Pengikut

Ahad, 24 Februari 2013

Al Fatihah kepada Bapa Saudara

Sebelum cuti Tahun Baharu Cina yang lalu saya dikhabarkan oleh kakak saya yang bapa saudara saya terlibat dalam kemalangan. Bapa saudara saya itu dilanggar sewaktu hendak melintas jalan selesai balik dari sembahyang berjemaah di surau berdekatan rumahnya. Kemudian, seminggu lebih beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan di hospital. Kakinya patah dan cedera di beberapa bahagian badannya. 

Selepas keadaannya agak stabil, dia dibenarkan pulang. Namun, masih terbaring di tempat tidur selama sebulan lebih di rumah. Sewaktu saya balik bercuti Tahun Baharu Cina, saya pergi melawatnya di rumah. Melihat keadaannya rasa sebak juga. 

Pagi tadi, sebelum saya ke sekolah untuk kelas tambahan murid UPSR, saya sekali lagi dikhabarkan oleh kakak saya yang bapa saudara saya itu telah kembali ke Rahmatullah. Saya terkedu seketika. Saya tidak menyangka perkara yang rahsia itu berlaku kepadanya. Saya hanya mampu sedekahkan al Fatihah kepadanya. 

Kepada pembaca semua, saya mohon sedekahkan al Fatihah kepadanya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

4 ulasan:

  1. Semoga beliau diampuni segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman yang mendapat rahmat-Nya. Aamiin. Al-Fatihah ...

    BalasPadam
  2. Takziah cikgu. Tuhan lebih menyayangi beliau.

    BalasPadam
  3. Terima kasih, saudara Jamal Ali.

    Amin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78