramly - Mingguan Malaysia, 15 Jun 2014

25. "Sekebun Sejarah di Tangan Anarkis", Husna Nazri - Mingguan Malaysia, 9 Februari 2014

26. "Sekumpulan Cerita tentang Si Penukang Cerita II", Hani Salwah Yaakub - Mingguan Malaysia, 9 Mac 2014

27. "Selepas Musim Hujan", Abizai - Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014

28. "Sepatu Hijrah", Ratna Laila Shahidin - Mingguan Malaysia, 2 November 2014

29. "Sesumpah", Shukri Abdullah - Mingguan Malaysia, 19 Oktober 2014

30. "Surat Malam", Wafa Alwa Alias - Harmoni, 15 Mac 2014

31. "Tanah Bergaris Matahari", S/M. Zakir - Mingguan Malaysia, 14 September 2014

32. "Tiga Catatan di Gaza", Husna Nazri - Wanita, Oktober 2014

33. "Venatus Mutante", Raihani Mohd. Saaid - Mingguan Malaysia, 2 Mac 2014

Tahniah!

Selasa, 20 Oktober 2015

Senarai Pemenang HSKU 2014 (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil)

Assalamualaikum.



Tahniah kepada semua pemenang


Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) 2014
Novel Remaja
1. Nazri Hussein – Kudup Hujan Tropika
Tiada pemenang tempat pertama dan kedua.

Kategori Kajian & Rencana Sastera
1. Dato’ Rahman Shaari – Estetika Pantun Wan Khazim, Mingguan Malaysia, 28 Disember 2014
2. S.M Zakir - Realisme Baru Zainal Rashid, Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014

Kategori Puisi
Hadiah Utama
1. Siti Raihani Mohamed Saaid – Perempuan yang Mencintai Purnama, Mingguan Malaysia, 14 Disember 2014
2. Tuah Sujana – Di Padang Sarjana, Mingguan Malaysia, 5 Januari 2014
3. Dr Mohamad Salleh Rahamad – Bertengger di Pohon yang Sama, Mingguan Malaysia, 13 Julai 2014

Hadiah Penghargaan
1. Shapiai Mohd Ramly – Memandang ke Seberang, Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2014
2. Zulfazlan Jumrah – Rawan Setiawan, Mingguan Malaysia, 7 September 2014
3. Muzaf Ahmad – Jaulah Sampai Syurga, Mingguan Malaysia, 7 September 2014
4. Ratna Laila Shahidin – Sepatu Hijrah, Mingguan Malaysia, 2 November 2014
5. Nazim Mohd Subari – Gurindam Kebenaran, Mingguan Malaysia, 17 Ogos 2014
6. Syafiq Zulakifli – Dari Mimbar Shinjuku, Mingguan Malaysia, 30 November 2014

Kategori Cerpen
Hadiah Utama
1. Mohd Fudzail Mohd Nor – Psiko, Mingguan Malaysia, 8Jun 2014
2. Ratna Laila Shahidin – Hingyaku, Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2014
3. Zaniffa Azzura Abdullah – Bara Sang Suri, Mingguan Malaysia, 20 Julai 2014

Hadiah Penghargaan
1. Dr. Maskiah Masrom – Selimut, Mingguan Malaysia, 12 Januari 2014
2. Malim Ghozali PK – Pesanku pada Hujan, Mingguan Malaysia, 13 Julai 2014
3. Fahd Razy – Delusisma 2.0 (Denggi), Mingguan Malaysia, 16 Februari 2014
4. Saifullizan Yahaya – Pahlawankah Kucing Kami?, Mingguan Malaysia, 19 Januari 2014
5. S.M Zakir – Bari Orang Lepe Kabu, Mingguan Malaysia, 16 Mac 2014
6. Adam Mustakim – Sang Sutradara, Mingguan Malaysia, 30 Mac 2014

Kategori Cerpen Remaja
Hadiah Utama
1. Rebecca Ilham – Maraton Kampung, Mingguan Malaysia, 5 Oktober 2014
2. Mohd. Hashim Osman – Debu-debu Mimpi Chao Phraya, Mingguan Malaysia, 28 September 2014
3. Nazri Hussein – Pelita Jiwa Ayah, Mingguan Malaysia, 25 Mei 2014

Hadiah Penghargaan
1. Dr Mawar Safei – Antara Dua Rumah di Lereng Bukit, Harmoni, 15 Oktober 2014
2. A. Muziru Idham – Enta Liberal, Mingguan Malaysia, 10 Ogos 2014
3. Noraini Osman – Di Bawah Pohon Kekabu pada Suatu Senja, Mingguan Malaysia, 12 Oktober 2014
4. Azman Hussin – Ibu Pertiwi, Mingguan Malaysia, 21 Disember 2014
5. Haswida Abu Bakar – Rumah Kecil Mama, Wanita Disember 2014
6. Tiras R – Suara, Mingguan Malaysia, 6 Julai 2014

Selasa, 6 Oktober 2015

Aturan Mengisi LNPT HRMIS 2015

Assalamualaikum.


Pada tahun 2015, guru-guru dikehendaki mengisi LNPT melalui dalam talian (online) HRMIS. Tarikh akhir untuk guru-guru berbuat demikian ialah 9 Oktober 2015. Ikuti langkah-langkah di bawah sebagai panduan. 


1. https://hrmis2.eghrmis.gov.my (Log Masuk Pengguna)
2. Masukkan kata laluan
- ID Pengguna : Nombor Kad Pengenalan
- Kata Laluan : (Kata laluan adalah ciptaan sendiri)
3. Pergi ke Pengurusan Prestasi
4. Klik di Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
5. Pergi ke FUNGSI
6. Klik di Sasaran Kerja Tahunan - Pegawai yang dinilai - Sasaran Kerja Tahunan 
7. Klik TERUSKAN (akan keluar "ADAKAH INGIN MEWUJUDKAN LNPT 2015.") Klik OK.
8. Klik TERUSKAN sekali lagi
9. Klik Butang TAMBAH (akan keluar AKTIVITI/PROJEK KETERANGAN)
10. Sila isi di ruang Aktiviti/Projek Keterangan : SEPERTI DI LAMPIRAN BUKU REKOD MENGAJAR
11. Seteah selesai si la tekan butang SIMPAN (Pastikan keluar perkataan BERJAYA DISIMPAN)
12. Setelah selesai sila keluar dari bahagian tersebut.
13. Pergi ke FUNGSI
14. Klik di Penilaian Prestasi - Pegawai yang Dinilai.
15. Klik di PRESTASI 2015 (tulisan warna biru).
16. Pergi ke BAHAGIAN II.
17. Sila isi dibahagian KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI DAN JUGA LATIHAN.
18. Setelah selesai sila tekan butang SIMPAN.

Semoga Berjaya


Isnin, 5 Oktober 2015

Tukar Sim Card Rosak Tapi Masih Boleh Guna Nombor Telefon Sama

Assalamualaikum.



Siapa yang tak gelabah apabila telefon pintarnya tertera ayat ini; "Mobile Network Not Available". Pada mulanya saya ingatkan mungkin pada ketika itu "line" tidak ada. Namun keesokannya pun masih begitu, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada telefon saya. 

Jadi saya mengambil keputusan untuk ke kedai telefon yang berdekatan. Setelah diperiksa, sah sim card nombor telefon saya rosak. Setelah 10 tahun saya menggunakan sim card nombor ini, akhirnya menemui titik penamat.

Saya mempunyai pilihan sama ada:

1. Menukar sim card baharu dengan nombor baharu
2. Menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama ataupun 
3. Menukar sim card baharu dengan mengekalkan nombor lama tetapi menggunakan perkhidmatan lain seperti Diggi.

Saya mengambil keputusan untuk menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama. Oleh itu, saya bergegas ke Maxis Centre. 

Cara menukar sim card rosak tapi masih mahu menggunakan nombor telefon sama

1. Di Maxis Centre, beritahu kepada penjaga kaunter perkhidmatan itu bahawa sim card anda rosak. Tetapi anda masih mahu menggunakan nombor telefon yang sama. 

2. Anda dikehendaki memberikan kad pengenalan kepada penjaga kaunter perkhidmatan tersebut.

3. Anda juga dikehendaki mengisi borang dan beberapa maklumat pada borang tersebut seperti nama penuh, nombor telefon asal, nombor kad pengenalan dan tandatangan.

4. Anda dikehendaki membuat pengesanan cap ibu jari kanan untuk mengesahkan nombor telefon itu sememangnya milik anda yang sah berdaftar. 

5. Bayaran penukaran sim card baharu adalah RM10 sahaja.

Selesai.


Jumaat, 2 Oktober 2015

Guru yang Menulis

Assalamualaikum.


Saya tidak pernah berhenti mempromosikan buku saya. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa dan Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan. Salah satu bentuk promosi yang saya lakukan adalah melalui pertukaran buku sesama penulis. Terkini, saya buat pertukaran buku dengan dua orang penulis. 

Ops Dabai dan Kekasih Alam merupakan karya Salleh Hashim. Salleh Hashim merupakan seorang guru. Kedua-dua novel ini merupakan hasil daripada Program Pengkarya Guru. Sememangnya, program ini amat bermanfaat dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat guru yang minat menulis. Barangkali ada guru yang minat menulis, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya dan menyalurkan manuskrip tersebut. Dengan adanya program sebegini, guru akan terbimbing. 

Kumpulan Cerpen: Labah-labah Berkaki Lapan pula merupakan tulisan Syikin Zauzi. Kumpulan cerpen ini mengandungi 12 buah cerpen terbitan ITBM. Saya berharap, penulis akan terus menulis dan menghasilkan karya yang bermutu untuk bacaan masyarakat.

Saya amat berbesar hati apabila penulis-penulis menyambut baik pelawaan saya untuk bertukar-tukar buku. Tujuan saya hanya untuk menyemarakkan dunia penulisan, penerbitan dan pembacaan. 

Khamis, 1 Oktober 2015

Sketsa Karikator yang Mempersendakan Kerjaya Guru

Assalamualaikum.



Bukan kali pertama saya dengar, baca dan perhatikan yang mana kerjaya guru dipersendakan. Paling ketara apabila masyarakat memandang kerjaya guru kerjaya yang banyak cuti. Setahun persekolahan, guru mendapat pelbagai cuti termasuklah cuti bencana. 

Baru-baru ini terbit satu sketsa karikator di sebuah akhbar yang seolah-olah mempersendakan kerjaya guru. Oh, sebagai seorang guru, saya amatlah kecewa dengan tanggapan ini. Bagi saya, setiap kerjaya mempunyai peranannya sendiri. 

Betullah mengikut pekeliling, guru hanya bertugas lima hari seminggu dari jam 7.30 pagi dan ada yang sudah menamatkan waktu persekolahan pada jam 1.30 tengah hari. Jika di sekolah menengah boleh mencecah jam 2.30 petang. 

Namun itu masa rasmi waktu bertugas seorang guru. Bagaimana pula dengan waktu tidak rasmi? Kerja-kerja guru tidak pernah selesai setakat waktu rasmi itu sahaja. Adakala berlarutan hingga petang dan malam serta hujung minggu juga. 

Berbanding kerjaya lain, pelanggan guru ialah murid. Murid itu ialah manusia. Bukan mudah untuk berurusan dengan manusia. Pepatah ada mengatakan, doktor jika tersalah bagi ubat akan rosak seorang itu sahaja, tetapi guru jika tersalah mengajar akan rosak semua generasi muridnya. 

Tugas mencabar guru kini yang bukan sahaja mengajar di dalam kelas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada guru. Bahkan kerja-kerja itu tidak siap jika dilakukan hanya pada waktu persekolahan rasmi sahaja. Oleh itu, kerja-kerja itu akan dilakukan di luar waktu bekerja. Jika hendak disenaraikan tugas lain sudah tentulah banyak dan tugas itu tidak tetap yang itu-itu sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78