Alhamdulillah, berjaya juga mengemaskini blog ini. Beberapa hari lepas agak sibuk menyiapkan mural dan persiapan Kejohanan Sukan Tahunan. Wah, apa yang boleh saya katakan kejohanan ini merupakan antara kejohanan sukan tahunan sekolah rendah yang termeriah yang pernah saya saksikan.
Syabas kepada AJK Pelaksana dan guru-guru yang memberi komitmen yang jitu. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya memenangi acara yang dipertandingkan. Yang tidak berjaya jangan putus asa. Jangan jadikan kekalahan ini sebagai penghalang untuk anda terus mara ke hadapan.
Tidak lupa juga kepada tetamu kehormat ADUN Batang Kali, YDP PIBG dan ibu bapa yang datang memeriahkannya.
Kontijen kejohanan berkumpul menanti acara lintas langsung perbarisan
Sorakan Biru Boleh
Tengoklah comel sungguh dua "ekor" lebah dan dua "kuntum" bunga matahari
bunga merah yang terserlah
Kontijen Prasekolah turut mengambil bahagian
Kontijen kejohanan berkumpul di hadapan jemputan
Khemah yang bakal menempatkan kontijen biru
Acara tarik tali akhir
Sukantara bagi kategori prasekolah
Keputusan:
Juara - Rumah MERAH
Naib Juara - Rumah HIJAU
Tempat Ketiga - Rumah KUNING
Tempat Keempat - Rumah BIRU
Setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini esok (8 Julai 2013) guru besar telah mengumumkan CUTI PERISTIWA.
Kenangan ini tidak akan saya lupakan. Sangat bermakna untuk saya.
P/S: Terima kasih pembaca yang sudi singgah dan membaca entri saya. Insya-Allah, saya akan mengunjungi blog anda juga untuk membaca entri yang menarik itu. Tunggu!
Rumah mana yang juara? Sekolah Adik saya pun baru2 ni adakan Hari Sukan juga.
BalasPadamTeena Tna,
BalasPadamRumah MERAH juara. Ya, kebanyakannya sekolah telah menjalankan sukan tahunan mereka.
ingat aktiviti sek dulu..:)..sokong umh biru..yeee!!..hee
BalasPadamsaya datang membaca. diam-diam
BalasPadam-MARSLI N.O
teringat sukan semasa sekolah dulu.. aiza dari sekolah rendah hingga sekolah menenegah kebetulan dapat rumah biru..
BalasPadamteringat zaman sekolah dulu kalau hari sukan nilah hari paling seronok sekali....
BalasPadamsiti ZAHARA,
BalasPadamTerima kasih kerana menyokong rumah Biru, walaupun mereka kalah dari segi pungutan mata tapi menang bersorak dan semangat kesukanan itu yang dibanggakan.
MARSLI N.O,
BalasPadamTerima kasih Tuan. Diam-siam ubi berisi.
Mizz Aiza,
BalasPadamWah, bagusnya. Sememangnya kena dengan naluri Aiza kan, Biru.
Adhie Sunan Saifuddin,
BalasPadamYa, meriah dan suka sangat.
hehe...seronok sukan sekolah...meriah
BalasPadamPatutlah ramai je budak2 sekolah di batang kali semalam. Ada pertandingan rumah tercantik tak? Pasti seronok tengok gelagat kanak2 ni. Semangat kesukanan itulah yg ingin dipupuk disamping menyihatkan badan. Semoga maju jaya...
BalasPadamfaiq,
BalasPadamSemuanya dah jadi kenangan. Kini, kita sebagai cikgu kena bimbing dan wujudkan suasana seperti dulu juga untuk murid-murid kita.
Bin Muhammad,
BalasPadamSemalam lalu ke Batang Kali ke? Ada, rumah Kuning menang. Nampak ke? Saya dah kongsi gambar tu, tapi ada postur yang kurang menarik pula untuk tontonan umum. hehehe
rindu zaman skolah dolu2... hihihi... pernah skali je menang perbarisan... sbb pakai kostum lebah utk rumah kuning...wakaka...
BalasPadamcantiknya diaorang,.. dulu masa mama sekolah, rumah biru mesti johan 2 tahun sekali..
BalasPadamrindunya nak perbarisan cam tu..
kiri kanan, kiri kanan..
haha
Shaqir Ir Manz,
BalasPadamTerima kasih sudi singgah dan tingglkan komen.
Oh, memang menjadi kelebihanlah kalau dah ada kostum.
Norhasniza Khalid,
BalasPadamHuhuhu, boleh pergi bagi sokongan kepada anak-anak kan kalau ada hari sukan.
Biru... kalah tahun ni, huhu
meriah!!!!sy ske umah biru...tapi,umah biru akhir skali....hmmm...x pe... biru boleh!!!!!!
BalasPadamP#oneX,
BalasPadamKalah bermaruah, huhuhu. Biru Sentiasa Boleh.
meriahnya majlis...siap dgn mascot lagi...... memang kreatif...pada masa inilah baru kita nampak kerja sama setiap pasukan... semua nak yg terbaik.....
BalasPadamwahh meriahnye :) teringat masa dulu dulu , acik olahragawan tau :) hihihiihi
BalasPadammeriah je :) teringat kengan masa skolah rendah dlu2..
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamYa, saya sangat kagum dengan kreativiti dan semangat berpasukan yang ditunjukkan.
Aku Penghibur,
BalasPadamTahniah acik!
S.K.A,
BalasPadamKenangan pada waktu kanak-kanak dan remaja sememangnya sangat berharga.