Baca tajuk entri ini pun dah peningkan? Sebenarnya, saya tidak tahu hendak letak tajuk apa, tapi saya berasakan tajuk ini tetap menjurus kepada apa yang hendak saya kongsikan.
kredit foto dari u-wartawan.blogspot.com |
Guru : Saya nak kamu semua baca petikan tentang Hari Kantin muka surat....
Murid 1 : Cikgu, bukan Hari Kantinlah, Hari Kentin.
Murid 2 : Kenapa cikgu sebut Kantin?
Murid 1 : Cikgu orang mana?
Oh, saya tidaklah terperanjat sangat apabila ada murid yang menegur begitu. Mungkin dia berasakan sebutan saya ini salah, dan sebutan yang disebutkannya itu betul.
Apabila yang biasa itu sudah menjadi kebiasaan, maka sukar untuk sesiapapun mengubahnya. Namun semenjak hari itu, saya agak tercabar apabila murid itu beranggapan saya ini salah.
Kemudian, saya meminta murid itu mengeja seperti murid tahun satu. Dan, apabila dia mengeja saya memintanya menyebut seperti apa yang dieja. Nah, sebutannya berubah. Dari Kentin kepada Kantin. Dan, saya bertanya semula kepadanya, antara sebutan saya dengan dia mana yang betul? Dengan tunduk, agaknya malu, dia menyatakan sebutan saya ini betul.
Di kesempatan itu juga, saya menjelaskan kepada mereka bahawa apabila mereka sudah belajar Bahasa Melayu, biarlah belajar bahasa yang betul. Jangan nanti, mereka salahkan guru kerana tidak mengajar bahasa yang betul. Hal ini berkaitan dengan pembakuan bahasa. Oleh itu, diharapkan guru-guru Bahasa Melayu dapat menjadi contoh terbaik kepada murid dalam pengucapan dan penggunaan bahasa Melayu .
Hilmi besarkan lah blog ni. tulisan sampai tak nampak. bagaimana nak baca
BalasPadamBesar macam mana lagi ustaz? Tulisan ke?
Padamtulisan atau besarkan blog
PadamBlog memang tak boleh besarkan dah ustaz. Tengoklah nanti, mungkin boleh dibesarkan sikit tulisannya.
Padamhi hi hi dah ok tu. kan boleh besarkan blog tu. tulisan pun senang nak baca
PadamBukan besarkan tulisan. Ubah background kotak entri. Corak-corak menyebabkan sukar nak membezakan tulisan. Saya cadangkan memilih background kosong (plain).
PadamTerima kasih ustaz dan Wong kerana prihatin.
PadamKebanyakkan orang dah jarang menggunakan bahasa melayu dengan cara yang betul sama ada sebutan atau penulisan..Ada juga yang suka menggunakan singkatan atau bahasa SMS..
BalasPadamInilah cabaran untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kalau masyarakat tidak bekerjasama, memang susah. Kalau boleh, dalam situasi rasmi gunalah bahasa Melayu yang betul.
Padambahasa jiwa bangsa..:)
BalasPadamBetul tu. Bahasa harus dicintai dan dijulang.
PadamTeringat pula saya apabila saya sebut "sana" dan bukannya 'sane' seperti kebiasaan orang Melayu sebut. Ditegur kawan kerana pelik bunyinya.
BalasPadamApabila saya sebut baku, saya dikategorikan orang Sabah pula. Uhuk.
Itulah masyarakat kita kan. Bila dah biasa guna bahasa yang salah, kita betulkan pasti diketawakan.
PadamOrang Sabah, orang sabahlah, asalkan kita cuba gunakan bahasa yang betul.
smpi skrg sy masih belajar BM...lg byk belajar lg byk benda yg sy x tahu...
BalasPadamSaya pun. Belajar bahasa ni tak pernah selesai. Sama-samalah kita menegur kalau ada yang tersalah.
PadamBahasa Melayu itu indah. Sekarang ini ramai memandang sepi keindahan Bahasa Melayu. Surat khabar pun sudah banyak menggunakan perkataan pasar dalam penyampaian berita.
BalasPadamSeharusnya media massa memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu.
PadamBahasa bukan sahaja perlukan pendidikan formal di sekolah tetapi percakapan harian diluar sekolah dan pergaulan sebenarnya juga yang memberi impak yang besar. Mungkin sukar bagi sesetengah kawasan dimana loghat setempat masih kuat.
BalasPadamLoghat juga perlu, krn ianya budaya sesuatu suku kaum tapi bahasa melayu yang betul juga penting kerana ia bahasa kebangsaan kita. Cikgu...kena tahulah kedua2nya, hehe...payah jadi cikgu ni kan!
Mengajar bahasa ni memang sukar. Satu cabaran kepada saya dan guru-guru bahasa. Tidak dinafikan jika mengajar di kawasan yang loghat atau dialeknya yang tebal sukar untuk diubah. Tetapi di Selangor tidaklah terasa sangat. Cuma mungkin pembakuan bahasa untuk huruf A.
Padamberani nya student tu tegur cikgu mcm tu.. apa2 puun,, bahasa jiwa bangsa:)
BalasPadamBudak sekolah rendah, main belasah saja mereka ni. Asalkan mereka fikir mereka betul. Menjadi tugas gurulah mendidik supaya beradab ketika mengajukan soalan dan memperbetulkan yang salah.
PadamHehehe~ saya pun sebut kentin juga instead of kantin. Pernah dulu saya sebut gabenor then kawan saya cakap, apsal baku sangat kau ni. Hahaha~ hampeh je. Mentang2 dia sebut gebener.
BalasPadamTak perlu rasa malu kalau apa yang disebut itu betul. Sepatutnya mereka tu yang berasa malu.
Padammngkin dia dh terikut2 =) tp mmg kebiasaan sy dgr org akan sebut kentin..xpn longhat style sbutan omputih..he3..ank murid skrg ni brani tgur guru..
BalasPadamBetul tu. Pengaruh bahasa yang dituturkan dalam masyarakat menjadi pengaruh terbesar kepada murid. Jadi, guru di sekolah boleh betulkan supaya mereka ini tahu sebutan yang betul.
PadamMurid ni, kadang-kadang memang berani. Jadi, guru kena bersedia.
hee..zara pun dah terbiasa mcm tu..tpi masih tahu lgila bahasa baku tu walaupn zara tak sgtla cakap bahasa baku..heee..
BalasPadamni munkin terjebak ngan kekwan melalui sms..nak cepat dan ringkas je kn..=D
Diharapkan, kalau dalam suasana dan dalam urusan rasmi gunakanlah bahasa yang betul. Itu saja.
Padamok cikgu..insyaALLAH..=)
Padambahasa SMS telah banyak digunakan oleh murid-murid di zaman sekarang.. sehingga penggunaan bahasa baku diabaikan..
BalasPadamMasalah ini sukar dibendung, melainkan ada undang-undang atau seumpanya dengannya. Jadi, tepuk dada tanyalah diri sendiri.
PadamKalau sy cakap bahasa baku, mesti macam pelik jer bunyi nya. Tp itulah yg sepatutnya. Dulu di sekolah, kami sekelas memang payah nak skor A.
BalasPadamApabila sesuatu itu tidak biasa disebut walaupun sepatutnya itulah yang perlu disebut, memang dianggap pelik. Tapi, kalau semua orang sebut sebutan yang betul, tak akan jadi pelikkan. Tapi, kalau situasi tak formal masih boleh diterima rasanya.
Padamkadang2x klakar dengar kawan saya cakap bahasa jawa, pekat skit...
BalasPadamkalo orang sabah plak, bahasa baku plak..macam2x..yang penting faham.
Bahsa melayu nie nampak macam mudah tapi ada benda yang kita tak tahu..
Betul, nampak macam mudah. Tapi agak sukar juga. Walaupun bahasa ibunda kita bahasa Melayu, ramai juga anak-anak murid yang terkandas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
PadamYa, saya mengajar Bahasa Melayu di sekolah.
BalasPadamOh, saya pun tidaklah cemerlang sangat. Tapi alhamdulillah la.
assalamualaikum encik Helmi...
BalasPadamfiza pelik plak.. knp mereka sebut kentin..
encik helmi mengajar di mana?
hehehe.. mcm anak buah fiza pula..hehe
Waalaikumusalam, oh sebab itulah yang sering didengar dan disebut. Kebanyakan masyarakat kita menyebut kentin bukan kantin.
PadamSaya mengajar di Sekolah Kebangsaan Batang Kali, Selangor.
rasanya sebutan x menunjukan ejaan..mungkin juga mengikut loghat negeri pun jadi..hehehe
BalasPadamDalam bahasa Melayu, sepatutnya bagaimana kita eja, itulah yang disebut. Barulah betul. Sebab itulah kita harus perkasakan pembakuan bahasa. Tidak seperti dalam bahasa Inggeris.
PadamLoghat atau dialek tidak termasuk dalam urusan rasmi atau seumpamanya. Lebih kepada pertuturan antara masyarakat.
acik pon sebut kentin tapi bila di eja jadi kantin , sebutan saje :)
BalasPadamRasanya tidak menjadi masalah dalam ejaan kan. Yang menjadi masalahnya apabila menyebutnya. Seharusnya DBP, menyelaraskan dalam sebutan "A".
Padambetul3.. salah satu pembelajaran yang salah yg baru saya perasan masa ni adalah cara menunjuk.. dulu cikgu ajar tunjuk dengan jari telunjuk spt kurang ajar. dan tunjuk dengan cara yg hormat dengan ibu jari.. tapi bila terdengar ceramah ustad rupanya semua tu salah.. ermmm..
BalasPadamHabis, macam mana yang betul ya? Saya ingatkan cara menunjuk dengan ibu jari itu paling sopan.
Padamhanya pada sebutan saja, nak berbahasa baku digelak pulak oleh student..
BalasPadamhihi..
Ya, sebutan itulah yang melambangkan bahasa Melayu baku. Bahasa yang dibangga-banggakan kita.
Padamwuu..budak sekarang.
BalasPadamberani tegur gurunya.
Itulah, saya dulu nak bertanya soalan dengan cikgupun tak berani.
PadamTapi sekarang ni, budak sudah tidak takut-takut lagi. Dari satu segi, baik kerana kita melatih budak untuk bertanya. Dari satu segi lagi, kelihatannya budak itu kurang adab. Namun, tak bolehlah nak marahkan dia, cuma tegur dan betulkan caranya itu.
setuju cikgu , budak2 skrg kadang2 kita tak habis cerita dia dah menyampuk. :)
BalasPadamBetul tu, saya tak nafikan. Saya pernah alaminya. Kadang-kadang tu, dia yang lebih. Mungkin dia terlalu teruja.
Padamhuhu..biasa la tu cikgu..bdak2 dh biasa ckap cam tu..
BalasPadamSebab itulah kita susah nak ubah yang biasa itu supaya tidak menjadi kebiasaan. Satu cabaran bagi seorang guru bahasa Melayu.
PadamSaya juga pernah ditegur sebab sebutannya salah.katanya org utagha mmg sebut begitu. Padahal saya cuba bercakap baku. ;)
BalasPadamSelalunya sebutan baku ni tak jadi masalah kepada orang utara. Namun begitu, ada kelemahannya juga pada orang utara apabila menyebut huruf /r/. Apabila terpengaruh dengan sebutan dialek akan menyebabkan sebutan baku itu sudah hilang.
Padamcabaran guru bahasa ialah menggunakan bahasa yang betul bila bercakap dengan murid, itu juga pembelajara secara tak langsung..
BalasPadamItulah yang sebaiknya. Murid akan mengikut apa yang dituturkan oleh guru mereka. Jadi, guru haruslah memainkan peranan dalam mendidik murid-muridnya menggunakan bahasa yang betul.
Padam