Pengikut

Khamis, 31 Mei 2012

Musim Cuti Sekolah VS Musim Perkahwinan


Kredit gambar dari shakirshafiee.com

Nampaknya musim cuti sekolah menjengah lagi. Diselang seli pula dengan musim perkahwinan. Begitu rancak sekali.

Arh... kawan-kawan yang sebaya mahupun muda sedikit sudah ramai yang menamatkan zaman bujang. Tidak kiralah lelaki atau perempuan. Ada yang sudah mempunyai anak. Bahagianya. Terasa diri ini sudah tu......

Nak buat macam mana belum sampai seru!

Kepada kawan-kawan yang melangsungkan majlis perkahwinan pada musim cuti sekolah ini saya ucapkan Tahniah, Selamat Pengantin Baru. Moga kekal hingga akhir hayat. Bahagia dan dimurahkan rezeki. Amin.

Rabu, 30 Mei 2012

Sejumlah Penulis Baharu Mengisi Ruangan di Tunas Cipta

Tunas Cipta terkini Mei 2012

Tunas Cipta edisi 2000

Saya melihat perkembangan Tunas Cipta pada tahun 2012 ini dari bulan Januari hinggalah bulan Mei 2012. Sejumlah penulis baharu diberi ruang dan peluang yang cukup luas. Saya berharap mereka ini tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Kerana melalui Tunas Ciptalah saya mula mengasah bakat dan membina tapak untuk terus berada dalam dunia penulisan kreatif ini. Mari kita perhatikan sejumlah penulis ini.

Ruangan Sejambak Ilham
1. Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri
2. Rahman D
3. Shafawati Mohd. Nor
4. Hafizi Radzi
5. Noraidah Siuh
6. Muhamad Hafizudin Ali
7. Ning Rashid
8. Nur Ilyani Alias
9. Imramlee Amir Hussin
10. Khairul Hakimi Mansor
11. Shah Nadzri
12. Rashedi Mahligai
13. Mohd. Fadzil Yusof
14. Aedi Asri Abdullah
15 Azmi Ibrahim
16. Muhammad Justin
17. Efandi Yusop
18. Anjan Ahzana
19. Muhammad Afzan Ismail
20. Mohd. Hafis Ismail
21. Muna Ali
22. Raden Qurratu 'Aini M. Mun'im
22. Maslijan Abd. Rasad
23. Hanim Musa
24. Rabiatul adawiyah Ab. Samad
25. Normaliza Azman Mah
26. Ramakrisnan a/l Ramasamy
27. Soh Li Wen
28. Solihin Abu Hasan
29. Shukri mohd. Ali
30. S. Fatimah Said
31. Muhammad Arif Bazli
32. Farahana Hussain
33. Faiz Suhaime
34. Arumi Kiswantoh
35. Tuah Sujana
36. Muzammil Rahim
37. Zaid saleh
38. S. Fatimah Said
39. Syukri Sapuan
40. Noorazila Abdullah
41. Muzasa
42. Azie Izziera
43. Ahmad Syafie Mahyani
44. Faiz suhaimie
45. Muhammad Afzan Ismail
46. Fahd Razy
47. Hasni Jamali
48. Siti Nur Faridah Sheikh Abd. Rahman
49. A. Muziru Idham
50. Shamsul Amin
51. Suinah Majangin
52. Muhd. Aizie
53. Mohd Haniff Mohammad Yusoff
54. Khalil Zaini
55. Hazwan Ariff Hakimi
56. Khalil Zaini
57. Zayrul Iqwan
58. Nor Najwa Azmee
59. Malijan Abd. Rasad
60. Kartini Kassim
61. Norhayati Abu Bakar
62. nur Izzatie Halim
63. Inan Naurah
64. Hani Salwa Yaakup
65. Efandi Yusop
66. Noor Syawalizda Ghazali @ Mohd Zain
67. Amir Rullah Mod. Noor
68. Muhammad Arif Din

Ruangan Nukilan Pena
1. Aliff Farhan Madehi
2. Siti Fatimah Mohd. Said
3. Fatul Khair Mohd. Dahlan
4. Nurul Syahida Kamarudin
5. Mohamad Fauzi Abdul Samad
6. Nimoiz T.Y
7. Zuki Zukifli
8. Khairul Hakimi Mansor
9. Nur Suhada
10. Nurul Qurratu 'aini Sulaiman
11. Bintang Kartika
12. Badariah Arbin
13. Hafizul Faiz
14. Aidamarni Salleh
15. Muhammad Syansuri Omar
16. Nur Syafiah Mohd Isa
17. Asmidar Alias
18. Nadiah Zaini
19. Roslan Daud

Untuk ruangan Sejambak Ilham hanya terdapat beberapa orang penulis sahaja yang puisinya tersiar dua kali yang lain-lainnya hanya sekali. Namun tidak dalam ruangan Nukilan Pena hanya setiap penulis hanya sekali sahaja cerpen mereka disiarkan dalam tempoh lima bulan ini.

Bukan semua penulis yang karyanya tersiar di ruangan Sejambak Ilham dan Nukilan Pena merupakan karya sulung. Ada antaranya sudah menempa nama dan ada juga yang karyanya berjaya menembusi media lain seperti Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri, S. Fatimah Said, Farahana Hussain, Tuah Sujana, Nimoiz T.Y, Roslan Daud, Hasni Jamali, Fahd Razy, Hazwan Ariff Hakimi, Khalil Zaini, Hani Salwah Yaakup, Syukri Sapuan, Shukri Mohd Ali, Solihin Abu Hassan, Anjan Ahzana, Azmi Ibrahim, Mohd Fadzil Yusof, Zaid Saleh, A Muziru Idham dan Mohd Haniff Mohammad Yusop. Barangkali ada lagi yang saya terlepas pandang. Lebih manisnya lagi ada di antaranya mantan MPR.

Sememangnya Tunas Cipta muncul tepat pada masanya di kala keterbatasan Dewan Sastera dalam menyiarkan karya-karya penulis Malaysia. Saya menasihati saya sendiri dan penulis-penulis baharu ini supaya lebih gigih, disiplin untuk terus memartabatkan dunia penulisan kreatif. Jangan mudah berpuas hati dan jangan pula cepat mengalah. Cabaran yang diharungi moga dijadikan guru yang terbaik dalam mengaut pengalaman untuk terus maju.

* Saya berharap kepada pembaca sekalian yang namanya tersenarai di atas sekiranya mempunyai blog dapat link - kan url anda kepada saya. Saya ingin berkenalan dengan lebih ramai kawan.


*Insyaallah saya akan cuba melihat sejumlah penulis yang sering terbit pula di Dewan Sastera.

Selasa, 29 Mei 2012

Puisi: Selamat Pagi Cikgu di Mingguan Warta Perdana


SELAMAT PAGI CIKGU merupakan puisi terkini yang tersiar di Mingguan Warta Perdana edisi 3 Jun 2012. Alhamdulillah. Ini merupakan puisi kedua saya yang disiarkan di MWP. Terima kasih editornya yang tidak jemu-jemu melayan kiriman karya saya saban bulan. 

SELAMAT PAGI CIKGU saya tulis selepas saya mengakhiri tempoh praktikum selama 3 bulan di SK Padang Kota, Perlis. Puisi ini saya sifatkan sederhana namun berjuang dalam senyap-senyap. Perhatikan rangkap terakhirnya. 


...............
Selamat maju jaya anak-anak muridku
cikgu mendoakan kesejahteraanmu
membesarlah dengan ilmu di dada
melangkahlah dengan penuh iltizam
percayalah kejayaan tidak pernah lari dari usaha
tapi kegagalan sentiasa mengintai di sebalik
mentari yang muncul di setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78