Pengikut

Isnin, 2 Mac 2015

Permohonan Bursary (Tajaan) KPM Pelajar Cemerlang SPM 2014

Assalamualaikum.



MAKLUMAT BURSARY PELAJAR CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
TAHUN 2014 AMBILAN 2015 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Maklumat Lanjut: Aplikasi Bursary 

1. Bursary Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah merupakan penajaan di peringkat persediaan di dalam negara sebelum pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di universiti sama ada di dalam atau luar negara.

2. Bursary ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2014 yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dan ke atas.

3. Program persediaan yang ditawarkan Bursary KPM adalah berikut:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Pelajar boleh mengikuti program STPM di mana-mana sekolah yang menawarkan program ini. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.
Pelajar lepasan STPM berpeluang memohon masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

Matrikulasi
Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran KPM yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun.

Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi sahaja. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Kolej Matrikulasi Melaka
2. Kolej Matrikulasi Labuan
3. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
4. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
5. Kolej Matrikulasi Perlis
6. Kolej Matrikulasi Johor
7. Kolej Matrikulasi Perak
8. Kolej Matrikulasi Kedah
9. Kolej Matrikulasi Pahang
10. Kolej Matrikulasi Selangor
11. Kolej Matrikulasi Kelantan
12. Kolej Matrikulasi Sarawak 2/3

Asasi
Program persediaan Asasi adalah program pra-universiti anjuran KPM yang menawarkan kursus persediaan seperti Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sastera. Program ini adalah menjurus kepada kemasukan pengajian ijazah pertama di IPT dalam negara. Tempoh pengajian adalah selama setahun. Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi berikut:

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
2. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
3. Universiti Putra Malaysia (UPM)
4. Universiti Malaya (UM)
5. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
6. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
7. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
9. Asasi Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

International Baccalaureate (IB)
Kursus persediaan IB merupakan program persediaan yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan ini di institusi persediaan berikut:
1. Sri KDU International School, Selangor
2. Taylor's University College, Selangor

A-Level
Kursus persediaan A-Level ini merupakan program persediaan yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Tempoh pengajian adalah selama 18 hingga 24 bulan.

Pelajar yang layak di bawah Bursary KPM boleh mengikuti program persediaan yang dipilih di institusi persediaan seperti berikut:

1. Taylor's University College, Selangor
2. UCSI University, Kuala Lumpur
3. Kolej Damansara Utama (KDU), Kuala Lumpur
4. International Islamic School, Selangor 3/3
5. Sunway University Selangor dan Johor
6. INTI International University, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang
7. HELP University College, Selangor
8. Methodist College KL, Kuala Lumpur
9. INTEC Education College, Selangor
10. Kolej Teknologi Timur, Selangor
11. Institut Teknologi Riam, Sarawak
12. Kolej Antarabangsa Wadi Sofia, Kelantan
13. Kolej Yayasan Saad, Melaka
14. Stamford College, Kuala Lumpur
15. KBU International College, Selangor
16. Cempaka International School, Selangor
17. SEGI University College, Selangor

4. Pelajar yang menerima Bursary KPM layak mendapat penajaan berikut:

Pembiayaan yuran pengajian di institusi persediaan; dan Elaun Sara Hidup sebanyak RM430.00 sebulan. Sebarang pertanyaan berhubung penajaan peringkat persediaan, sila hubungi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Tajaan Pendidikan di talian 03-8321 7086 atau emel di bt.bursary@moe.gov.my manakala bagi pertanyaan berhubung penajaan peringkat ijazah pertama di dalam atau luar negara setelah menamatkan pengajian peringkat persediaan, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, di talian 03-88853550 / 0388853489 / 03-88853297 / 0388853436 / 03-88853686 atau emel di bursary@jpa.gov.my.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78