Pengikut

Selasa, 2 Julai 2013

SAPS Memudahkan Semakan Keputusan Peperiksaan Anak-anak

kredit foto daripada beritasemasa.com

Assalamualaikum semua. Harap-harap sihatlah semua. Hari ini saya hendak berkongsi dengan anda semua tentang SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. 

Sistem ini diperkenalkan untuk merekod data markah murid di sekolah yang menjalani ujian dan peperiksaan melalui KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Selalunya sistem ini digunakan oleh guru mata pelajaran dan guru kelas untuk memasukkan markah tersebut. 

Namun begitu, tahukah ibu bapa yang mempunyai anak-anak, mereka juga boleh menggunakan sistem ini untuk menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak mereka. Jadi, tidak menjadi masalah kepada ibu bapa sekiranya anak-anak mereka cuba menipu kerana segalanya telah direkodkan. 

Untuk ke halamn ini ibu bapa boleh klik di sini SAPS

Kemudian, pergi ke ikon ibu bapa di bahagian sebelah kiri. Atau klik saja di sini IBU BAPA. Isi maklumat yang diperlukan.

Selamat mencuba. 


20 ulasan:

  1. semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ibu bapa bagi mengetahui prestasi pelajaran anak masing-masing..

    BalasPadam
  2. Mizz Aiza,

    Ramai ibu bapa yang tidak tahu. Satu cara untuk memastikan maklumat ini sampai kepada mereka melalui mesyuarat PIBG. Kalau ibu bapa tidak datang, susahlah.

    BalasPadam
  3. "Jadi, tidak menjadi masalah kepada ibu bapa sekiranya anak-anak mereka cuba menipu kerana segalanya telah direkodkan. " nasib baik saya tak pernah kencing result exam masa sekolah n most fortunately..mase tu SAPS ni tak ada lagi..lalalala

    BalasPadam
  4. Khamsi Abdullah,

    Huhuhu...nasib baik. Tak payahlah nak tipu-tipu kan. Tak ada faedahnya. Nanti siapa yang rugi kan. Diri sendiri juga.

    BalasPadam
  5. bagus jugak kan, boleh kita semak sendiri..

    BalasPadam
  6. haa..kan? lagipon masa sekolah dulu ayah saya amt pibg...lepas saya masuk sekolah menengah pon die jd ajk jugak. huu..sangat bersyukur ada ayah macam ayah saya. *awas..ada yang meghati..:P

    BalasPadam
  7. Khamsi Abdullah,

    Huhu...kelakar lah, siapa tu?

    Baguslah dapat ayah yang prihatin. Selalu ikuti perkembangan pelajaran anaknya.

    BalasPadam
  8. Norhasniza Khalid,

    Ya, dari sistem ni, kita dapat tahu perkembangan dan pencapaian anak-anak. Tapi untuk anak-anak yang ikuti KSSR guna sistem lain pula.

    BalasPadam
  9. Aku Penghibur,

    Ramai yang tak tahu. Jadi untuk mengetahui keputusan anak-anak kebanyakan ibu bapa menunggu Hari Terbuka yang mana ibu bapa datang ke sekolah untuk tandatangan buku pelaporan anak. Kepada sesiapa yang tahu, sebar-sebarkan lah.

    BalasPadam
  10. anak2 dah xleh tipu ibu bapa dah...kekekkekek.. :)

    BalasPadam
  11. AiSyA LiEzA,

    Ya, anak-anak dah tak boleh bohong lagi.

    BalasPadam
  12. dunia semakin mudah kan..... klik aja ...semua dah terpanpang didepan mata.....

    BalasPadam
  13. Remy Hazza,

    Ya, klik saja. Ada kelemahan dan kebaikannya. Kadang-kadang sistem tak ok juga.

    BalasPadam
  14. Zaman sudah berubah, kini segalanya dihujung jari. Bagus juga utk memantau perkembangan/keputusan anak2 cuma jgn sampai langsung tidak mahu kesekolah utk berjumpa guru pula. Bersemuka dan bertanya terus rasanya masih relevan dan mesra utk mengeratkan hubungan...

    BalasPadam
  15. owhhh..mudahnya skrg ni, lg btol mcm ni :) ambe pn suka..

    BalasPadam
  16. Bin Muhammad,

    Ya, betul tu. Harap-harap ibu bapa selalu berhubung dengan guru untuk mengetahui perkembangan anak-anak.

    BalasPadam
  17. S.K.A,

    Memang memudahkan. Tapi, kalau dia buat hal susah juga cikgu terutamanya masa hendak isi online.

    BalasPadam
  18. salam TI.saya tau pun dari bulan2 lepas,masa exam awal bulan,anak yang kembar tu tunjukkan link.mudah bagi ibubapa untuk monitor perkembangan anak2.alhamdulillah anak kembar saya dapat no.7 daripada 35 murid dalam kelas ^^

    BalasPadam
  19. aLeaSaRa,

    Waalaikumusalam, tahniah. Boleh saya tahu anak itu tahun berapa? Kalau tahun 1-3, mereka akan mengikuti KSSR. Band akan diberikan. Jika 4-6 akan mengikuti KBSR.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78