Koleksi Karya

Rabu, 17 Julai 2013

Nasib yang Berbeza dalam Dunia Seni

Kredit foto dari Mingguan Malaysia

Adakah anda pembaca tegar surat khabar? Jika ya, tentu setiap hari anda akan membacanya. Tidak kiralah dibeli sendiri, dipinjam atau dibaca di mana-mana sahaja tempat yang menyediakan surat khabar. Jika tidak, abaikan sahaja. 

Saya pernah menjawab kepada senior saya sewaktu belajar di UPM, ketika itu sesi orientasi yang "hobi saya membaca surat khabar". Mereka ini tanpa berselindung terus bergelak ketawa. Barangkali, mereka ini seperti mendengar atau menonton rancangan Maharaja Lawak. 

Kepada yang gemar membaca surat khabar, pasti ada ruangan yang menjadi kegemaran dan setelah mendapatkan surat khabar, pastilah ruangan itu diselak terlebih dahulu. 

Saya selalu membeli surat khabar pada hari Ahad, kerana terdapat ruangan sastera yang memuatkan cerpen, puisi dan rencana sastera. Menyentuh tentang rencana sastera, hujung minggu lalu ruangan tersebut memuatkan rencana yang berjudul "SETIMPALKAH HADIAH KEPADA ORANG SASTERA?" Saya turut bersimpati dengan Orang Sastera. Membaca isi rencana tersebut, saya mengesan kekecewaan yang jelas membekam di jiwa penulis. 

Subjek yang disentuh adalah berkaitan dengan pemberian hadiah kepada Orang Sastera dengan Orang Seni yang melibatkan pelawak, pelakon, penyanyi dan seumpamanya. Bayangkan hadiah kemenangan untuk sayembara penulisan tidaklah selumayan dengan hadiah yang diterima oleh Johan dalam pertandingan Maharaja Lawak 2011 iaitu RM 350,000 dan maharaja Lawak Mega iaitu RM 500,000. Tentu ada tahu siapakah pemenangnya.

Berbanding Anugerah Sasterawan Negara yang merupakan pengiktirafan tertinggi dalam dunia seni sastera di Malaysia yang hanya diberi RM 60,000. Dan, kenalkah anda dengan penerima Anugerah Sasterawan Negara yang ke 12 itu? Jika tidak kenal saya kenalkan. Beliau ialah Baharudin Zainal atau lebih dikenali dengan Baha Zain. 

Alangkah sadisnya mengenangkan nasib ini. 

Menyentuh hal lain, penulis turut menyatakan akan peranan "penulis sastera yang bukan sahaja bertindak sebagai penghibur, tetapi juga turut membantu mengembangkan bahasa, menggembangkan kognitif, dan psikomotorik khalayak pembaca, malah turut sama mengembangkan keperibadian, dan peribadi sosial manusia yang mahu membaca karya yang ditulis." (Hasan Baseri Budiman-Mingguan Malaysia).

Harapan saya, ada pihak yang tampil memperjuangkan hal seorang penulis. Bukan meminta tetapi berilah keadilan itu yang saksamanya. 

49 ulasan:

  1. Dunia sastera di lihat tidak memberi nilai komersial yag tinggi sebab itu ianya kurang mendapat tajaan dari syarikat2 gergasi. Hadiah hanyalah dari peruntukan kerajaan...tentulah nilainya tidak setanding bidang seni yg lain.

    Kini jika di lihat, banyak karya2 sastera sudah diangkat menjadi komersial seperti di jadikan lirik lagu, drama, teater dan filem. Semoga ianya membuka mata banyak pihak utk memajukan dan memberi impak positif dalam menghargai dan menilai karya seni sastera.

    BalasPadam
  2. bila singgah sini teringat pula waktu semester pertama dulu dkna buat asg tentang sastera.. tapi itulah, ramai yang tak tau pasal dan mungkin pihak berwajib sepatutnya buat hebahan supaya bahasa kita tak luput

    BalasPadam
  3. Bin Muhammad,

    Selain kerajaan syarikat Exxonmobil juga tekal menaja acara sastera seperti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Tahniah kepada mereka.

    Saya tak nafikan, tetapi yang menghiasi drama adaptasi sekarang ini bukanlah karya sastera dari penulis sastera, kebanyakannya karya popular. Harapan saya selepas ini ada pengarah yang sudi mengadaptasi karya sastera seperti Hari-hari Terakhir Seorang Seniman.

    BalasPadam
  4. DKna Abza,

    Ya, acara sastera perlu dihebahkan dan dimasyarakatkan supaya mendapat sambutan.

    BalasPadam
  5. biasalah tu..hal2 yg ilmiah jarang dpt sambutan / sponsor...kalu hiburan...cpt je yg menghulur...

    BalasPadam
  6. KhaiRin: anies,

    Itulah yang perlu diubah.

    BalasPadam
  7. kadang benar juga, seperti kata BM, bila tak di komersialkan dan tak di ketengahkan satera kepada masyarakat dengan lebih berstuktur, masyarakat sendiri kurang pendedahan tentang sastera dan pandang rendah tak sehebat pandang orang seni di dunia hiburan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua pihak perlu bekerjasama. Jangan mengharapkan BP dan Pena sahaja yang melaksanakannya. Hal ini kerana sastera Melayu milik semua.

      Padam
  8. salam singgah sini.owh saya pun baca hari tu.kalau ikutkan penulis sastera perlu lebih diberi imbuhan ...sama seperti penulis novel yang karya mereka dijadikan drama bersiri.

    penulis sastera ni idea mereka memang banyak.cuma sebelum meluahkannya mereka perlu bijak menyusun kata.sebab pembaca ni tak suka permulaan perenggan yang kelihatan 'berat'

    yelah hiburan kadang2 mengarut,tak membina minda langsung.setuju dengan komen kawan2 kat atas.promosi yang kreatif perlu untuk menarik minat penaja besar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah keunikan dan keistimewaan karya sastera. Karya sastera mendidik pembaca berfikir. Tidak salah, kalau penulis mencari satu pendekatan untuk mencapaikan fikiran mereka itu dengan bahasa yang lebih mudah difahami.

      Tidak salahkan, kalau syarikat besar menaja pengarah filem kita untuk mengadaptasi karya sastera.

      Padam
  9. kalo hiburan dunia hadiah menarik2x belaka siap dapat kereta, tapi kalau sasterawan duit mungkin 10,000 je, sumbangan besar tp hadiah sciput. Bukan mengharap hadiah atau wang besar tapi tak setimpal apa yang orang sastera buat untuk malaysia lagi2x dalam memartabatkan bahasa melayu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Mungkin bidang seni lebih menguntungkan.

      Betul, orang sastera ni bukan meminta, tapi bertimbang rasalah sikit.

      Padam
  10. pada pendapat aiza, media massa juga memainkan peranan penting di dalam memartabatkan seni penulisan sastera setaraf dengan seni hiburan.. promosi seni hiburan yang terlampau telah menenggelamkan kewujudan seni sastera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Aiza. Media massa harus berperanan. Semua pihak harus berganding bahu untuk memartabatkan dunia sastera di Malaysia ni.

      Padam
  11. jom lah join ga...senang jer bwat satu entrybertajuk 'pheonix giveaway',follow saya dan 2 orang sponser,tag 3 orang dan dorang kene tahu.tinggalkan url kat komen box sy...siap...mungkin anda pemenang cabutan bertuah???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih pelawaan ini. Insaya-Allah, saya akan pertimbangkan. Saya tak pernah [un sertai mana-mana segmen atau GA. Kalau yang kena follow atau Like FB memang saya tak dapat sertai kerana saya tak ada FB.

      Padam
    2. yang neh x perlu like ape-ape...heheheh...sy pon x aktif fb...tuh punca sy x bwat GA yang kene like...heheheh...

      Padam
  12. Agak sedih. Di antara kenalan yang terlibat dalam memperjuangkan seni dan kesusateraan ini, sekarang sudah memudar semangatnya. Sajak-sajak yang dikumpul saya rasa sudah terbiar. Zine-zine yang pernah dicetak juga tak terjual meskipun dengan harga yang sangat murah. Kesian dan agak sedih sebenarnya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ya ke. Itulah nasib orang sastera ni. Harus mengubah stigma yang sastera tidak laku.

      Padam
  13. sastera kekadang terpinggir....... padahal cukup bermutu tinggi dan khazanah bangsa.....
    padahal bidang seni byk yg kelaut nilai budayanya.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masyarakat kita lebih suka yang ringan dan tidak membebankan. Keseronokan itu cepat diperolehi dan cepat pula hilang. Berbanding kenikmatan menikmati karya sastera, walaupun sukar sedikit, kesannya panjang dan berkekalan.

      Padam
  14. dunia sekarang ini pun syuk tengok majlis tilawah al-quran pun hadiah sikit. bidang hiburan melampau2 hadiahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka akan sponser bidang yang memberi keuntungan dan popular kepada mereka sahaja. Kadangkala tidak adil juga kan.

      Padam
  15. baguih lah hobi cikgu ... mmg patut jadi cikgu pun. hehe... Sapa lagi nak angkat karya-karya sastera kalau bukan sasterawan, so patutnya sasterawan perlu diberi imbuhan yang tinggi, bahasa menunjukkan bangsa... tak ke gitu cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah bagus sangat. Ada lagi hobi yang hebat-hebat.

      Betul tu, bukan sahaja sasterawan, malahan sesiapa yang mengaku bahasa ibunda dia bahasa Melayu harus bersam-sama memperjuangkannya.

      Padam
  16. Orang sekarang lebih utamakan hiburan berbanding yang lain...



    p/s: RPJJ tu ialah Rancangan Pengajian Jarak Jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa mungkin berubah. Tapi jati diri harus tetap teguh. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran.

      p/s: oh, terima kasih.

      Padam
  17. Balasan
    1. Saya melihat ini bukan nasib pujangga sahaja, sebaliknya kita sebagai orang Melayu yang mengiktiraf karya sastera Melayu sebagai khazanah bangsa kita harus sama-sama berganding bahu.

      Padam
  18. Setuju dengan apa yang awak tulis tu..Sastera juga memartabatkan bangsa.. Nilai sastera bukan ternilai dengan wang ringgit..terlalu mahal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di luar negara mereka lebih menghargai karya penulis mereka. Hingga sanggup mereka membina muzium untuk mengabadikan khazanah tersebut sebagai tempat rujukan dan penghargaan.

      Padam
  19. emm sastera..dlu minat subjek ni..moga2 ade pihak yg prihatin ttg ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu minat, sekarang? Harap-harap teruslah meminati dan menghayati sastera ya.

      Harapan saya juga begitu, ada pihak yang tergerak hati untuk bersama-sama memartabatkan sastera di negara kita ni.

      Padam
  20. betul tu sesuatu harus dilakukan.. Baha Zain mesti kenal sbb my sister dulu pernah keja dgn dier hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ke. Bertuahnya. Bekerja sewaktu di DBP ke?

      Padam
  21. betol juga 2..kalau xde sasterawan..pasti bhsa melayu tu tenggelam mcm 2 je..ptt diberi penganugerahan tertinggi..bab hadiah 2..mgkin penajanya yg letak mcm 2..tak pasti pula psal tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin mereka menganggapkan setakt itu saja jasa dan pengorbanan sasterawan ni. Tetapi, bagi seorang sasterawan wang ringgit bukan penghalang untuk mereka terus memperjuangkan bahasa dan sastera negara. Jika, banyak penajaan lagi bagus. Bolehlah buat aktiviti dan promosi yang lebih luas.

      Padam
  22. yang benar2 menghayatinya akan tahu apa dia sastera...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Sastera ini bukan sekadar dipelajari bahkan perlu dihayati.

      Padam
  23. jauh bezanya. mungkin sekarang,dunia hiburan terlalu diagung-agungkan.
    semoga orang- orang sastera tak putus asa memperjuangkan bahasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kami tetap tak akan putus asa. Hiburan tidak pernah mengenyangkan, sebaliknya menjadi barah yang sukar untuk dirawat kelak.

      Padam
  24. Saya kira permasalahnya ialah tiada penaja yang tampil untuk bekerjasama dalam sayembara atau anugerah penulisan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Haniff, seolah-olah ada penghalang untuk mereka menaja aktiviti ataupun acara sastera.

      Padam
  25. Ketika saya membonceng motorsikal di satu hari yang panas terik, saya terlihat poster, "Pertandingan Memancing - Johan RM10,000, dan bla bla bla..."

    Balik itu saya membelek akhbar Mingguan, terpampang pula "Pertandingan Karya Kreatif. Johan RM300."

    Terus, saya berfikir, adakah duduk selama tidak sampai sehari tanpa menggunakan akal sepenuhnya memberi begitu banyak pulangan berbanding duduk memerah otak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah hendak ubah stigma dan pemikiran orang atau penaja ni.

      Mungkin mereka berasakan menaja aktiviti sastera tidak mendatangkan pulangan kepada mereka.

      Keseronokan yang lebih dicari menyebabkan keindahan dan kehalusan jiwa sastera dipinggirkan.

      Padam
  26. Itu la akibatnya kalau terlalu mengagungkan dunia hiburan semata-mata. Hmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak salah hendak berlibur, tapi berpada-padalah. Jangan sampai abaikan tuntutan jiwa yang dahagakan kehalusan seni sastera.

      Padam