Pengikut

Isnin, 8 Oktober 2018

Penerbitan Antologi Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Ada yang bertanya kepada saya, buku "Karya daripada Diari Rahsia" yang saya kongsikan semalam itu tentang apa? Antologi cerpen? Antologi puisi? 

Baik, saya berikan gambaran sedikit tentang buku ini. 

Sebenarnya, "Karya daripada Diari Rahsia" merupakan antologi yang memuatkan artikel pengalaman 20 orang penulis muda yang disiarkan dalam ruangan Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR yang diterbitkan dalam majalah Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 





+++

Apa beza Bicara Tunas dengan Buah Pena Alumni MPR?




Ruangan Bicara Tunas memberikan peluang kepada penulis muda yang tidak berpeluang mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR) untuk berkongsi pengalaman.

Ruangan Buah Pena Alumni MPR pula semestinya catatan pengalaman penulis muda yang pernah mengikuti program ini.

*Ruangan Buah Pena Alumni MPR sudah tidak ada dalam majalah Tunas Cipta.
*Daripada 20 orang penulis muda, 11 orang ialah alumni MPR, selebihnya bukan.

+++

Konsep buku?

Antologi ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Pertama: artikel pengalaman, Kedua: karya penulis (cerpen atau puisi), dan Ketiga: biodata penulis.

Artikel pengalaman penulis?


Ya, 20 orang penulis muda menulis atau berkongsi pengalaman mereka sepanjang berkecimpung dalam bidang penulisan. Sejarah bagaimana mereka mula menulis, cabaran yang dihadapi, guru yang pernah membimbing, karya yang pernah disiarkan, anugerah yang pernah diraih dan beberapa catatan rahsia lagi. Kalau dah beritahu semua, dah tak rahsialah kan?

Sebagai penyelenggara, saya menyifatkan perkongsian catatan daripada diari rahsia ini sangat bernilai dan bermanfaat, di samping dapat mencetuskan motivasi dan inspirasi kepada calon penulis, penulis muda mahupun penulis mapan.

Peranan biodata dimasukkan adalah untuk memberikan gambaran serba sedikit tentang latar belakang penulis, kerjaya, hadiah atau anugerah yang pernah dimenangi dan buku yang telah terbit.

Maklumat ini penting sebagai dokumen atau sumber rujukan kepada pengkaji, sarjana atau pembaca yang ingin meneliti kepengarangan penulis muda tanah air.


+++

Saya sangat bersyukur kerana hasrat saya untuk membukukan artikel kedua-dua ruangan ini akhirnya tercapai. Biarpun tidak dapat membukukan kesemuanya, sekurang-kurangnya 20 catatan ini sebagai permulaannya.

Jika mahu mengenali 20 orang penulis muda tanah air ini, dapatkan buku ini segera.

#KaryadaripadaDiariRahsia #BukuBaharu #DBP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78