Pengikut

Jumaat, 5 Julai 2013

Cerpen: Kuseru Nama-Mu ke Langit Ramadan di Jelita

Alhamdulillah, majalah JELITA, Julai 2013 sudah berjaya dibeli selepas balik sekolah tadi. Kepada yang selalu beli majalah Jelita dan ada terbeli untuk keluaran Julai sudilah selak ke halaman 192 dan 193. Cerpen saya yang berjudul KUSERU NAMA-MU KE LANGIT RAMADAN telah disiarkan. Terima kasih kepada editor yang memilihnya. Cerpen ini mengambil sempena bulan Ramadan. 

Kulit depan Jelita, Julai 2013 

Ilustrasi Kuseru Nama-Mu ke Langit Ramadan

Cerpen ini biasa-biasa saja. Ceritanya barangkali pernah anda lihat, baca dan dengar. Saya cuba sampaikan semula dan menyelitkan teladan agar apa-apa yang tidak elok usahlah dilakukan. Dalam bulan puasa inilah kita cuba bersihkan hati dan hindarkan perbuatan yang dimurkai Allah SWT.


koleksi kuih raya dan baju raya yang disertakan sekali untuk pembelian Jelita 

Selepas ini bolehlah dapatkan koleksi ini untuk membuat kuih raya atau menempah baju raya. Kepada yang lelaki, kalau nak baca janganlah malu-malu untuk membeli majalah Perempuan. Dan, apabila dah baca, bolehlah komen. Sama ada ke bintang atau ke laut cerpen saya ni.

38 ulasan:

  1. Wahhh, penulis rupanya, tp sy tak slalu beli majalah, nnt kalau terjumpa nk belilah, nak gak baca cerpen tu.

    BalasPadam
  2. wahh mesti best,sebab tu di pilih :) nanti acik cari buku tu nak bce jgk

    BalasPadam
  3. wahh ckgu ,, layan majalah JELITA jugak yaa!!:D

    BalasPadam
  4. Tahniah...teruskan menulis, semoga anda beroleh kejayaan yg lebih cemerlang lagi...
    Boleh jadi pembakar semangat buat anak murid ni, cikgu.

    BalasPadam
  5. tahniahh... xnak letak kat blog ke?? heheheh... :)) mstilah ke bintang kalau dah masuk majalah tu.. ehheh

    BalasPadam
  6. Teena Tna,

    Penulis biasa-biasa saja. Terima kasih. Lepas baca boleh bagi komen.

    BalasPadam
  7. Kak Long,

    Terima kasih. Cerpen biasa saja Kak Long.

    BalasPadam
  8. Aku Penghibur,

    Huhuhu...baca dulu baru buat kesimpulan. Kalau betul-betul bagus dan dah baca boleh bagi komen ya.

    BalasPadam
  9. Nur Azwa Edora,

    Layan je...kata Farah Fauzana. Kebanyakan majalah wanita yang ada ruangan cerpen pernah saya terjah. Dan boleh lihat senarai karya saya yang pernah tersiar di majalah berkenaan di ruangan profile saya.

    Ni mesti layan Jelita juga kan?

    BalasPadam
  10. Bin Muhammad,

    Terima kasih. Insya-Allah. Doa-doakan ya.

    BalasPadam
  11. AiSya LieEZa,

    Terima kasih. Oh, sebenarnya tempoh "edah" untuk karya yang tersiar di majalah adalah sebulan untuk majalah yang terbit sebulan sekali. Jadi saya tidak boleh kongsikan atau siarkan cerpen ini di blog saya selagi tidak melepasi masa itu. Itu adalah hak cipta.

    BalasPadam
  12. ooo..x pernah beli jelita..slalu beli MW..yg wanita tu. mana2 majalah yumida suka baca. byk info berguna yg kita dpt. cerpen pun bez jugak. bikin hati ni meronta2 nak tunggu kesinambungannya.

    BalasPadam
  13. Yumida Huda,

    Terima kasih singgah dan follow. Oh, cerpen saya pernah juga terbit di Mingguan Wanita. Insya-Allah kalau ada cerpen saya tersiar di sana akan saya maklumkan di sini.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah =) tahniah2..msti gempak penulisannya..sbb 2 terpilih..

    BalasPadam
  15. tahniah.. sekarang aiza jarang membeli majalah.. jika beli dahulu pun majalah Dara atau Nur..

    BalasPadam
  16. salam...singgah jap kat blog ni...penat blogwalking .....saya follow blog awak yer...tahniah kerana cerpen masuk majalah

    BalasPadam
  17. huhu..blas kunjungan...dh lama x beli majalah

    BalasPadam
  18. S.K.A,

    Terima kasih. Tidaklah gempaq mana pun. Mungkin rezeki saya juga. Sudilah dapatkannya untuk baca dulu.

    BalasPadam
  19. Mizz Aiza,

    Terima kasih. Semenjak saya menulis, kerap juga saya belek majalah. Kalau ada karya saya dan kawan-kawan akan saya beli buat koleksi.

    BalasPadam
  20. Adhie Sunan Saifuddin,

    Wah, nama macam watak dalam novel Ramlee Awang Murshid. Terima kasih ya, singgah dan follow. Dah follow balik dah tadi.

    Terima kasih juga atas ucapanya.

    BalasPadam
  21. Jie Susanos,

    Terima kasih. Oh, tidak mengapa. Kalau ada kelapangan bolehlah beli.

    BalasPadam
  22. salam
    zara singgah dan follow blog cikgu blik..:)

    BalasPadam
  23. siti ZAHARA,

    Terima kasih. Sudilah singgah lagi ya.

    BalasPadam
  24. alhamdulillah cikgu.tumpang bangga tulisan seorang demi seorang kawan blogger,ada di majalah terkenal.

    nanti saya cuba cari kat kedai...tajuk pun best ^^

    BalasPadam
  25. aLeaSaRa,

    Terima kasih. Sokongan anda semua amat saya hargai.

    BalasPadam
  26. Nurzulaiqa Nazri@ Professor,

    Terima kasih ya.

    BalasPadam
  27. envy ni..haa. Best kan dapat menulis dan orang recognise pula tulisan kita. Saya suka sajak :)

    BalasPadam
  28. Khamsi Abdullah,

    Ya, keseronokan itu datang apabila pembaca memberi respon yang positif.

    Cubalah tulis dan hantar ke media cetak.

    BalasPadam
  29. tahniah..dulu saya verangan juga jadi penulis cerpen. tapi dah kelaut le pula cita2 saya tu..

    bertahun tak beli Jelita tapi insya-Allah, ada peluang saya tanya2 kat geng bas sekolah, nak pinjam!

    BalasPadam
  30. Waa tahniah! Mesti best cerpen tu. Tapi saya jarang sangat2 beli majalah. Harap sudi kongsikan kat blog bila dah habis tempoh 'edah' tu. Hehe~

    BalasPadam
  31. ANIM,

    Terima kasih. Tak apa, boleh mula balik. Mana tahu... ke bintang pula selepas ini.

    BalasPadam
  32. Aida Ismail,

    Terima kasih. Insya-Allah.

    BalasPadam
  33. assalamualaikum, salam perkenalan juga. Tahniah. Nama sdra dah banyak kali melintas di mata saya dalam banyak ruangan cerpen di majalah-majalah.

    BalasPadam
  34. tahniah sahabat... nanti remy nak cari jelita tu..ada kat opis sebab uplift ke pesawat...boleh juga tumpang membaca.....dulu2 zaman sekolah rajin jugak remy mengarang.....

    BalasPadam
  35. Remy hazza,

    terima kasih. Lepas baca bolehlah bagi komen ya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78