Pengikut

Khamis, 13 November 2014

Cadangan Aktiviti Kem Membaca 1Malaysia

Assalamualaikum.

Kesibukan demi kesibukan semakin melanda guru-guru di sekolah menuju ke penghujung sesi persekolahan 2014. Aktiviti atau program pada akhir tahun pastilah ke arah Hari Anugerah Kecemerlangan. 

Satu surat daripada Jabatan Pendidikan Selangor menyusul pada ketika guru-guru bergegas menyiapkan kerja-kerja tahunan. Pada surat tersebut menyatakan begini: Program Bulan Bahasa Kebangsaan: Kem Membaca 1Malaysia adalah merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk menggalakakan pembacaan untuk mengisi waktu selepas peperiksaan hujung tahun seterusnya mengekalkan momentum pembelajaran murid serta memeriahkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan


Contoh Cadangan Aktiviti KM1M

1. Jejak Maklumat
2. Jom Baca
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Poem recltation competition
5. Spelling Aa Bee C
6. Mencipta Big Book
7. Pertandingan Ulat Buku
8. Perbahasan
9. Reka cipta bahan terbuang
10. Melukis poster
11. Projek Bumi Hijau
12. Pertandingan melukis kulit buku
13. Pertandingan kelancaran membaca
14. Klinik membaca
15. Mendeklamasikan sajak dan syair
16. Pertandingan Pidato
17. Pertandingan mewarna
18. Mewarna abjad
19. Wakaf Buku
20. Bicara Buku
21. Pertandingan Drama Komsas
22. Reka cipta Teka Silang kata
23. 33 Minit Bersama Buku
24. Pertandingan Reka Bentuk Penanda Buku
25. Jualan Buku
26. Choral Speaking
27. Public Speaking
28. Pertandingan dan sesi bercerita
29. Pertandingan Info Hunt
30. Projek Kitar Semula - membuat buku skrap berasaskan bahan terbuang
31. Pertandingan seni visual - mewarna berdasarkan lakaran "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia"
32. Program/Projek Akhbar dalam Darjah (ADD)
33. Kuiz Spontan
34. Bacathon
35. Berbalas Pantun
36. Khazanah bahasa Melayu lama/bahasa istana
37. Bangsawan

Pihak sekolah dan guru-guru bolehlah merancang dan menjadikan cadangan aktiviti Kem Membaca 1Malaysia untuk dilaksanakan di sekolah. 

Nota: Kalau ibu bapa pun berkira hendak membeli buku, jangan salahkan anak-anak kalau tidak membaca buku.

3 ulasan:

  1. aktiviti yang sangat bermanfaat. keep up cikgu

    BalasPadam
  2. Jualan buku!!! Ada aktiviti macam ni ye? Dulu kami ada minggu bahasa/language week. Campur semua bahasa sekali. BM, BI, Jepun, German, Arab. Macam-macam ada. Tapi kalau jadi cikgu...time nak buat aktiviti macam ni la kalut.Kena cari pelajar nak sertai. Ingat lagi masa dulu selalu ada cikgu 'paksa' anak murid turut serta dalam acara. Sogok dengan sijil penyertaan. Alih2 banyak aktiviti yang jadi macam lepas batuk di tangga. Yela...buat masa orang sibuk nak trial la, exam la...suruh bebudak study supaya sekolah jadi cemerlang tapi sogok lagi dengan macam-macam aktiviti masa waktu sibuk. Tapi itulah yang jadi kenangan sampai sekarang.

    BalasPadam
  3. Mmg bagus aktiviti mcm ti.. amat bermanfaat bukan shj kpd pelajar, malah kpd ibu bapa juga..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78