Pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

Muncul Kala Ramadan Membuka Pintu Rezeki

Alhamdulillah, selamat juga kita berbuka puasa pada hari yang ke 6 ini. Moga kita berbuka dengan hidangan yang halal dan diberkati. 

Bercakap tentang juadah makanan, tentu sekali kita semua pernah ke bazar Ramadan. Apabila ke bazar Ramadan, pasti nafsu makan kita mula meronta-ronta. Mata pula merayap ke segenap gerai yang menjual pelbagai hidangan lauk-pauk, kuih-muih, air minuman dan buah-buahan. Lalu kita pun membeli berlebih-lebihan hingga tanpa sedar yang kita sudah membazir.

kredit foto dari tebuenak.blogspot

Selain itu, percayakah anda bahawa kedatangan Ramadan bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh peniaga malah pembeli juga. Mana tidaknya, ada sesetengah makanan, kuih muih, air minuman yang hanya dapat dibeli dan dijumpai di bulan Ramadan sahaja. Maka di kesempatan inilah kita akan mengambil peluang untuk membelinya.  

kredit foto dari silkscarf.blogspot

kredit foto dari rasa.karangkraf.com

Kepada para peniaga pula, janganlah mengambil kesempatan menjual juadah tersebut dengan harga yang tidak munasabah. Tidak salah, jika makanan itu sudah popular dan ditunggu-tunggu oleh pembeli dijual dengan harga biasa. Mungkin Allah SWT membuka rezeki untuk jualan anda lebih laris lagi. Sambil menjual sambil menderma untuk pahala di hari akhirat nanti.

48 ulasan:

  1. Itulak kelebihan yg xada pd bln2 yg lain...just nk tanya, apa maksud stagma?

    BalasPadam
  2. Masa bulan ramadan ni lah baru jumpa makanan yang jarang kita jumpa dalam bulan biasa...memang Ramadan tu pembuka pintu rezeki...

    #teringat bubur pedas Sarawak

    BalasPadam
  3. bawa duit skit je ke bazaar..kang membazir...hek3 >.<

    BalasPadam
  4. Kedatangan Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu oleh peniaga makanan. Tetapi yang menjadi masalah ialah ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dan ada yang tidak menjaga kebersihan. Kita harus bijak memilih.

    BalasPadam
  5. betul tu cikgu.... kala ramadhan nie lah perbagai menu yg jarang2 kita jumpa atau makan muncul...tu yg kekadang over budget tu..... semua nampak...he3

    BalasPadam
  6. sambil meniaga sambil bersedekah, itulah yang berkat.. tapi tak ramai peniaga yang buat begitu pada zaman sekarang.. alasan mereka sebab harga gula, tepung dan minyak dah naik.. kita pelanggan terpaksa akur sahaja sebab ianya dah jadi keperluan bila tiba ramadhan.. tahun ni tak pergi ke bazar ramadhan lagi, alhamdulillah masih memasak sendiri setakat ni..

    BalasPadam
  7. ngee..taun ni tak penah gi bazar lagi. cuz kat tempat iqa x best. x byk pon makann yg dijual.hee

    BalasPadam
  8. Ada jugak tepung pelita tu ... hehe

    BalasPadam
  9. KhaiRin: anies,

    Ya, harap-harap kelebihan itu menjelmakan sesuatu yang baik.

    Stagma? atau Stigma?

    BalasPadam
  10. Adhie Sunan Saifuddin,

    Alhamdulillah, kan. Moga rezeki yang dikurniakan-Nya itu tidak diekploitasi untuk memperoleh keuntungan semata-mata.

    Oh, bubur pedas Sarawak? Macam mana tu?

    BalasPadam
  11. Nao Mei,

    Oh, jadi tak perlu susash-susahlah nak sedikan atau beli kuihkan. Jimat duit.

    BalasPadam
  12. AiSyA LiEzA,

    Betul juga cadangan tu. Tapi, ada yang kata kalau bawa duit sikit mereka tak nak pergi ke bazar Ramadan. Lebih baik duduk rumah saja.

    BalasPadam
  13. Seorang peniaga mestilah bertimbang rasa. Jika terlalu mengejar keuntungan, pasti tiada keberkatan. Bulan Ramadan bukan bulan mengejar keuntungan berganda tapi mendapat pahala berganda.

    Pembeli juga harus bijak...kuasa di tangan kita. Kalau mahal, jangan beli. Buat aduan jika tertipu. Samalah juga...Bulan Ramadhan bulan mengawal nafsu bukan bulan berpesta juadah.


    BalasPadam
  14. Wahh kuih akok ke tu? Lamanya tak makan. Kat Johor ni, bila bulan puasa je ada kuih tu. Hee~

    BalasPadam
  15. sekarang ini ayam menjadi topik ,cikgu. kalau raya tanpa ayam tak tau la macam mana nak cerita..

    BalasPadam
  16. betul tu cikgu helmi..ikut cara rasul kita berniaga..insyaALLAH rezki tu berkat..=)

    BalasPadam
  17. betul ramadhan memang mempunyai kelebihan dari bulan2 biasa..tetapi kepada peniaga berniaga lah dgn jujur sebab terlalu banyak yg ambil kesempatan

    BalasPadam
  18. Dah masuk hari ke-7 kita posa kan..tapi i sekali pun tak p bazar ramadhan lagi..huhuhu

    BalasPadam
  19. Syukur kita masih berada dalam ramadan ini lg. ramadan tak dpt dipisahkan dgn bazaar ramadan :D

    BalasPadam
  20. betul tu bersederhanalah dalam apa jua kan !

    BalasPadam
  21. kadang-kadang seronok juga bertukar makanan dengan sahabat

    BalasPadam
  22. Nor Ariffin Hamzah,

    Naikkan harga satu hal kan. Kadang-kadang tu mereka ni masak ala kadar saja.

    Setuju, kebersihan perlu ditikberatkan.

    BalasPadam
  23. Remy hazza,

    Pandai pula makanan tu muncul kan. Bila bulan puasa nafsu makan kita ni lain macam sikit. Jadi, kenalah kawal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu....remy kawal dgn budget jer.... rm10 hinggit...... dah cukup 10 hinggit.... jgn dok membazar lagi...... bsk masih ada....

      Padam
  24. Mizz Aiza,

    Kalau kita fikirkan balik, tiada guna juga gaji naik dan sebagainya kerana apabila gaji naik, tentu harga barangan turut naik. Jadi, nilai kenaikan gaji itu tetap sama.

    Syabas, kerana memasak sendiri lebih baikkan.

    BalasPadam
  25. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Baguslah, kalau boleh dielak ke bazar lebih baik.

    BalasPadam
  26. Rohayu Md Isa,

    Tunggu apa lagi? Bila nak buat?

    BalasPadam
  27. Bin Muhammad,

    Setuju. Kuasa beli di tangan pengguna. Kalau mahal jangan beli. Nanti, bila dah tak ada orang beli tentu peniaga tu berfikir, kenapa kan?

    BalasPadam
  28. Aida Ismail,

    Ya, kuih akok. Kuih ni memang terkenal di Kelantan. Kalau di tempat lain rasanya di bulan puasa saja yang selalu dapat jumpa.

    BalasPadam
  29. syuk shusuke,

    Isu ayam ni perlu ditangani dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.

    Bak kata cikgu perniagaan saya, kuasa beli di tangan pengguna. Kalau mahal kita boikot saja.

    BalasPadam
  30. siti ZAHARA,

    Kalau peniaga ini tahu berkat berniaga cara Islam, tentu mereka juga akan berebut mengikutnya. Kita doakan saja mereka ini berniaga dengan betul.

    BalasPadam
  31. Phat,

    Kejujuran itu sememangnya dituntut dalam Islam. Jadi, mahu tidak mahu sebagai seorang umat Islam, taatilah dan moga peroleh pahala pula.

    BalasPadam
  32. Mrs Secreatry,

    Satu pencapaian yang baik. Kalau dah rajin memasak lebih baik memasak untuk keluarga. Dapat pahala.

    BalasPadam
  33. Cikgu Kacamata,

    Bayangkan kalau Ramadan tak ada bazar ramadan, tentu gelisah penduduk Malaysia terutama yang bekerja. Kalau diperhatikan bukan sahaja umat Islam yang berkunjung malah kaum lain juga.

    BalasPadam
  34. Kesuma Angsana,

    Kesederhanaan perlu dalam apa-apa situasi dan tindakan.

    BalasPadam
  35. 3no gr33ny,

    Kalau orang dulu-dulu memang begitu. Budaya bertukar juadah semakin dipinggirkan sekarang ini.

    BalasPadam
  36. bulan puasa nie memang betul bulan yang penuh berkah, banyak makanan,yang pelik pon ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah ambil kesempatan mencari dan menikmati makanan yang tak selalu ada ni.

      Padam
  37. saya pun pelik masa pergi makan baru2 ni,selalu harga mee ketam tu rm8.00 je.hari pertama puasa terus jadi rm10.00 .kuantitinya sama je huh.....

    saya dan anak2 baru je keluar hosp gara2 keracunan makanan.selalu saya masak lauk berbuka,tapi hari tu dah nak terkena,kan.kami semua teringin makan ayam percik.beli tu je.

    kurang pasti ayam atau kuah sos tu yang tak elok.sebab masa makan takde pulak bau pelik2 huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa..kesiannya. Itulah kadang-kadang tu peniaga ni selalu lepas pandang aspek kebersihan.

      Semoga cepat sihat ya.

      Padam
  38. masa ni lah peniaga dok kaut untung, kui lopes mama beli 2 ketol singgit. kecik pulak tu.. sedih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa ni satu lagikan. Kalau tak harga mahal, kuih tu semakin kecil. Macam dirancang pula kan.

      Padam
  39. biasa la klu blan ramadan ni..sesetengah harga mmg x logik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang hairannya kenapa di bulan puasa kan? Jawapannya dia tahu yang pembeli akan membeli apa-apa sahaja yang mereka terliur melihatnya. Jadi, kawallah nafsu agar peniaga tak dapat ambil kesempatan.

      Padam
  40. btol 2..biar utng skit xpe..jnji niat ikhlas utk bersedekah dibulan ramadhan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Carilah sebanyak pahala di bulan Ramadan, kalau boleh sifar dosa. Semoga setiap amalan kebaikan dicatat. Betul, ikhlaslah yang penting.

      Padam
    2. Di bulan ramadan orang cari pahala banyak, bukan cari dosa kan. Jadi, untuk mencari pahala tu, kita kenalah ikhlas. Harap-harap peniaga ni sedarlah. Pembeli pula, banyakkan muhasabah agar tak terperangkap pada jaring nafsu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78