Pengikut

Sabtu, 8 November 2014

Cerpen: Lambaian Kuala Lumpur dalam Jelita

Assalamualaikum.

Sudah masuk hari kelapan bulan November barulah saya menerbitkan entri. Jika dihitung jumlah entri belakangan ini semakin susut jumlahnya. Walaupun entri baru tidak diterbitkan, setiap hari saya masih membuka blog ini untuk tatapan sahaja. 



LAMBAIAN KUALA LUMPUR merupakan cerpen terkini saya yang disiarkan dalam majalah Jelita, November 2014. Kepada pembaca majalah Jelita, bolehlah belek-belek ruangan cerpen. Cerpen lama ini telah lama saya tulis, namun baru dihantar ke media. Alhamdulillah, terima kasih kepada editor yang memberi peluang dan ruang untuk saya berkongsi cerita ini. 

Catatan lain:

Rindu untuk menulis lagi. Tetapi buat masa ini masa tidak mengizinkan. Kekangan tugas yang perlu dilangsaikan sebelum cuti persekolahan. Banyak lagi aktiviti ataupun program di sekolah yang belum selesai. Maka, kerja-kerja penulisan terbantut. 

Kepada yang berminat untuk memiliki Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa boleh membuat tempahan terus daripada saya. Stok buku ini masih ada. Manalah tahu jika ada guru-guru yang ingin menjadikan buku ini sebagai cenderamata untuk pelajar yang memenangi Anugerah Tokoh Nilam.

Insya-Allah, Kumpulan Puisi Remaja saya bakal terbit tidak lama sahaja lagi. Dijangka penghujung tahun ini juga. Nantikan, kemunculannya.

Saya turut menjadi sponsor GA Mamaniza. Tetamu Istimewa dijadikan hadiah kepada pemenang nanti, Jika yang berminat boleh sertai. 

Saya mohon maaf kepada rakan blogger kerana tidak dapat blogwalking ke blog rakan-rakan dalam masa terdekat ini. 



6 ulasan:

  1. InsyaAllah..Kak Erin nak pi carilah majalah ni.. Boleh baca cerpen cikgu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...masih berkesempatan menulis kan cikgu..tak pe dahulu yang penting

    BalasPadam
  3. akak dah beli majalah jelita dan dah baca cerpen cikgu..:D

    http://apen-idariana.blogspot.com/
    http://fyda-amryana.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. Tahniah cikgu ! Baru hari itu saya tertanya-tanya,kenapa cerpen cikgu lama tak ada ada dalam majalah,tiba-tiba keluar Jelita November 2014 ini.Hehe.Semoga cikgu terus menulis..:)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah tahniah cikgu Helmi.. semoga sentiasa mengimarahkan dunia penulisan tanah air.. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78