Pengikut

Rabu, 10 Julai 2013

Cerpen: Kasihnya Diragut di Mingguan Warta Perdana

Terkejut juga saya apabila membuka akhbar ini. Patutlah saya tertunggu-tunggu dari minggu lepas lagi untuk mendapatkan Mingguan Warta Perdana edisi 14 Julai 2013 ni (terbit awal seminggu). Rupa-rupanya cerpen saya tersiar. Alhamdulillah. Lama sudah saya hantar cerpen ni. Sekitar setahun yang lalu. Terima kasih kepada editor yang masih menyimpan dan memilihnya. 


Saya percaya ramai rakyat Malaysia yang terpinga-pinga apabila saya menyebut akhbar Mingguan Warta Perdana. Sebenarnya ini merupakan akhbar tabloid sahaja. Yang diterbitkan seminggu sekali. Berharga RM 1.50. Kepada yang belum pernah membelinya, bolehlah mencarinya di kedai nanti dan dapatlah baca cerpen saya yang tak seberapa ni.


Selamat membaca!


40 ulasan:

  1. Salam Ramadhan...
    Maaf ya cikgu, saya tak pernah tengok akhbar tabloid ni. Apa pun karya cikgu pasti bagus, jika tidak masakan tepilih.
    Tahniah ya! Teruskan menulis, kemahiran yg tidak semua orang miliki, anugerah dari Ilahi.

    Selalunya kisah cerpen ini dapat ilham dari mana?

    BalasPadam
  2. wuu.first time dgr warta perdana. mana jual?

    BalasPadam
  3. Cikgu. Mingguan Perdana bayar honararium tak?
    Apa kata cikgu tulis entry pasal honararium yang diterima daripada majalah atau surat khabar. Ia untuk semangat penulis muda menulis - mkriza

    BalasPadam
  4. Mingguan Perdana bayar honorarium tak?
    Apakata cikgu tulis entry pasal bayaran yang diterima daripada majalah atau akhbar. Berapa RM, siapa yang bagi atau siapa yang tidak.

    BalasPadam
  5. Mingguan Perdana bayar honorarium tak?

    Cikgu tulislah pasal honorarium yang diberi oleh majalah atau akhbar untuk pengetahuan penulis muda.

    BalasPadam
  6. siti ZAHARA,

    Silakan. Mungkin terdapat kekurangannya kerana cerpen ini ditulis setahun yang lalu. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  7. Bin Muhammad,

    Salam Ramadan. Seperti yang saya katakan. Mungkin akhbar tabloid tidak popular seperti akhbar arus perdana. Tetapi saya puji kerana ruangan cerpen dan puisi masih dikekalkan.

    Alhamdulillah, sedikit bakat kurniaan-Nya. Oh, dari pembacaan, pemerhatian.

    BalasPadam
  8. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Rasanya tidak banyak kedai yang menjualnya. Cuba tengok di kedai mamak. Selalu juga ada.

    BalasPadam
  9. MKriza,

    Insya-Allah, satu cadangan yang baik. Saya pernah menulis di Dewan Bahasa, media yang menyediakan ruangan cerpen, puisi dan artikel. Untuk pembayaran akan saya cuba nanti.

    p/s: Mingguan Warta Perdana tidak membayar honorarium.

    BalasPadam
  10. wah..beznye..tringin nak baca
    tp susah nk ke bandar nih
    jauh...
    bagusnye..ilham dpt disalurkn melalui akhbar

    BalasPadam
  11. tahniah... ada bakat penulisan rupanya...

    BalasPadam
  12. Adhie Sunan Saifuddin,

    Alhamdulillah, sikit-sikit saja.

    BalasPadam
  13. Ibu saya dahulu sering membeli akhbar picisan ini. Saya suka membacanya ketika itu. Namun lama kelamaan jelas di hati saya mengapa semakin saya baca semakin saya jelek dengan kehidupan.

    Rupanya saya terbaca akhbar picisan.

    Apapun, tahniah tuan! Sayangnya saya tidak dapat membaca cerpen ini atas sebab yang saya nukilkan tadi.

    p/s: Saya tak katakan tulisan Tuan picisan, tetapi hanyalah akhbarnya.

    BalasPadam
  14. Salam balas kunjungan saudara. Terima ksh sudi follow.

    Slmt berterawikh, bersahur dan berpuasa...

    Hepi2 sokmo ye.

    BalasPadam
  15. Wong,

    Terima kasih perkongsiannya. Saya juga tidak katakan cerpen ini sudah cukup bagus. Tetapi sekadar perkongsian melahirkan ilham. Moga ruangan cerpen dan puisi yang termuat dalam akbar ini mampu menjernihkan sedikit sebanyak kekaburan muatan akhbar ini. Saya tak nafikan, ia bersifat popular@picisan. Ambil yang baik, jauhi yang buru. Sekadar mencari ruang untuk berkarya.

    BalasPadam
  16. alif ismail,

    Terima kasih. sama-sama.

    Sama juga untuk saudara.

    BalasPadam
  17. salam helmi..
    wah tahniah!!!^^
    sasterawan lah ni..hehehe..
    terima kasih melawat blog saya.. saya follow balik..huehuehueeee..^^

    BalasPadam
  18. wah...seronoknya cerpen sendiri dapat disiarkan kat surat khabar. Tahniah =)

    BalasPadam
  19. Gee GTG,

    Waalaikumusalam, terima kasih ya.

    Belum sampai taraf sasterawan lagi. Masih merangkak.

    BalasPadam
  20. JungRara,

    Terima kasih, ucapannya. Dan sudi singgah di sini. Saya akan ke sana nanti.

    BalasPadam
  21. Tahniah Cikgu. Prolifiknya Cikgu membuat saya cemburu (untuk mencontohi).

    BalasPadam
  22. hai.. salam..

    dah follow sini balik..

    no. 139.. thnax sudi singgah n follow blog teman.. =) salam kenal..

    BalasPadam
  23. wah.. tahniah ya.. nampaknya aiza kena cari akhbar ni nanti.. teruskan menulis ya..

    BalasPadam
  24. Jamal Ali,

    Cerpen lama ni. Terima kasih ya. Silakan.

    BalasPadam
  25. tenku butang,

    Terima kasih kembali sudi singgah dan follow. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  26. Mizz Aiza,

    Terima kasih. Terharu saya ada yang sudi cari dan baca.

    BalasPadam
  27. lama diperap kat dlm edotorial tu...... sampai setahun baru dikeluarkan.......
    btw..all the best utk kali nie...mesti menarik cerpen tu.....

    BalasPadam
  28. Remy hazza,

    Ya, dah lama. Kalau ikan dah pekasam agak-agak dah busuk, huhu. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  29. tahniah cikgu :) hebatnye penulisan cikgu :)

    BalasPadam
  30. Aku Penghibur,

    Terima kasih. Biasa saja. Mungkin rezeki.

    BalasPadam
  31. wah tahniah2...tak teringin nk terbitkannya dlm bentuk naskhah?

    BalasPadam
  32. KhaiRin,

    Terima kasih. Oh, sudah tentu teringin dan berhajat.

    BalasPadam
  33. 1st time dgr dn xpnh tgok pn..kt kg sy mungkin xde kot akhbar ni..kalau keluar bndar mgkin jmpa..

    BalasPadam
  34. S.K.A,

    Mungkin juga, edarannya tidak luas.

    BalasPadam
  35. wah tahniah yer & terus maju jaya dlm berkarya!

    BalasPadam
  36. Kesuma Angsana,

    Terima kasih. Kata-kata semangat itu amat saya hargai.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78