Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

Terima Kasih Daun Keladi

Terima kasih daun keladi saya ucapkan kepada rakan-rakan blogger yang sudi mengunjungi "TETAMU ISTIMEWA". Saya sangat terharu dengan kesudian itu dan ada pula yang rajin meninggalkan komentar tanda respon terhadap entri yang dibaca.


Terima kasih kepada Norhasniza Khalid@mama yang sudi mengajar saya menggunakan printscreen. 

Melihat kepada pageviews blog saya,  dapat saya rasakan ada perkembangan positif berbanding dulu sewaktu mula menulis di blog ini. Alhamdullillah. Biarpun ada sesetangah blog yang mencatat ribuan pageviews dalam masa sehari, namun bagi saya yang masih amatur ini saya tetap bersyukur. Paling penting, apa yang hendak saya sampaikan itu sampai kepada pembaca. Terpulanglah kepada pembaca itu untuk menyebarkannya ataupun tidak.

Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya meletakkan nama blog saya "TETAMU ISTIMEWA"? Adakah saya ini betul-betul tetamu yang istimewa yang akan mengunjungi teratak anda? Ataupun propaganda nama semata-mata? Sebenarnya ada sejarahnya. Mungkin saya akan menerbitkan satu entri berkenaan sejarah nama blog saya pada masa akan datang. Insya-Allah. 


42 ulasan:

  1. tahniah sebab dah ramai pengunjung blog ni...teruskan bersegmen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Alhamdulillah, ada yang sudi singgah di sini. Bersegmen? Insya-Allah.

      Padam
  2. cikgu sentiasa menjadi tetamu istimewa kami semua ^^

    tahniah ye cikgu..teruskan berkongsi entri tanpa jemu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Ini merupakan satu penghargaan kepada saya.

      Insya-Allah, saya akan terus menulis untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

      Padam
  3. Tahniah, satu peningkatan yang amat baik bagi sebuah blog peribadi yang kearah kesusasteraan. Satu cabang yang kurang popular (berbanding hiburan). Teruskan dgn usaha anda dlm memartabatkan bahasa melayu.

    Keramahan anda disamping kerajinan berkunjung membuka ruang besar dalam mempromosi blog. Kekerapan entri dan kualiti amat penting untuk menarik dan mengekalkan pengunjung anda.

    Pendapat saya, cuba selang selikan artikel berat dan ringan agar pengunjung tidak bosan. Selitkan juga unsur2 tarikan terkini sama ada hiburan, agama, jenaka, berita dan sebagainya agar sedikit santai untuk lebih menarik. Kadang-kala orang datang berkunjung tidak mempunyai masa yg byk dan sekadar membalas kunjungan atau tersesat, tapi dgn artikel berkualiti dan menarik pasti mereka akan terpaut. (sekadar pandangan, xsemestinya diikut)

    Eh...panjang pulak komen ni. Saya begitu ingin melihat blog spt anda ini berjaya dan popular!

    Bagi saya...anda memang tetamu yang istimewa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebuah komen dan pandangan yang sangat baik. Saya amat hargainya. Terima kasih.

      Saya akan cuba yang terbaik. Terima kasih juga kepada BM yang menjadi tetamu istimewa saya dan sering meninggalkan komen yang bermutu.

      Sokongan anda semua sangat saya perlukan.

      Padam
  4. Wah! Tak sabar untuk menunggu entri tersebut! Pastikan saya di tag ya cikgu! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih. Insya-Allah, sekiranya entri itu diterbitkan nanti. Dan sudilah membacanya dan setia memberi respon.

      Padam
    2. Lupa! Tahniah di atas kejayaan cikgu. InsyaAllah, blog ini akan menjadi blog kesusateraan yang terkenal siedikit masa nanti :')

      Padam
    3. Terima kasih. Tinggi sangat harapan tu. Namun, saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi apa-apa tentang kesusasteraan.

      Padam
  5. Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini. Alhamdulillah, pencapaian ini adalah milik semua pengunjung Tetamu Istimewa.

      Padam
  6. tetamu istimewa syurga allah insyaallah. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Syurga itu memang menjadi dambaan kita semua.

      Padam
  7. Berdasarkan pengalaman saya, jika kita rajin komen di blog orang, hasilnya juga membuahkan hasil. Tetapi, kenalah berlapang dada terhadap komen yang mereka tinggalkan.

    Apapun, tahniah! Ada lagi kemajuan dalam mendalami ilmu berblog. Teruskan lagi usaha. Sama-sama kita memperbanyakkan ilmu dalam Bahasa Melayu di Internet ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wong. Kalau kita nak orang datang ke rumah kita, kita kenalah ke rumah orang juga kan.

      Saya menerima komen daripada sesiapa sahaja.

      Terima kasih. Ya, saya akui banyak lagi yang perlu saya pelajari.

      Padam
  8. Wahh tahniah cikgu! ^^ Teruskan berblog ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Aida yang menjadi antara pengunjung setia Tetamu Istimewa. Sokongan anda semua amat saya hargai.

      Padam
  9. syukurkn cikgu helmi..tak sabar nak tahu asal usul kenapa cikgu helmi letak nama tetamu istimewa..=D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Sabar ya, insya-Allah dalam masa terdekat saya buat satu entri ya.

      Padam
  10. peh tinggi tol page view..ni jeles ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Taklah tinggi sangat kalau nak dibandingkan dengan blogger yang hebat lain. Tapi, alhamdulillah bagi saya saya yang masih baru ni.

      Padam
  11. wah meriah blog cikgu
    ramai yg datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Saya berusaha dengan penuh kesungguhan. Terima kasih juga ya singgah di sini.

      Padam
  12. tahniah yer & happy blogging !

    BalasPadam
  13. sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. insyaAllah..saya percaya tak lama bertambah meriah kunjungan ke Tetamu Istimewa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Terima kasih ya. Bermula dari bawah dapat mendidik saya lebih bersyukur dan menghargai.

      Padam
  14. memang hebat cikgu, alahai mama tolong tu tak seberapa pun..
    terbaik lah cikgu, semoga cikgu terus kekal sebagai seorang blogger yang berjaya!!!...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, janganlah cakap macam tu mama, tak hebat mana pun. Masih amatur.

      Amin. Begitu juga dengan mama ya.

      Padam
  15. tahniah di atas peningkatan ini.. semoga terus bersemangat untuk menulis.. :D

    BalasPadam
  16. Terima kasih. Aiza juga salah seorang pengunjung setia Tetamu Istimewa. Saya sangat hargai.

    BalasPadam
  17. wa! tinggi jugak tu..all the best..

    BalasPadam
  18. tahniah...tinggi tu cikgu....past ada yg istimewa disini.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih ya. Biarlah pengunjung yang mencari dan merasainya apa yang istimewa itu.

      Padam
  19. Ramainya pengunjung blog dia.... tahniah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana menjadi salah seorang pengunjung Tetamu Istimewa.

      Padam
  20. Balasan
    1. Alhamdulillah, bolehlah dikatakan ramai bagi blogger baru macam saya ni.

      Padam
  21. tahniah,sy pun dah pandai selalu singgah blog ni:) tak sabar ingin tahu kenapa memilih nama tetamu istimewa untuk blog ini?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78