Pengikut

Sabtu, 30 Jun 2012

Cerpen: Rahsiaku Kini Milikmu di Mingguan Wanita



Alhamdulillah, cerpen terbaharu saya tersiar di MINGGUAN WANITA edisi 28 Jun - 5 Julai 2012. Saya mempertaruhkan judul RAHSIAKU KINI MILKMU. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi dalam cerpen ini atau pun sekadar provokasi. Apakah yang akan terjadi kepada Aisyah, Cikgu Azlan dan Cikgu Pinah? Untuk mengetahuinya silalah dapatkan MW yang sedang hangat di pasaran. 

Terima kasih editornya, Puan Netty kerana memilih cerpen ini. Moga terhibur. 

*komen seorang pembaca "Baru best!. Dah separauh baca pun saya masih tak dapat teka kisah yang mahu disampaikan. Apa pun tahniah! Saya suka." (bukan syok sendiri ya)

Terima kasih kepada Hanna Johan yang selalu menyokong penulisan saya. 

Jumaat, 29 Jun 2012

Konvokesyen IPGM ke-2, 2012


Alhamdulillah setelah lama menunggu akhirnya surat panggilan konvokesyen IPGM ke-2, 2012 sudahpun selamat sampai di sekolah.

Butiran lanjut:
Tarikh: 9-13 Julai 2012
Tempat: Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya (PPJ) Presint 3, Putrajaya.

Kepada warga IPG Kampus Perlis konvokesyen akan dijalankan pada seperti berikut.

Pendaftaran dan Taklimat:
Tarikh & Masa : 11 Julai 2012 jam 10.30 pagi
Tempat : Ruang Legar Auditorium, Dewan Sri Siantan
Taklimat : 12.00 tengah hari
Tempat : Auditorium, Dewan Sri Siantan

Konvokesyen:
Tarikh : 12 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 2.30 hingga 5.30 petang
Sidang : 6 (enam)
Tempat : Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrahaya (PPJ) Presint 3, Putrajaya.

Bayaran sebanyak RM 200.00 hendaklah dijelaskan dengan menghantar kiriman wang pos atas nama Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Surat jawapan yang dilampirkan untuk mengesahkan sama ada anda hadir atau tidak hendaklah sampai di IPG sebelum 6 Julai 2012.

Untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk di sini

Isnin, 25 Jun 2012

Langganan Dewan Sastera



Setelah melanggan Tunas Cipta selama setahun, kini tibalah pula giliran Dewan Sastera. Semalam saya dan kawan saya ke Shah Alam untuk menghadiri kenduri perkahwinan. Kemudian kami terus ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dengar khabarnya DBP sedang mengadakan sambutan ulang tahunnya. Antara aktivitinya adalah jualan buku. Saya langsung mengambil peluang itu untuk ke koperasinya untuk membelek-belek buku yang boleh dibeli. Akhirnya, buku yang berjaya menawan hati saya adalah:

1) Taman Puspa (kumpulan cerpen) - Anis
2) Anak Kampung Kuala Raga - Azizi Abdullah
3) Menyusur Musim (kumpulan puisi) - Lim Swee Tin
4) Piramid (kumpulan puisi) - T.Alias Taib

Hanya itu dan hanya itu sahaja yang saya beli.

Kemudian saya juga telah melanggan Dewan Sastera selama setahun mulai Julai 2012.

Semasa saya pergi ke koperasi DBP itu, lengang-sunyi sahaja. Tidak macam pesta-pesta buku di luar sana. Apa yang tidak kena pun saya tidak tahu. DBP perlu lebih selangkah ke hadapan dalam mempromosikan acara sebegini.

Alangkah, alangkah terkejutnya saya tatkala memasuki koperasi DBP. Dalam masa yang sama kata-kata penjual buku di Toko Buku Cahaya Baru di Kedah masih terngiang-ngiang ketika itu, "Tunas Cipta bulan Jun belum sampai." Tapi kenapa stok TC, dan majalah-majalah yang lainnya bulan Jun 2012 bertimbun-timbun di koperasi DBP. Hendak buat apakah mereka? Pekasam? Dan saya hairan juga kenapa penghantaran majalah menjadi lambat sedangkan untuk menatap majalah keluaran terbaharu perlu menunggu hingga ke pertengahan bulan. Saya pun tidak faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78