Alhamdulillah, selamat juga kita berbuka puasa pada hari yang ke 6 ini. Moga kita berbuka dengan hidangan yang halal dan diberkati.
Bercakap tentang juadah makanan, tentu sekali kita semua pernah ke bazar Ramadan. Apabila ke bazar Ramadan, pasti nafsu makan kita mula meronta-ronta. Mata pula merayap ke segenap gerai yang menjual pelbagai hidangan lauk-pauk, kuih-muih, air minuman dan buah-buahan. Lalu kita pun membeli berlebih-lebihan hingga tanpa sedar yang kita sudah membazir.
kredit foto dari tebuenak.blogspot |
Selain itu, percayakah anda bahawa kedatangan Ramadan bukan sahaja ditunggu-tunggu oleh peniaga malah pembeli juga. Mana tidaknya, ada sesetengah makanan, kuih muih, air minuman yang hanya dapat dibeli dan dijumpai di bulan Ramadan sahaja. Maka di kesempatan inilah kita akan mengambil peluang untuk membelinya.
kredit foto dari silkscarf.blogspot |
kredit foto dari rasa.karangkraf.com |
Kepada para peniaga pula, janganlah mengambil kesempatan menjual juadah tersebut dengan harga yang tidak munasabah. Tidak salah, jika makanan itu sudah popular dan ditunggu-tunggu oleh pembeli dijual dengan harga biasa. Mungkin Allah SWT membuka rezeki untuk jualan anda lebih laris lagi. Sambil menjual sambil menderma untuk pahala di hari akhirat nanti.
Itulak kelebihan yg xada pd bln2 yg lain...just nk tanya, apa maksud stagma?
BalasPadamMasa bulan ramadan ni lah baru jumpa makanan yang jarang kita jumpa dalam bulan biasa...memang Ramadan tu pembuka pintu rezeki...
BalasPadam#teringat bubur pedas Sarawak
bawa duit skit je ke bazaar..kang membazir...hek3 >.<
BalasPadamKedatangan Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu oleh peniaga makanan. Tetapi yang menjadi masalah ialah ada segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga dan ada yang tidak menjaga kebersihan. Kita harus bijak memilih.
BalasPadambetul tu cikgu.... kala ramadhan nie lah perbagai menu yg jarang2 kita jumpa atau makan muncul...tu yg kekadang over budget tu..... semua nampak...he3
BalasPadamsambil meniaga sambil bersedekah, itulah yang berkat.. tapi tak ramai peniaga yang buat begitu pada zaman sekarang.. alasan mereka sebab harga gula, tepung dan minyak dah naik.. kita pelanggan terpaksa akur sahaja sebab ianya dah jadi keperluan bila tiba ramadhan.. tahun ni tak pergi ke bazar ramadhan lagi, alhamdulillah masih memasak sendiri setakat ni..
BalasPadamngee..taun ni tak penah gi bazar lagi. cuz kat tempat iqa x best. x byk pon makann yg dijual.hee
BalasPadamAda jugak tepung pelita tu ... hehe
BalasPadamKhaiRin: anies,
BalasPadamYa, harap-harap kelebihan itu menjelmakan sesuatu yang baik.
Stagma? atau Stigma?
Adhie Sunan Saifuddin,
BalasPadamAlhamdulillah, kan. Moga rezeki yang dikurniakan-Nya itu tidak diekploitasi untuk memperoleh keuntungan semata-mata.
Oh, bubur pedas Sarawak? Macam mana tu?
Nao Mei,
BalasPadamOh, jadi tak perlu susash-susahlah nak sedikan atau beli kuihkan. Jimat duit.
AiSyA LiEzA,
BalasPadamBetul juga cadangan tu. Tapi, ada yang kata kalau bawa duit sikit mereka tak nak pergi ke bazar Ramadan. Lebih baik duduk rumah saja.
Seorang peniaga mestilah bertimbang rasa. Jika terlalu mengejar keuntungan, pasti tiada keberkatan. Bulan Ramadan bukan bulan mengejar keuntungan berganda tapi mendapat pahala berganda.
BalasPadamPembeli juga harus bijak...kuasa di tangan kita. Kalau mahal, jangan beli. Buat aduan jika tertipu. Samalah juga...Bulan Ramadhan bulan mengawal nafsu bukan bulan berpesta juadah.
Wahh kuih akok ke tu? Lamanya tak makan. Kat Johor ni, bila bulan puasa je ada kuih tu. Hee~
BalasPadamsekarang ini ayam menjadi topik ,cikgu. kalau raya tanpa ayam tak tau la macam mana nak cerita..
BalasPadambetul tu cikgu helmi..ikut cara rasul kita berniaga..insyaALLAH rezki tu berkat..=)
BalasPadambetul ramadhan memang mempunyai kelebihan dari bulan2 biasa..tetapi kepada peniaga berniaga lah dgn jujur sebab terlalu banyak yg ambil kesempatan
BalasPadamDah masuk hari ke-7 kita posa kan..tapi i sekali pun tak p bazar ramadhan lagi..huhuhu
BalasPadamSyukur kita masih berada dalam ramadan ini lg. ramadan tak dpt dipisahkan dgn bazaar ramadan :D
BalasPadambetul tu bersederhanalah dalam apa jua kan !
BalasPadamkadang-kadang seronok juga bertukar makanan dengan sahabat
BalasPadamNor Ariffin Hamzah,
BalasPadamNaikkan harga satu hal kan. Kadang-kadang tu mereka ni masak ala kadar saja.
Setuju, kebersihan perlu ditikberatkan.
Remy hazza,
BalasPadamPandai pula makanan tu muncul kan. Bila bulan puasa nafsu makan kita ni lain macam sikit. Jadi, kenalah kawal.
betul tu....remy kawal dgn budget jer.... rm10 hinggit...... dah cukup 10 hinggit.... jgn dok membazar lagi...... bsk masih ada....
PadamMizz Aiza,
BalasPadamKalau kita fikirkan balik, tiada guna juga gaji naik dan sebagainya kerana apabila gaji naik, tentu harga barangan turut naik. Jadi, nilai kenaikan gaji itu tetap sama.
Syabas, kerana memasak sendiri lebih baikkan.
Nurzulaiqa Nazri@Professor,
BalasPadamBaguslah, kalau boleh dielak ke bazar lebih baik.
Rohayu Md Isa,
BalasPadamTunggu apa lagi? Bila nak buat?
Bin Muhammad,
BalasPadamSetuju. Kuasa beli di tangan pengguna. Kalau mahal jangan beli. Nanti, bila dah tak ada orang beli tentu peniaga tu berfikir, kenapa kan?
Aida Ismail,
BalasPadamYa, kuih akok. Kuih ni memang terkenal di Kelantan. Kalau di tempat lain rasanya di bulan puasa saja yang selalu dapat jumpa.
syuk shusuke,
BalasPadamIsu ayam ni perlu ditangani dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab.
Bak kata cikgu perniagaan saya, kuasa beli di tangan pengguna. Kalau mahal kita boikot saja.
siti ZAHARA,
BalasPadamKalau peniaga ini tahu berkat berniaga cara Islam, tentu mereka juga akan berebut mengikutnya. Kita doakan saja mereka ini berniaga dengan betul.
Amin..=)
PadamPhat,
BalasPadamKejujuran itu sememangnya dituntut dalam Islam. Jadi, mahu tidak mahu sebagai seorang umat Islam, taatilah dan moga peroleh pahala pula.
Mrs Secreatry,
BalasPadamSatu pencapaian yang baik. Kalau dah rajin memasak lebih baik memasak untuk keluarga. Dapat pahala.
Cikgu Kacamata,
BalasPadamBayangkan kalau Ramadan tak ada bazar ramadan, tentu gelisah penduduk Malaysia terutama yang bekerja. Kalau diperhatikan bukan sahaja umat Islam yang berkunjung malah kaum lain juga.
Kesuma Angsana,
BalasPadamKesederhanaan perlu dalam apa-apa situasi dan tindakan.
3no gr33ny,
BalasPadamKalau orang dulu-dulu memang begitu. Budaya bertukar juadah semakin dipinggirkan sekarang ini.
bulan puasa nie memang betul bulan yang penuh berkah, banyak makanan,yang pelik pon ada
BalasPadamBolehlah ambil kesempatan mencari dan menikmati makanan yang tak selalu ada ni.
Padamsaya pun pelik masa pergi makan baru2 ni,selalu harga mee ketam tu rm8.00 je.hari pertama puasa terus jadi rm10.00 .kuantitinya sama je huh.....
BalasPadamsaya dan anak2 baru je keluar hosp gara2 keracunan makanan.selalu saya masak lauk berbuka,tapi hari tu dah nak terkena,kan.kami semua teringin makan ayam percik.beli tu je.
kurang pasti ayam atau kuah sos tu yang tak elok.sebab masa makan takde pulak bau pelik2 huhu..
Laa..kesiannya. Itulah kadang-kadang tu peniaga ni selalu lepas pandang aspek kebersihan.
PadamSemoga cepat sihat ya.
masa ni lah peniaga dok kaut untung, kui lopes mama beli 2 ketol singgit. kecik pulak tu.. sedih..
BalasPadamHaaa ni satu lagikan. Kalau tak harga mahal, kuih tu semakin kecil. Macam dirancang pula kan.
Padambiasa la klu blan ramadan ni..sesetengah harga mmg x logik..
BalasPadamYang hairannya kenapa di bulan puasa kan? Jawapannya dia tahu yang pembeli akan membeli apa-apa sahaja yang mereka terliur melihatnya. Jadi, kawallah nafsu agar peniaga tak dapat ambil kesempatan.
Padambtol 2..biar utng skit xpe..jnji niat ikhlas utk bersedekah dibulan ramadhan :)
BalasPadamCarilah sebanyak pahala di bulan Ramadan, kalau boleh sifar dosa. Semoga setiap amalan kebaikan dicatat. Betul, ikhlaslah yang penting.
PadamDi bulan ramadan orang cari pahala banyak, bukan cari dosa kan. Jadi, untuk mencari pahala tu, kita kenalah ikhlas. Harap-harap peniaga ni sedarlah. Pembeli pula, banyakkan muhasabah agar tak terperangkap pada jaring nafsu.
Padam