Ya, siapa kata tugas guru hanya duduk di dalam kelas dan mengajar tulis baca. Masuk pukul 7.30 pagi, balik pukul 1.00 petang bagi yang sekolah rendah. Sebenarnya, lebih daripada itu. Antaranya, menguruskan dan melaksanakan hari sukan. Segala persiapan terutama untuk sekolah rendah pastilah semuanya diuruskan oleh guru. Jika guru tidak bertindak, tidak jalanlah sesuatu program itu. Oleh itu, apabila anda sudah berjaya, janganlah lupakan guru sekolah rendah yang mula mengasuh mengenal ABC, 1, 2, 3, Alif, Ba, Ta.
Hari ini sekolah saya telah menjalankan beberapa acara akhir sempena Sukan Tahunan sekolah. Sukan Tahunan akan diadakan pada 7 Julai 2013 (Ahad). Semua dijemput hadir untuk memeriahkan dan memberi sokongan.
Empat buah rumah iaitu Biru, Hijau, Kuning dan Merah akan berentap memburu kejuaraan. Pastilah ada yang mengidam untuk menjulang anugerah Olahragawan dan Olahragawati. Semuanya akan terjawab pada hari Ahad nanti.
Sebenarnya, latihan dan pemilihan telah dijalankan tiga minggu lepas. Bagi murid yang tidak melepasi acara saringan untuk acara Lompat Jauh, Lontar Peluru, Lompat Tinggi dan acara larian mereka ini akan menyertai acara campuran sukaneka. Jadi, semua murid berpeluang memenangi hadiah.
Antara acara campuran sukaneka yang dijalankan |
Acara tarik tali saringan awal
Acara penyampaian hadiah untuk acara campuran sukaneka
Pada hari sukan nanti, acara akhir untuk larian akan dijalankan. Jadi, kepada murid yang terpilih lakukan yang terbaik. Manalah tahu, daripada menyertai sukan di sekolah bakat anda akan terus bersinar untuk menyertai sekolah, daerah, negeri dan seterusnya Malaysia.
Assalamualaikum...
BalasPadambetul2, fiza setuju sbb parents fiza cikgu.. hhmm blik petg kdang.. byk activity yg d jalankn d sekolh..
sume cikgu yg handle..
#nak jd cikgu jugak.. tp tersasar amik admin kat ipta huhu#
syaafi sushi,
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih memahami.
p/s: oh, mungkin rezeki di situ.
insyaAllah.. hehehe ^^
BalasPadamwahhh besar jasa cikgu, akak acik pon cikgu ,tengok dia bertingkus lumus banyak ,keje,,, emm nak jadi cikgu tak tercapai :(
BalasPadambesar jasa seorang cikgu, hargailah mereka, akak acik pon cikgu, jadi tahu tanggungjawab yang kena di lakukan, alaaaaa nak jadi cikgu jgk , tapi tak kesempaian :)
BalasPadamteringat mama zaman dulu-dulu.. :)
BalasPadambanayk guru habiskan mase kat sekolah berbanding dirumah...namun,guru tetap diingatan setiap murid...heheheh...
BalasPadamtengok mcm best je mngajar budak2 skolah rendah ni =)
BalasPadamSalam,
BalasPadamTiada siapa lagi yang kata kerja cikgu sekarang ni senang. Sama saja...kalau sekolah menengah lagi tension. Tekanan itu lebih seksa dari kerja guna tenaga.
Selamat maju jaya...semoga hari sukan berjalan lancar dan melahirkan insan yg berjaya dlm pelajaran dan kokurikulum.
Aku Penghibur@acik,
BalasPadamTerima kasih. Banyak kerja. Kena pandai urus.
Oh, setiap orang ada rezekinya.
Norhasniza Khalid@mama
BalasPadamKalau diberi peluang untuk jadi cikgu, mahu ke? Huhuhu... guru ganti sekarang ni pun susah nak dapat, tambahan pula kalau dengar kena ajar KSSR.
P#ioneX,
BalasPadamTerima kasih. Tanpa guru siapalah kita kan.
S.K.A,
BalasPadamAlahamdulillah, masing-masing ada cabarannya sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Bin Muhammad,
BalasPadamWaalaikumusalam, terima kasih. Sama-samalah kita membantu anak-anak untuk terus berjaya.
skrg tgh musim sukan erk?
BalasPadamsetiap pekerjaan ada cabaran dan risiko tersendiri.. lihat dari semua sudut, baru kita tahu susah dan senang pekerjaan itu..
BalasPadamteringat kembali acara suka semasa bersekolah dahulu..
Nurzulaiqa Nazri@professor,
BalasPadamYa, kebanyakannya tengah musim sukan.
Mizz Aiza,
BalasPadamBetul tu. Setiap pekerjaan ada cabarannya.
Wahh seronoknya hari sukan. Teringat dulu zaman2 sekolah. Hee~
BalasPadamProfesion guru makin mencabar kan. Dengan budak2 sekarang yang makin pelik perangainya. Moga istiqamah~ :)
seronoknya hari sukan :D
BalasPadamsalam..
BalasPadambetapa untungnya menjadi seornag guru kemudian anak2 di bawa seliaan berjaya.guru satu tugas berat..pahal menggunung tinggi..
musim skrg anak2 sibuk turun padnag dna bersukan.
salam kenal dari cahayacinta.jemputlah masuk ke blog saya.
sekolah sebelah rumah ni pon tgh ada sukaneka terbuka ni hehe
BalasPadamAida Ismail,
BalasPadamYa, kenangan untuk diingati. Tapi ada juga yang kalau boleh nak lari daripada masuk acara sukan. Sebab ada juga yang tak minat. Tapi, sebagai guru kenalah beri kesedaran kepadanya.
fadh leyanie,
BalasPadamAlhamdulillah, ini baru mula, belum hari sebenarnya lagi. Harap-harap berjalan dengan lancar.
cahaya,
BalasPadamWaalaikumusalam, salam perkenalan. Terima kasih kerana singgah di sini.
Alhamdulillah, harap-harap ilmu yang diajar dapat dimanfaatkan oleh anak murid hingga berjaya.
dear xila,
BalasPadamSekolah di mana tu? Bolehlah intai-intai.
cahaya,
BalasPadamSaya tidak dapat masuk ke blog anda. Kenapa ya? Boleh tinggalkan link di cbox saya. terima kasih.
saya dah follow blog awk
BalasPadamsaya pun selalu ingatkan anak2 hargai guru.kadang2 anak yang suka bercerita tentang kesibukan guru masa hari sukanlah,kena pergi kursuslah dll.
BalasPadambila tanya nak tak jadi guru?depa kata tak nak sebab orang yang sabar je layak jadi guru he3..depa pun tau kadang2 letih guru nak layan peel kawan sekelas depa he3..