Pengikut

Khamis, 2 Mei 2013

Penyertaan untuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012

Setelah Timbalan Perdana Menteri mengumumkan yang HSPM akan diadakan setahun sekali, berbanding sebelum ini dua tahun sekali, penyertaannya telah pun mula dibuka. Kepada yang berminat untuk menyertai HSPM 2012, ayuh masih berbaki dua hari sebelum tarikh tutup 3 Mei 2013. Syarat-syaratnya bolehlah diperolehi daripada laman sesawang DBP. 

Apa yang boleh saya nyatakan di sini, kepada penulis yang ingin menghantar kategori eceran pastikan nombor ISSN nya disertakan sekali. Barangkali untuk karya yang disiarkan di majalah tidak menjadi masalah kerana ada disertakan, namun begitu sukar untuk mendapatkan nombor yang disiarkan di surat khabar. Penulis juga boleh menyemak nombor ISSN mereka melalui sistem OPAC. 

Bagi saya masa yang diberikan terlalu singkat. Sepatutnya, tarikh tutup perlu dilanjutkan selepas pilihan raya. Harapan saya juga, selepas ini cara penyertaanya juga dinaiktaraf. Bukan lagi penulis yang menghantar karya kerana HSPM bukanlah sayembara tetapi anugerah yang paling berprestij dalam dunia sastera Malaysia.

Walau bagaimanapun, selamat mencuba. Semoga berjaya!

P/S Selamat menyambut Hari Pekerja

Selasa, 30 April 2013

Karya Berganda di Hujung Minggu Dalam Berita Harian dan Mingguan Malaysia

Alhamdulillah, sesungguhnya setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan tanpa jemu pasti mendapat imbalan yang setimpal daripada Allah SWT. Itulah yang boleh saya gambarkan, apabila dua buah karya saya iaitu cerpen dan ulasan buku yang tersiar di Berita Harian (BH) dan Mingguan Malaysia semalam. 

LAFAZ NIAT SEORANG USTAZAH adalah dahwah atau sedikit ilmu yang hendak saya kongsikan dengan pembaca terutama untuk kaum Muslimah. Itu tidak bermakna kaum lelaki (suami) boleh lepas tangan kerana peranan ini juga haruslah sama-sama dipikul. Saya tampilkan watak Ustazah Hamimah sebagai penggerak cerita. Sebelum kejayaan dicapai pasti ada halangannya. Bertambah manisnya lagi setelah perjuangan itu menuju kejayaan. Kepada pembaca yang telah membaca cerpen ini bolehlah memberi ulasan. Saya terima seadanya. 


Untuk ulasan yang berjudul MENGHAYATI SENGSARA DAN KEMANUSIAAN pula adalah manisfestasi daripada sudut pandang pembacaan saya. Apa-apa yang saya tulis ini bukanlah memberi makna keseluruhan dan tidak bermakna juga wajah keseluruhan isi kumpulan puisi tersebut. Setiap pembaca boleh mentafsir dari kaca mata sendiri. Walau bagaimanapun, sememangnya kumpulan puisi ini perlu dihayati dengan hati nurani. 

Selamat membaca!


Isnin, 29 April 2013

Kembara Buku di PBAKL 2013

Setelah menghubungi rakan-rakan untuk mengajak ke PBAKL, mereka memberitahu bahawa masing-masing ada hal. Jadi, rasa terkilan juga kerana selalunya saya pergi bersama mereka. Namun begitu, semalam demi buku yang diidamkan menjadi milik saya, saya memberanikan diri untuk ke PBAKL seorang diri menaiki tren komuter. 

Sebenarnya, kembara ini sangat memberi pengalaman kepada saya. Mana tidaknya, setelah penat berjalan dari Putra ke PBAKL sewaktu baliknya, saya tersalah naik tren ke Batu Cave. Mujurlah cepat sedar. Kemudian, saya turun di Sentosa dan naik semula tren ke Putra. 

Setelah sampai di Batang Kali, hujan turun dengan lebat. Saya tidak menjangka jalan masuk ke rumah saya digenangi air yang sangat dalam. Hingga jalan terpaksa ditutup buat sementara waktu. Alhamdulillah, dengan lafaz bismillah, kereta yang menghantar saya pulang itu meredah juga jalan masuk ke rumah saya itu. Rasa takut pun ada. Cukuplah dengan pengalaman merasai banjir sewaktu belajar di Perlis dulu. 

Kembali ke topik asal, inilah buku-buku yang sempat saya beli. Kebanyakannya buku daripada terbitan ITBM. Dan ada juga dari DBP dan Cerdik Publication. Ada antaranya pula buku yang tidak dirancang disambarnya. Hanya tiga buah buku sahaja yang dirancang tetapi tidak dibeli. Entahlah, setelah ditimbang semula, rasa rugi pula.

Saya mengambil kesempatan ini juga untuk melanggan semula Tunas Cipta dan Dewan Sastera dengan Dawama. Siapa dapat teka berapa jumlah kesemua buku ini setelah dapat diskaun, yang saya kira paling banyak sekali dalam sejarah saya ke pesta buku?

Entah, bila hendak habis baca pun tidak tahulah!

Antara buku-buku ITBM yang dibeli

Kumpulan cerpen yang terbaharu ITBM, masih panas

Kumpulan puisi daripada penulis yang hebat

Himpunan karya yang hebat daripada penulis Malaysia, muda dan mapan

Kumpulan cerpen kanak-kanak dan 
Sepi Makin Memanjang (kumpulan cerpen terbaharu, Allahyarham Azizi Abdullah)

3 buku RM 10. Kumpulan cerpen Cerdik Publication

Majalh terbitan DBP edisi 2012. Edisi bulan Mei belum ada. 
Yang ada Dewan Budaya dan Dewan Kosmik sahaja.

Sebenarnya, saya masih menyimpan hasrat untuk ke sini sekali lagi. Rasa hendak membeli beberapa buah buku lagi. Tetapi, tidak tahu bila. Jika ada rezeki dapatlah! Jika tidak, saya cari di kedai buku sahaja nanti.

Kepada yang belum pergi, ayuh ke sana. Pasti anda akan berpuas hati, kecuali yang tidak gemar membaca dan membeli buku. Saya sarankan anda membawa beg galas untuk memudahkan anda membawa buku. Tidaklah sakit tangan hendak mengangkutnya. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78