Alhamdulillah, syukur sekali lagi dapat bersolat Jumaat hari ini. Moga kehidupan dirahmati dan diberkati. Kutbah Jumaat hari ini bertajuk "Marhaban Ya Ramadan". Maklumlah Ramadan tidak lama lagi akan menjelma.
Siapakah yang pernah membaca surat khabar Utusan Malaysia pada hari Isnin? Jika anda pernah membeli dan membacanya pasti anda juga akan tercari-cari ke manakah menghilangnya sisipan Utusan Melayu Mingguan bermula 1 Julai 2013 yang lalu. Sisipan ini dalam tulisan jawi.
Betapa kecewanya saya apabila mendapat tahu yang sisipan Utusan Melayu Mingguan sudah diberhentikan penerbitan edisi bercetak. Maksudnya, sekiranya yang ingin membaca anda perlu melanggannya dalam bentuk digital.
Sekiranya senario ini berterusan, maknanya perkembangan tulisan jawi akan terbantut. Usaha untuk memperkembangkannya hanya sia-sia sahaja. Jika sebelum ini, dapatlah juga rakyat Malaysia membacanya melalui sisipan dalam Utusan Malaysia. Itu hanya tanggapan saya sahaja. Tidak tahulah kalau ada rakyat Malaysia sanggup melanggan semata-mata untuk membaca sisipan akhbar dalam tulisan jawi.
Saya katakan, Utusan Malaysia sudah hilang jiwanya pada hari Isnin! Utusan Melayu Mingguan itulah jiwanya. Seharusnya orang Melayu harus berbangga dan mempertahankannya.
kna banyak belajar bahasa jawi ni..sbb sekarang byak sgt owg yg tak tahu..hmm
BalasPadamaiza pun dah lama tak membaca tulisan jawi.. agaknya mesti merangkak juga nak membacanya..
BalasPadamsalam jumaat.owh saya kadang2 beli juga masa hari Isnin.sayanglah kalau dah takde,anak kembar saya pun suka berlatih mantapkan jawi dengan sisipan yang diberi.
BalasPadamsaya pun dapat belajar jawi 'moden'.sebab kadang2 terlalu banyak perkataan yang telah di'inggeris'kan.jadi utusan melayu mingguan ni banyak membantu :)
betul tu, kenapa perlu di hentikan , ramai anak muda yang tak mampu membaca tulisan jawi, :( sekurang mereka tahu bila ada sisipan tersebut
BalasPadamSaya tak bca utusan...tapi saya juga kecewa jika utusan melayu ini diberhentikan. Walaupun sekadar sisipan ianya patut dikekalkan demi tulisan jawi yang menjadi warisan budaya orang melayu. Ketepikan keuntungan demi mengekalkan kebanggaan bangsa. Setuju dgn cikgu...Utusan Malaysia sudah hilang jiwanya.
BalasPadamlepas hilang jiwa..maka hilang utusan pulak...
BalasPadamYe la. Sayang kalau dihentikan. Orang2 tua sebaya atuk nenek kita rasanya lagi suka baca akhbar dalam tulisan jawi.
BalasPadambetul, boleh dikira berapa kerat sangat orang boleh baca dalam jawi ni.. sayang sekali dan tak semua orang mampu miliki secara digital, silap-silap orang tak buat pun..
BalasPadamsiti ZAHARA,
BalasPadamYa, sebagai orang Melayu perlu tahu baca jawi. Saya pun bukan pandai sangat tapi bolehlah.
Mizz Aiza,
BalasPadamBoleh cuba dulu. Lepas merangkak dah boleh berjalan dan berlari kan. Rugi kepada sesiapa yang tidak pandai baca jawi.
aLeaSaRa,
BalasPadamSalam Jumaat. Baguslah macam tu.
Ya, tulisan jawi sangat unik. Kita baca dan eja sama seperti kita eja dalam bahasa Melayu
Aku Penghibur,
BalasPadamTak tahulah. Jangan hanya fikir keuntungan saja kan.
Bin Muhammad,
BalasPadamTerima kasih. Harapan saya, ada pihak yang bangkit berjuang demi tulisan jawi ni.
ANIM,
BalasPadamHilang jiwa, hilang jasad, lenyaplah segalanya.
Aida Ismail,
BalasPadamSeharusnya, kita orang muda pun kena rajin membaca dalam jawi kan. Kesiannya atuk dan nenk kita.
Norhasniza Khalid,
BalasPadamBetul tu. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
betullah..kadang2 kita orang dewasa ni pun sesetengahnya kurang menghayati dan fahami tulisan jawi ni...patut dikekalkan..
BalasPadamrugi la mcm 2..bkan sng dh nk jmpa tulisan jawi skrg..ntah2 ank muda skrg xpndai bca jawi lngsung..xguna la mcm 2 kalau kt tv bt iklan jawi dlm s.khabar..
BalasPadamBUNDA,
BalasPadamEntahlah apa yang difikirkan pihak yang terbabit ini.
Betul tu.
S.K.A,
BalasPadamBetul tu, dalam Tv bukan main lagi promosi.
tulisan jawi sekarang makin kabur...
BalasPadamAzwar Syuhada,
BalasPadamJadi, usaha memperkembangkannya perlu dilakukan bukan dihentikan.
penggunaan tulisan jawi perlu dikekalkan agar tidak ditelan dek zamn
BalasPadamAdhie Sunan Saifuddin,
BalasPadamYa perlu dikekalkan.
emm..xtau nk kate ape..tapi lebih baik dikekalkan
BalasPadamSayang kalau dihentikan. tulisan jawi perlu dikekalkan, atuk nenek kita lagi suka baca akhbar dalam tulisan jawi.
BalasPadamSaya tak pasti apa perlu respon dalam hal ini. Ini kerana saya sendiri tidak membeli Utusan Melayu versi Jawi.
BalasPadamWalaupun begitu, hati ini tetap berasa sedih. Buat masa ini, itulah sahaja wadah tulisan Jawi buat bacaan umum.
Bagi saya, tulisan Jawi akan mati jika nilai komersialnya tidak digilapkan. Jika hanya berkata ingin mempertahankannya sebagai warisan, perlu diteliti nilai komersial yang boleh disinarkan. Bukan setakat mengeluarkan terbitan berkala.
Ya hati ini juga ingin membantu memartabatkan tulisan Jawi, tetapi hati ini juga tertanya bagaimanakan boleh menyumbang demi melestarikan tulisan Jawi kepada keturunan seterusnya.
Jie Susanos,
BalasPadamSememangnya pun, perlu dikekalkan.
Rusydi Hikmawan,
BalasPadamHarapan saya juga begitu. Jika didigitalkan ental berapa sangat orang melanggan dan membacanya. Takkan atuk dan nenek kita hendak mengadap komputer untuk membaca akhbar ini.
Wong,
BalasPadamSesuatu yang diusahakan dan diperjuangkan itu perlu diikuti dan disusuli dengan tindakan. Barulah nampak perkembangan dan kesannya.
sayangnya...... dulu2 ada masa nak jugak remy membaca sisipan jawi tu...biarpun merangkak.... dapat juga latihan utk kita...skrg dah takde... makin jauh lah nanti....
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamSayang seribu kali sayang. Dan makin jauhlah dari pembaca semua.