Pengikut

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadan Bersayap Putih

Ramadan Bersayap Putih

Ramadan bersayap putih
menjelajahi benua ini lagi
singgah mengimarahkan masjid
menjernihkan kolam jiwa sanubari
mengikat kasih terpatri
menyantun budi ilahi.

Sayap kedinginan
mendepangkan kesyukuran
menahan lapar dan dahaga
mengawasi bisikan nafsu
mengoda iman
dari terjerat ke pukat dosa.

Kesekian kalinya
Ramadan bersayap putih
memantulkan cahaya berkemilau
di langit luas menulis jalan pulang
bagi yang sesat tidak ketemu arah.

Ramadan
sudikah kau menerimaku lagi
bukan lamaran kasmaran
tetapi demi menegakkan
kemuncak lillahitaala.


Batang Kali, Selangor.
14 Ogos 2012
Harian Metro

Selamat menyambut Ramadan al Mubarak kepada semua pembaca dan pengunjung Tetamu Istimewa khasnya. Dan, tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam. Saya tujukan puisi saya yang pernah tersiar di Harian Metro ini kepada anda semua. Silap dan salah , terkasar bahasa, harap maaf ya.

33 ulasan:

  1. selamat berpuasa....hehehehe...

    BalasPadam
  2. wah!! sukala bca..selamat berpuasa ye cikgu..=)

    BalasPadam
  3. selamat berpuasa sahabat...... salam ramadhan yg mulia.....

    BalasPadam
  4. Nao Mei,

    Selamat berpuasa juga cik akak. Terima kasih sudi singgah lagi di sini.

    Oh, puisi biasa saja ni. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. siti ZAHARA,

    Terima kasih. Selamat berpuasa juga.

    BalasPadam
  6. Remy hazza,

    Selamat berpuasa. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Selamat menjalani ibadah puasa. Memang bakat anda terserlah melalui puisi ini. Perlambangan yg tepat.

    BalasPadam
  8. selamat menunaikan ibadah puasa..

    BalasPadam
  9. Salam Ramadhan..selamat berpuasa..

    BalasPadam
  10. Bin Muhammad,

    Terima kasih. Selamat menjalani ibadah puasa juga ya.

    BalasPadam
  11. Mizz Aiza,

    Selamat berpuasa juga ya untuk Aiza.

    BalasPadam
  12. Nor Ariffin Hamzah,

    Selamat menyambut Ramadan juga. Moga kita peroleh keberkatannya.

    BalasPadam
  13. terima kasih ats puisinya yang penuh ukiran makna:)- selamat meraikan ramadan.Semoga ramadan kali ini memberi inspirasi yang melimpah supaya karya nan indah bisa digubah...

    BalasPadam
  14. Cik Matahariku,

    Sama-sama. Terima kasih juga sokongannya.

    BalasPadam
  15. salam ramadan

    terima kasih krn sudi follow

    BalasPadam
  16. KhaiRin,

    Salam Ramadan.

    Sama-sama. Terima kasih juga kerana follow saya.

    BalasPadam
  17. Pehhhh ... mantop la cikgu ... baru baca... tak dengaq cikgu bersajak lagi ... hehe

    BalasPadam
  18. Cik YuYu,

    Jangan puji lebih sangat, huhu. Saya tak pandai bersajak.

    BalasPadam
  19. selamat menyambut bulan Ramadhan (^_^)

    hebat puisi sahabat..nukilan ni memang patut pun terpilih untuk disiarkan

    BalasPadam
  20. Cik YuYu,

    Betul, bukan merendah diri. Dahla diri ni pun rendah. Sememangnya saya tidak pandai bersajak, sekadar boleh menulis.

    BalasPadam
  21. 3no gr33ny,

    Terima kasih. Selamat menyambut Ramadan juga.

    BalasPadam
  22. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa =)

    BalasPadam
  23. very nice.. tak leh nak follow sini lah dah try byk kali.. xpe KA dtg lagi nanti !

    BalasPadam
  24. Kesuma Angsana,

    Terima kasih, singgah dan tinggalkan komen ya. Silahlah datang lagi ya.

    Kalau tak boleh juga maklumkan kepada saya semula.

    BalasPadam
  25. Indah... :)

    Ramadhan datang lagi
    saumpama mimpi mengindahi
    sahara jaga, lara dunia
    Mimpi yang hadirnya tika jaga
    Membuka gerbang-gerbang redha
    Menyedia jalan untuk hamba-hamba
    Menagih janji suci yang Maha Esa

    Salam Ramadhan cikgu :)

    BalasPadam
  26. Khamsi Abdulah,

    Terima kasih. Wah, indah juga bahasa saudara. Bleh jadi penyair ni.

    BalasPadam
  27. Selamat menyempurnakan ibadah puasa ya cikgu :)

    BalasPadam
  28. Aida Ismail,

    Begitu juga kepada Aida, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan ya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78