Pengikut

Selasa, 1 Julai 2014

Tawaran Hebat Pembelian Tetamu Istimewa dengan Harga Promosi


Kurang lebih dua bulan begitu saya melakukan promosi Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2014 ini. Alhamdulillah, biarpun sambutannya agak kurang memberangsangkan, saya tetap bersyukur kerana ada yang sudi membeli dan menyokong saya. 

Terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua yang terdiri daripada blogger yang hebat. Maaf, jika tawaran promosi yang akan saya buat ini membuatkan kalian berasa tidak senang kerana sebelum ini kalian membeli dengan harga yang lebih tinggi sedikit. Namun begitu, saya tidak berniat untuk mengambil kesempatan terhadap kalian semua. Promosi ini adalah usaha saya untuk menyebarluaskan pembacaan buku pertama saya ini. Harap, kalian semua faham. 

Untuk apa lagilah untuk saya menyimpan lama stok buku ini yang berbaki dengan saya. Setelah saya berfikir masak-masak, saya membuka satu lagi tawaran promosi Tetamu Istimewa dengan harga yang terendah yang boleh saya berikan. Jika sebelum ini saya menawarkannya dengan harga RM23 termasuk kos penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan pos laju, kali ini saya menawarkan harga promosi serendah RM20 termasuk kos penghantaran. Maka, pembeli akan jimat RM3 

Kepada yang berminat boleh "bank in" RM20 ke akaun CIMB saya di nombor 0205-0119145-52-0. Sertakan nama penuh, alamat lengkap, nombor telefon di sini (saya tidak akan publish maklumat tersebut). Ataupun hantar maklumat tersebut ke alamat e-mel saya mie_adham86@yahoo.com. Hanya setelah pembayaran dibuat, barulah buku akan diposkan. 

RM 20 (harga pasaran) + RM6 (harga pos) = RM20 (setelah diskaun)

Sebagai rujukan kalian boleh membaca entri yang berkaitan buku ini di pautan di bawah:
1) Rangsang Sari Tetamu Istimewa
2) Ulasan Buku: Tetamu Istimewa di Mingguan Malaysia
3) 15 Cerpen dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa
4) Daripada Pembeli kepada Penulis


SAYA AMAT MENGHARAPKAN SOKONGAN KALIAN SEMUA.
TERIMA KASIH!



61 ulasan:

  1. jangan lepas peluang bagi yg belum beli tu..cepat beli..kathy belum sempat review lagi walau entri tu dah terdraf...helmi,tq support blog anak kathy..

    BalasPadam
  2. wah.. murah tu helmi.. memang rugi kalau tak membelinya.. semoga helmi terus success.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya harap akan ada yang tertarik untuk membelinya. Inilah salah satu usaha saya untuk mempromosikan buku pertama saya ini. Saya berharap juga, blogger-blogger lain dapat mempromosikan buku saya ini. Terima kasih Kak Aiza yang telah membelinya.

      Padam
  3. Kalau nak beli dari dari tangan Cikgu Helmi sendiri boleh tak.. Hehehe.. Tunggu cikgu balik Alor Setar.. Kak Erin beli by hand.. hehe.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, boleh. Tapi kena tunggu cuti sekolah dululah baru saya balik.

      Padam
  4. Balasan
    1. Tuan Khairuddin, tak berminat nak beli untuk bacaan anak-anak ke? Walau apa-apaun terima kasih ya.

      Padam
  5. Balasan
    1. Syira, kalau berminat nanti boleh pesan daripada saya ya. Terima kasih.

      Padam
  6. Balasan
    1. Terima kasih Cik Nor. Kalau dah terbuka hati nak beli, maklumkan kepada saya ya. Sokongan kalian, amat saya harapkan. Terima kasih.

      Padam
  7. Balasan
    1. Cik Akak tak teringin nak beli dan baca ke? hehehe

      Terima kasih.

      Padam
  8. Penulisan buku spt ini adalah aset yg berpanjangan.. mmg agak sedikit lambat, tetapi pasti ada ada waktunya yg permintaannya akan melojak nanti.. aamiin..
    Beli jngn tak beli semua... saya dah beli!!.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih atas sokongan yang diberikan Tuan Khir. Harapan saya buku ini memberi sedikit ilmu, cerita dan motivasi kepada pembacanya. Sememangnya sukar untuk penulis baru seperti saya untuk menarik perhatian pembaca sekalian. Namun, saya akan cuba yang terbaik.

      Padam
  9. semoga sukses penjualan bukunya ya :)

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Saya menanti pesanan daripada Acik. Nanti berikan sekali butiran yang dipelukan ya.

      Padam
  11. kepada pecinta karya tempatan , sudah tentu ini adalah berita baik .

    BalasPadam
  12. Salam,

    Penulis berhak ke atas bukunya, cara mana ia promosikan, rezeki mereka beli kemudian, yang awal juga beruntung juga;), tiada masalah kepada kami yang sudah memilikinya dengan harga yang asal. Tahniah!.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih Tuan. Saya masih menantikan ulasan buku daripada Tuan.

      Padam
  13. InsyaAllah cikgu, saya teringin nak beli buku Tetamu Istimewa cikgu ni. InsyaAllah, sikit ari lagi. nak buat transfer acc dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. baby comel, terima kasih atas hasrat untuk membeli Tetamu Istimewa. Saya menantikan pesanan tersebut.

      Padam
  14. Balasan
    1. Terima kasih. Jika berminat boleh pesan dengan saya ya.

      Padam
  15. tunggu pesanan awok nanti... awok layan jugak Cerita Pendek camni... sebab penat nak layan novel...... sabo ye cikgu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan. Ya, saya akan menantikan pesanan itu.

      Padam
  16. hebat2!

    kami mengalu2kan manuskrip kanak2 dan remaja.
    emai saya : khairani@blue-t.com.my

    BalasPadam
  17. wahhhh... bagusnya. semoga berjaya.... (^_^)

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Terima kasih Pha Is. Nanti kirimkan sekali nama penuh, alamat lengkap dan nonbor telefon ke emal saya ya.

      Padam
    2. okay.. saya dah emelkan maklumat tu..

      Padam
    3. alhamdulillah.. buku dah sampai petang tadi.. :)

      Padam
  19. Alhamdulillah. Selesai membeli. Selesai memiliki. Selesai membaca. Selesai menghadam. Hehe. :)

    BalasPadam
  20. Assalammualaikum..tetamu istimewa,

    moga2 jualan buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan k.. insaallah di mana ada usaha pasti jaya.. moga tetamu istimewa berjaya k..

    mselim3

    BalasPadam
  21. Salam singgah dari blog Kathy Rbain.

    BalasPadam
  22. Tahniah buat Cikgu Helmi. Tetamu Istimewa dilancarkan pada 12 April 2014 oleh YB Haji Ahmad bin Haji Mazlan, Timb. Menteri Kewangan Malaysia di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian Johor bagi program Membaca Sejuta Pembaca.

    Beliau membaca seperenggan kisah daripada antologi tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, satu berita yang mengujakan ni. Bagaimanakah akak tahu ya? Ada laporan berita dalam surat khabar ke? Dan, bagaimana pula buku saya yang dipilih? Betulkah dia telah membaca seperenggan kisah dalam Tetamu Istimewa? Dalam banyak-banyak buku, buku saya yang dipilih. Berbangganya saya. Terima kasih atas makluman ni kak.

      Padam
  23. Salam. Menarik tawaran ni. Hehe. Semoga buku ini terus sukses.

    BalasPadam
  24. Salam :)

    jomss join QA sini...tq

    http://nzaodonut.blogspot.com/2014/04/jomss-pakat-join-qasiri-1-by-nzaodonut.html

    BalasPadam
  25. Salam...agak berpatutan harganya untuk sebuah buku ini..semoga dipermudahkan segala urusanya...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  26. Salam... wahhh... teruja sebentar... rezki Allah... syukur alhamdulillah... :)

    BalasPadam
  27. berminat juga nak beli tapi kan mcm mana nak pm..pasaran kat kedah tak de ke??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Saudari/Cik/Puan yang menunjukkan minat untuk memiliki buku saya ini. Boleh emel di alamat emel saya ini: mie_adham86@yahoo.com.

      Di Kedah hanya yang menjual buku terbitan ITBM hanya Kedai Buku Malaysia sahaja di UTC Alor Setar. Saya kurang pasti stok buku ini telah masuk ke sana ataupun belum.

      Terima kasih.

      Padam
  28. Terima kasih sudi menjengah ke blog saya. Saya berminat dgn tawaran anda dan telah buat bayaran. Sila semak di inbox emel anda untuk detail lanjut.

    http://teacherbasariah.blogspot.com/

    BalasPadam
  29. semoga jualan semakin laris. blogwalking dari blog mialiana dan done follow

    BalasPadam
  30. Wah promosi betul tu heee
    P/s: Qila singgah dari segmen kak Mialiana Hihihi.

    Semangat gilo ni heee.
    Jom blogwalking! Heee.

    BalasPadam
  31. teringin nak membaca buku tu jugak, nanti saya email ye

    BalasPadam
  32. murahnyaa.. promosi sakan nih..hehehe..

    husna singgah dari segmen kak mia..:)

    BalasPadam
  33. murah ! sebab temasuk postage XD

    BalasPadam
  34. murah nih harga termasuk postage..

    BalasPadam
  35. Terbaek.. dah ada buku sendiri.. gudluck.


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78