Manusia dikurniakan otak yang kreatif dan kritis. Tinggal lagi sejauh mana kita mengupayakan kurniaan itu dan menterjemahkannya dalam bentuk hasil. Seperti yang hendak saya kongsikan di sini, bagaimana surat khabar yang dibeli dan dibaca setiap hari, kemudian dilonggok dalam stor ataupun ada yang menggunakannya untuk membalut nasi lemak mampu menjana pendapatan yang lebih mapan.
Sebenarnya, sudah lama saya tertarik untuk menghasilkan kraftangan seperti ini. Minat itu ada. Tapi tidak ada guru untuk memberi tunjuk ajar. Ataupun anda pernah menghasilkannya? Bolehlah berkongsi. Walau pun orang cakap, hanya ambil lidi, gulung surat khabar dan bentuk objek yang hendak dihasilkan. Namun begitu, untuk melakukannya tidak semudah seperti yang dilafazkan. Semuanya terhasil daripada daya kreativiti, sensitiviti dan kesabaran yang tekal untuk memperoleh hasil yang sempurna.
Kreativiti yang tanpa batas ini telah memberi sumber pendapatan kepada Mariani Taib ini. Saya percaya jika dihasilkan dengan kesungguhan pasti mendatangkan sesuatu yang tidak terduga. Rezeki yang bakal diperoleh mampu menebus penat lelah menukangnya.
Seni Gubahan Surat Khabar Menjana Kreativiti Mengumpul Pendapatan
p/s: Kredit foto daipada Harian Metro, 9 Julai 2013
memang hebat.. aiza kalau bab kesenian ni memang fail.. tangan keras kot..
BalasPadamSaya memang minat dengan seni, tidak kira seni tampak, seni persembahan, seni bunyian, seni kraftangan...semua saya minat. Dulu saya suka baca cerpen, tapi sekarang beralih kepada sajak pula. :)
BalasPadamzara pernah buat kraftangan ni ngan ma..=)..saja isi masa lapang..=)
BalasPadamSaya kagum dengan orang-orang sebegini. Pandai mengeksploitasi (menggunakan dengan baik) bakat. Pandai juga membuat duit. Hehehe.
BalasPadamsuka tengok hasil seni, tapi tak pandai nak buat sendiri..
BalasPadambakat semulajadi...sangat kreatif
BalasPadamSaya suka membelek youtube untuk mencari idea sebegini. Malangnya sangat kurang kraf tangan bersifat tempatan ditonjolkan di sana.
BalasPadamApa yang penting buat sahaja dulu tuan. Insya-Allah akan tahu dikit demi dikit. Sama macam saya menulis cerpen. Langsung saya tak mengerti pada awalnya. Tanpa sebarang tunjuk ajar.
Hanya berpandukan buku dan contoh yang ada.
Saya rasa asas ini juga teraplikasi buat situasi tuan. Apa kata jadikan tugasan buat murid-murid? Mana tahu mereka sendiri ada bakat terpendam.
hanya oarang berjiwa seni dan sabar sahaja mampu buat..^^
BalasPadammmg kreatif & done follow dah yer
BalasPadamMizz Aiza,
BalasPadamMungkin seni yang ada pada diri Aiza berkaitan bidang lain. Macam menulis, juga seni. Tak ramai yang boleh menulis dengan baik.
Khamsi Abdullah,
BalasPadamBaguslah. Menikmati seni itu sudah cukup membanggakan.
Tak ramai yang meminati sajak, apatah lagi untuk menulis. Tahniah!
siti ZAHARA,
BalasPadamSusah tak? Nak membentuk jadi objek tu yang perlukan seni. Kalau tak kreatif tak jadi juga kan.
Jamal Ali,
BalasPadamAlhamdulillah, mereka ini sememangnya menggunakan dan menyedari bakat itu kan.
cahaya ilahi,
BalasPadamItu sudah cukup memadai bagi saya. Ada juga orang yang sudahlah tidak pandai menghasilkannya, tidak pandai pula menghargainya.
Qhaifa Nur,
BalasPadamYa, bakat kurniaan-Nya, sesungguhnya menakjubkan.
Wong,
BalasPadamTerima kasih, perkongsiannya. Ya, teruskan Wong, anda seorang yang gigih berusaha. Kagum. Tidak ramai yang boleh menulis cerpen. Dan mereka ini tidak pula cuba menulis seperti Wong.
Oh, kalau dalam mata pelajaran Seni boleh dipraktikkan ni.
Shaila,
BalasPadamTentu sekali, kesabaran itu merupakan sebahagian daripada seni.
Kesuma Angsana,
BalasPadamTerima kasih. Memang kreatif kan.
kraftangan dr s.khabar =) menarik ni..adik sy sllu juga bt..mmg cntik dn kreatif je..kalau btol2 konsisten..mmg bleh bt bisnes..
BalasPadamkreadit ntok dorang!!gune barang recycle untuk jana pendapatan...hehehehe...
BalasPadamS.K.A,
BalasPadamYa ke. Ambillah peluang untuk belajar.
Betul tu, kalau buat bersungguh-sungguh boleh buat duit. Lagipun surat khabar murah saja. Tapi bila jadi sesuatu harganya bernilai tambah.
P#eoniX,
BalasPadamBetul tu. Sesuatu yang diusahakan dengan betul-betul dapat menambah pendapatan.
Mak saya pernah buat bekas tempat letak kunci guna cara ni. Memang memerlukan masa & kesabaran yang tinggi. Bukan senang taw nak buat.
BalasPadamAida Ismail,
BalasPadamHebatnya. Bolehlah Aida belajar dengan mak. Mana tahu bakat tu diturunkan kepada Aida.
senanglah cikgu..mula2 tu dia ikut acuan ..nak sampai atas tu kita buang acuan tu..pastu bentuk kepala dia..ikut seni kita nk bt cam na..pernah buat jgk bekas telur untuk kenduri kekawan..=)
BalasPadamsiti ZAHARA,
BalasPadamYa ke? Bolehlah ajar saya. Nak buat batang dia tu, kena lilit guna lidi kan?