Pengikut

Ahad, 8 Februari 2015

Permohonan Kemasukan ke IPG Sesi 2015/2016

Assalamualaikum.



PERHATIAN: Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan 2015/2016 dibuka pada 15 Februari 2015. Calon-calon boleh membuat permohonan online pada 17 Februari 2015. Calon boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia


Calon dinasihatkan supaya menyemak Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dari masa ke masa di http://www.moe.gov.my/

Cara Memohon:

1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015.
2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.
3. Pemohon dinasihati melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup. 
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.


Iklan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 
Dengan Kepujian Ambilan Jun 2015


Tarikh Tutup Permohonan: 8 Mac 2015 (11.59 malam)

#Permohonan Kemasukan ke IPG Ambilan Jun 2015
#Permohonan Guru IPG Ambilan Jun 2015
#Syarat permohonan IPG 
#Bidang pengkhususan IPG 
#Permohonan online IPG 2015

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum, salam ziarah dr saya yg masih baru dalam dunia blogging. Jemput ziarah ke laman sy dan mungkin boleh berkongsi berkenaan buku atau pelbagai info lain. salam ukhwah http://anomalou.blogspot.com ..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, saya lepasan ijazah dari universiti tempatan. berminat nak mohon guru IPG . pengambilan utk kemasukan pelajar 2016 dah dibuka ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, permohonan ke IPG tertakluk kepada umur tidak melebihi 20 tahun jika tidak salah saya. Boleh cuba semak syarat-syaratnya. Untuk permohonan 2016 dibuka pada Februari.

      Padam
    2. En, tumpang tanya..boleh sertabkan link untuk permohonan bagi 2016?

      Padam
  3. assalamualaikum
    keputusan upsr dan pmr diminta x semasa isi borang online tu?
    saya pelajar tahfiz ketika sekolah rendah .. dan alhamdulillah spm result ok ..boleh mohon x utk sesi 2016?

    BalasPadam
  4. assalamualaikum
    bila bole mohon ipg bagi lepasan spm 2015 dan kena ada no pin ke sperti upu,kalau ada bila boleh beli no pin tersebut ye

    BalasPadam
  5. Permohonan untuk ipg brape hb februari ye?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78