Pengikut

Rabu, 10 Julai 2013

Menguji Kecekapan Berbahasa Melayu

Assalamualaikum semua. Macam mana dengan hari pertama puasa hari ini? Harap-harap baik sajalah ya. 


Pernahkah anda terfikir, sejauh mana tahap penguasaan anda berbahasa Melayu? Walaupun kita ini berbangsa Melayu dan bahasa ibunda kita bahasa Melayu, itu tidak bermakna kita fasih berbahasa Melayu. Namun begitu, seboleh-bolehnya kita gunakanlah bahasa Melayu dengan betul ya. 

Kalau di sekolah, PLBS iaitu Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah akan dijalankan untuk menguji tahap kecekapan murid berbahasa Melayu. Antara aspek yang bakal diuji ialah tatabahasa ataupun kosa kata, sebutan dan intonasi, tatasusila dan fasih dan bermakna. Daripada modul yang disedikan, guru dapat mengenal pasti tahap keupayaan murid dalam berbahasa Melayu. 

Dalam pengujian ini, murid haruslah menunjukkan kewibawaannya dalam menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Ayat mestilah lengkap dan gramatis. Fasih, bermakna dan menggunakan bahasa Melayu Baku.

Adalah menjadi kelebihan sekiranya murid itu rajin membaca kerana pengetahuannya lebih luas dan penggunaan ayat yang lebih gramatis serta perbendaharaan katanya lebih baik daripada murid yang malas membaca.


36 ulasan:

  1. betul tu kalau budaya membaca dipupuk dari kecik gaya dapat membantu penggunaan tatabahasa dan gaya bahasa yang menarik....

    BalasPadam
  2. Adhie Sunan Saifuddin,

    Tapi, budak-budak ni susah sikit hendak membaca. Kadang-kadang tu buku NILAM, dibiarkan kosong saja. kalau tak paksa dan suruh, memang tak buatlah. Tapi ada juga yang ok.

    BalasPadam
  3. Saya sokong. Masa zaman persekolahan dulu, masa saya banyak dihabiskan untuk membaca. Tapi budak-budak sekarang kebanyakkan tidak berminat.Contoh, anak saudara saya sendiri.Membaca bukan sahaja membantu penggunaan tatabahasa tetapi meningkatkan pengetahuan am.Betul tak?? hihihi..

    BalasPadam
  4. Dulu semasa sekolah rendah saya dapat markah PLBS sikit jer. Mungkin sebab baca tanpa perasaan kot, takde intonasi pun.

    BalasPadam
  5. Saya seboleh-bolehnya menggunakan bahasa melayu yang betul dalam setiap entri. Kadang-kala terbabas juga...hehe.
    Perkataan singkatan paling tidak saya gemari. Dalam komen mungkin takpe, kalau singkatan yang biasa le. Tatabahasa mungkin kurang pandai, tapi cuba juga yg terbaik.

    BalasPadam
  6. zmanja,

    Ya, betul tu. Melalui pembacaan kita dapat meningkatkan pengetahuan am. Banyak manfaatnya apabila kita membaca.

    BalasPadam
  7. Teena Tna,

    Tidak mengapa. Sekarang ini boleh terus berbahasa Melayu dengan betul ya.

    BalasPadam
  8. Bin Muhammad,

    Tahniah! Saya perhatikan, entri BM menggunakan bahasa yang betul. Hal tatabahasa itu, masih boleh kita belajar sama-sama. Kadangkala saya juga terbabas juga.

    BalasPadam
  9. bahasa melambangkn bangsa =) tp kadang2 dlam entri blog main hentam je bahasa hu3..

    BalasPadam
  10. Cikgu.... spm dulu bm sy dpt A1 ... hehe ... tp tak praktik dlm blog pon... :P

    BalasPadam
  11. saya sokong 100 peratus membaca menambahkan ilmu

    BalasPadam
  12. kalu dr segi pertuturan, rs nyer sm je kot tp dr segi penulisan, alhamdulillah bertambah baik (sbb kena mengena dgn tugas sy)

    BalasPadam
  13. maaf kalau mama salah komen ye, cikgu bm anak mama seorang yang berbangsa cina, masalahnya, pertuturan, pantun yang dia beri anak mama suruh hafal mama rasa ada kesilapan.. nak terangkan pun mama tak berapa pandai.. cth pantun tu :

    pokok amai-amai,
    belalang kupu-kupu,
    tepuk adik pandai,
    mama beri susu.

    betul ke pokok tu??? hihi

    BalasPadam
  14. ada jugak blog yang guna bahasa sms, secara tak langsung ia memusnahkan bahada ibunda kita..

    sebolehnya dalam entry cuba guna bahasa baku tapi tengok apa ayat dan niche blog tersebut :)

    BalasPadam
  15. salam...

    anak-anak sekarang susah nak fahami bahagian penulisan/karangan...

    BalasPadam
  16. S.K.A,

    Betul tu, kalau kita tidak memartabatkannya siapa lagi. Cubalah, sedikit demi sedikit.

    Sebenarnya kalau kita menulis dengan bahasa yang betul, walaupun topik itu kecil atau biasa saja, tidak mustahil penulisan kita boleh dijadikan rujukan.

    BalasPadam
  17. Cik YuYu,

    Tentu cikgu yang mengajar BM kecewa, huhu... tak apa, boleh mula dari sekarang (saya tak paksa ya).

    BalasPadam
  18. tarmizi,

    Faedah membaca sangat besar. Hanya orang yang membaca yang tahu. Oleh itu, boleh ajak orang lain untuk turut membaca.

    BalasPadam
  19. KhaiRin,

    Dalam pertuturan untuk situasi tidak rasmi, boleh. Tapi kalau rasmi digalakkan menggunakan bahasa Baku,

    p/s: boleh saya tahu, kerja dalam bidang apa?

    BalasPadam
  20. Norhasniza Khalid,

    Saya pernah mengajar di SJKC selama setahun lebih. Setahu saya, memang dasar sekolah SJKC guru BM untuk tahun 1 dan 2 adalah guru cina.

    Bukan pokok, mama
    *tepuk amai-amai
    belalang kupu-kupu
    tepuk bagi pandai
    emak upah susu.

    BalasPadam
  21. DKna Abza,

    Setuju. Tidak salah guna bahasa Melayu yang betul walaupun dalam blog. Biarlah orang cakap skema ke, atau apa-apa pun. Bahasa Jiwa Bangsa.

    BalasPadam
  22. Qhaifa Nur,

    Waalaikumusalam, saya akui di sekolah saya juga begitu. Murid sukar untuk menulis karangan dengan baik.

    Saya sarankan supaya, banyak buat latihan dan banyak membaca.

    BalasPadam
  23. oh macam tu ker !

    BalasPadam
  24. Jie Susanos,

    Ya, perlu diuji untuk memastikan murid kita boleh berbahasa Melayu dengan betul.

    BalasPadam
  25. Kesuma Angsana,

    Begitulah. Cara ini juga dapat membantu murid mengenal pasti kekuatan dan kelemahannya.

    BalasPadam
  26. Saya naik pening dengan budak2 sekarang yang suka sangat guna bahasa sms. Lagi2 bahasa yang macam orang takde lidah tu. Titew cukew pegi cekola. Hehe~

    BalasPadam
  27. Aida Ismail,

    Huhuhu...boleh guna bahasa singkatan. Tapi kena cara yang betul.

    Ini dah macam bahasa rojak dan entah apa-apa lagilah.

    BalasPadam
  28. masuk exam soalan ni semester lepas..huhu

    BalasPadam
  29. 3no gr33ny,

    Oh, ya ke? Tentu dapat jawab kan.

    BalasPadam
  30. ngee sejak guna bi kat universiti,mcm susah nak guna b.melayu da.tak faham sgt da.huu

    BalasPadam
  31. setuju sangat.. minat membaca perlu dipupuk sejak anak masih kecil..

    BalasPadam
  32. adesss!!!!terkene dah!!!sy guna bahasa pasar jer...keadaan sekeliling...heheheeheh...

    BalasPadam
  33. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Saya rasa tidak menjadi masalah kepada Iqa untuk menggunakannya. Yakinlah pada diri sendiri. Siapala lagi yang hendak memartabatkannya kalau bukan kita bangsanya kan.

    BalasPadam
  34. Mizz Aiza,

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    BalasPadam
  35. P#eoniX,

    Ada yang terkena ke? Maaflah, saya hanya menulis yang betul kan.

    Terpulanglah pada saudara. Mungkin boleh diperbaiki lagi penggunaan bahasanya. Sama-samalah kita martabatkan bahasa kita ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78