Pengikut

Khamis, 19 Januari 2012

Murid Pelbagai Kecerdasan Mencabar Kewibawaan Guru


Murid hari ini bukan lagi sama seperti murid-murid pada zaman dahulu. Mempunyai pelbagai kecerdasan dan karenah yang tidak sama sememangnya mencabar kewibawaan seorang insan bergelar guru. Guru bukan sahaja menjalankan tugas hakiki dengan mengajar malahan menjadi seorang pendidik, pengasuh yang serba serbi perlu dilakukan. Lihat sahaja bagaimana mahu mengendalikan dalam satu kelas yang rata-rata memiliki 30 orang murid dan setiap murid itu memiliki kemahiran, kecerdasan dan karenah yang berbeza. Saya yang baru sahaja mula menjadi pendidik sudah pening kepala. Saya yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai guru Bahasa Melayu agak sukar untuk berkomunikasi dengan murid yang bahasa ibundanya adalah bahasa Cina. Ada murid yang tidak faham bahasa Melayu. Ada pula yang faham apa yang kita cakap tetapi untuk menjawab kembali soalan yang dilontarkan mereka tidak boleh. Namun saya tidak nafikan ada murid yang fasih berbahasa Melayu. Saya kira faktor persekitaran, keluarga adalah punca segala-galanya. Persekitaran sekolah saya yang rata-ratanya dihuni kaum Cina, pergaulan mereka sudah tentu menggunakan bahasa Cina. Hal inilah yang menyebabkan mereka tidak dilatih untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Makanya kosa kata mereka agak terhad. Walau bagaimanapun itu bukan halangan untuk saya berputus asa.

*Kalau tak murid itu pandai bercakap bahasa Melayu, sebaliknya cikgunya pula akan pandai bercakap bahasa Cina.

2 ulasan:

  1. sungguh sekarang saya tidak bertugas lagi di hulu selangor tetapi saya sering berkunjung... tempat menarik untuk digali dr sudut sejarah...

    BalasPadam
  2. Ya ke... em nampaknya saya belum lagi menggali tempat ini. Perlukan masa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78