Pengikut

Rabu, 15 Ogos 2012

Puisi: Ramadan Bersayap Putih di Harian Metro


RAMADAN BERSAYAP PUTIH merupakan puisi saya yang tersiar di HARIAN METRO-edisi 14 Ogos 2012. Terima kasih kepada editor yang memilih puisi ini. Syukur saya kehadrat Ilahi kerana masih mengurniakan saya ilham untuk terus menulis. Di penghujung Ramadan ini masih ada karya saya yang tersiar terutamanya karya yang mengambil sempena bulan penuh barakah ini. 

Dalam akhbar beberapa hari ini kita dilaporkan dengan berita bahana bermain mercun. Seolah-olah suatu pertandingan pula selepas seorang-seorang yang menjadi mangsa. Sayangilah nyawa anda selagi ia masih dipinjamkan. Setelah ia pergi tanpa sempat anda menikmati hidup di dunia ini pasti kekesalan yang datang menjelma. 

* Menghitung hari untuk pulang ke Kedah beraya bersama keluarga. 

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat Menempuh Halangan


murid tahun 6
Alhamdulillah, semua kertas soalan Bahasa Malaysia untuk PKBS 3 dari tahun 3 hingga 5 telah saya siapkan.

Esok, mulalah murid-murid akan menempuh halangan setelah beberapa bulan menimba ilmu. Sejauh mana mereka mampu meraih ilmu yang dipelajari akan menjadi kayu ukurnya dalam ujian PKBS 3 esok.

Tetapi saya tidak melihat murid yang gagal dalam menjawab soalan esok sebagai murid yang gagal juga menimba ilmu.
murid tahun 4
Ilmu yang paling sukar untuk diperolehi dan dinilai adalah ilmu tentang sahsiah diri. Saya melihat, ramai murid yang berjaya dalam akademik tetapi sifar dalam menterjemahkan sahsiah selaku seorang murid yang cemerlang dari segi pembentukan sahsiah peribadi. Saya harap murid-murid saya berjaya dalam kedua-dua bidang ini.

Selamat menempuh PKBS 3 esok hingga hari khamis. Dan hari jumaatnya cutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
murid tahun 5
*Gambar murid-murid yang sedang menjalani PROTIM baru-baru ini.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Cerpen: Walid di Mingguan Warta Perdana


Saya rasa tidak terlambat untuk saya berkongsi cerpen saya yang tersiar di MINGGUAN WARTA PERDANA edisi 22 Julai 2012 ini. WALID merupakan judul yang dipertaruhkan. Kepada yang telah membaca cerpen ini bolehlah berkongsi pandangan anda dengan saya. 

Walaupun tersiar di akhbar tabloid saya sangat berbangga. Secara tidak langsung saya dapat berkongsi dengan pembaca. Terima kasih kepada editor yang tidak jemu melayan karya-karya yang saya hantar. 

Cerpen ini merupakan cerpen lama yang ada dalam simpanan saya. Biarpun sudah diusung ke sana ke mari akhirnya Allah SWT telah menetapkan yang rezeki cerpen ini di sini jua. 

*Nasihat saya kepada penulis-penulis muda jangan mudah berputus asa sekiranya karya anda pernah ditolak oleh editor. Berusahalah lebih gigih untuk mencapai apa yang anda hajati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78