Pengikut

Selasa, 23 Julai 2013

Menadah Secangkir Ilmu


Assalamualaikum semua. Hari ini sudah masuk hari ke 14 kita menjalani ibadah puasa. Moga, kita tetap teguh untuk meneruskannya hingga ke penghujung. 

Sebenarnya, sudah lama saya mengambil gambar mug ini. Mug ini merupakan pemberian daripada anak-anak murid saya sewaktu sambutan Hari Guru yang lalu. Terima kasih kepada murid-murid tersebut yang sudi memberi cenderamata ini walaupun ketika itu saya masih baharu di sekolah ini. 

Saya tidak menilai berapa harga mug ini, sebaliknya saya sangat terharu apabila mug ini dihulurkan dari murid yang datangnya dari kelas hujung. 

Simbolik daripada mug ini, saya sifatkan mereka ini ingin menadah secangkir ilmu daripada saya untuk mereka teguk sebagai bekalan mencorak kehidupan masa depan. Dan di pihak saya pula, akan sedaya upaya mencurahkan ilmu yang berguna agar ilmu itu tidak menjadi racun, sebaliknya madu untuk mereka memaniskan segala pengalaman yang ditempuhi. 

"Kalau kita bukanlah orang yang suka menghulur, cukuplah kita menjadi seseorang yang tahu menghargai." 

46 ulasan:

  1. bestnya cikgu dpt mug tu.. jdi la cikgu yg terbaik bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tanda ingatan dari murid-murid. Insya-Allah, saya cuba yang terbaik.

      Padam
  2. seronok jadi guru..apa2 pun tanggunjawab mendidik harus menjadi keutamaan..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tanggungjawab yang diberikan ibarat amanah yang terpikul di bahu. Hadiah itu sebagai sampingan sahaja.

      Padam
  3. Balasan
    1. Pemberian anak murid, semuanya baik-baik sahaja.

      Padam
  4. Teringat masa sekolah dulu, Hari Guru mesti sibuk hendak bagi hadiah terutamanya kepada guru wanita..hehe

    BalasPadam
  5. yalah tu cikgu Hilmi. kih kih kih. saya dapat satu sahaja gelas tu. biasalah mengajar murid yang tak ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, satu pun dapat juga kan ustaz. Mesti khairi yang bagi!

      Padam
    2. bukan. waina yang kasi. khairi kasi gelas kecil. itu tak dikira.

      Padam
  6. betul tu =) menghargai stiap pemberian..cntik mug2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Saya suka mug yang nombor dua tu. Apa-apa pun kita yang menerima ni perlulah ada sikap menghagai.

      Padam
  7. Balasan
    1. Tersirat sikit-sikit saja. Yang tersuratnya lebih. Moga kita sama-samalah jadi orang yang menghargai.

      Padam
  8. teringat mama masa jadi cikgu dulu, mama lah cikgu yang paling banyak hadiah.. hihi, macam ada, tudung, kain batik.. boleh niaga mama dengan barang-barang dorang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, mesti cikgu popular ni.

      Ada juga cikgu yang dapat tudung, kain dan beberapa jenis lagi. Ada yang siap dapat rotan lagi dari anak murid.

      Padam
  9. wahh tahniah :) suka jadi cikgu :) bestnya dapat hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadiah itu sebenarnya tanda terima kasih kepada seorang guru yang telah mengajarnya.

      Padam
  10. menghargai pemberian anak murid kan cikgu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Saya sangat terharu apabila ada anak murid yang menghulurkan hadiah biarpun hanya sebatang pensel ataupun sekeping kad ucapan.

      Padam
  11. comel2 gelas tu...maknanya murid2 tu memang menghargai cikgunya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang comel gelas tu. Saya pun suka. Anak murid sekarang ni sudah pandai menghargai gurunya.

      Padam
  12. tahniah.. semoga terus bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa kita.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Aiza. Sokongan masyarakat di sekeliling juga amat diperlukan untuk membantu guru-guru mendidik anak bangsa.

      Padam
  13. Balasan
    1. Sekadar menyatakan apa-apa yang dirasakan. Mungkin lain orang lain pendapatnya.

      Padam
  14. cantiknye mug tu. boleh buat koleksi :) ramadhan pun hampir nak habis. sedihnyaaa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu.

      Masih berbaki 16 hari lagi, moga kita terus berjuang hingga ke penghujungnya ya.

      Padam
  15. tulah, sy nk jd org yg selalu menghulur

    BalasPadam
  16. Terharu murid2 bagi hadiah ;') (ni belom jadi cikgu huhu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa itu akan dirasai jika guru itu menghargai apa yang diberikan oleh muridnya.

      Lepas ni bolehlah rasa ya.

      Terima kasih singgah dan follow ya.

      Padam
  17. Oh, masing-masing ada rezekinya. Barangkali yang bukan guru mereka selalu dapat hadiah pada hari lahir dan seumpama dengannya.

    BalasPadam
  18. Untung la jadi cikgu..tiap tahun dpt hadiah..hehehe
    Semoga lebih bersemangat lg dlm mencurahkan ilmu kpd ank murid yer cikgu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, bukan kita yang minta. Tapi dah macam jadi budaya pula bagi hadiah sempena hari guru. Mungkin budaya itu untuk menunjukkan terima kasih kita pada guru.

      Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik.

      Padam
  19. Comel2 cikgu..untungla jadi cikgu ni..nak mug yg bunga merah tu heee..gurau je..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semuanya comel kan. Kalau saya tanya, comel tak mug ni, macam Kak Ton dalam TV tu, boleh tak? hehehe.

      Padam
    2. bleh2.... comelll muggg..hee..macam pelik bunyi dia..=D

      Padam
  20. tak sabar pula nak jadi pendidik yang sebenarnya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masanya akan tiba juga nanti. Semoga menjadi guru yang berdedikasi ya.

      Padam
  21. Sekarang ni budaya memberi hadiah kepada guru bagaikan sudah menjadi satu kemestian setiap kali hari guru. Kalau di kumpul hadiah tu sepanjang perkhidmatan...mesti tak muat satu almari, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... mungkin sebagai tanda penghargaan. Namun murid perlulah ikhlas memberi tanda ucapan terima kasihnya kepada guru tersebut. Bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa hadiah dia lebih hebat.

      Padam
  22. Untungnya jadi cikgu. Anak2 murid semua sayang. Siap dapat hadiah. Hee~ Moga jadi seorang pendidik yang terbaik untuk anak bangsa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ada juga anak murid yang sudi bagi. Insya-Allah, saya akan lakukan yang terbaik.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78