Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan detik paling manis bagi Puan Jaharah bt Jalaluddin (cikgu) yang menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru di Sk Batang Kali. Beliau telah berkhidmat di Sk Batang Kali kurang lebih 30 tahun. Bermula daripada awal penempatan dan berakhir juga di sekolah yang sama. Sesuatu yang jarang berlaku, tetapi pernah terjadi.
Beliau merupakan seorang guru yang baik hati, bersopan santun dan peramah. Kami semua menganggapnya seperti emak. Banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Jarang melihat beliau memarahi murid-muridnya. Pendekatan beliau yang lemah lembut senang didekati dan disenangi murid-murid. Jasa dan pengorbanannya selama berkecimpung dalam dunia pendidikan tidak mungkin dilupakan.
Selepas perarakan, Cikgu Jaharah disandingkan di atas pelamin yang cukup cantik
Guru besar SK Batang Kali yang menyampaikan ucapan
Cikgu Jaharah yang memberi ucapan terakhirnya di Sk Batang Kali
Cikgu Zuhaimi, Cikgu Zuraidi dan Cikgu Khairul Afrizal yang membuat persembahan yang sangat menghiburkan. Ternyata mereka ini amat berbakat.
Cikgu Alpian merupakan bekas anak didik Cikgu Jaharah tampil membuat persembahan puisi.
Majlis diakhiri dengan persalaman dan perarakan keluar Cikgu Jaharah.
Berakhirlah secara rasmi perjalanan seorang guru di sekolah. Namun begitu, jiwa kami tetap mekar untuk melihat anak-anak didik menggapai kejayaan.
Meriahnya..siap bersanding lagi.. ;p
BalasPadamjasa seorang guru yang baik dan berdidikasi pasti sukar dilupakan.. semoga helmi juga menjadi seorang guru yang baik..
BalasPadamlama tu...selamat bersara...
BalasPadamKalau cikgu kat sekolah kg, kebanyakan tak pernah pindah sekolah. Dari posting sampai pencen, lagi2 kalau dia memang asal kg tersbut. Kerap juga jumpa . ada tu..3 generasi kadang boleh depa jumpa. Mak, anak....cucu..heeee..
BalasPadamP/s tahniah buat cikgu yang bersara...lgembira bercampur sebak tu rasanya menamatkan jasa bakti apatah lagi disambut meriah.
Mrs. Secretary,
BalasPadamYa, memang meriah walaupun dalam bulan Ramadan.
Mizz Aiza,
BalasPadamTerima kasih ya. Harapan saya juga begitu, moga saya menjadi seorang guru yang baik.
Nao Mei,
BalasPadamKesedihan itu tanda kita seorang yang prihatin. Betul tu, untung Cikgu Jaharah yang dapat tengok anak muridnya yang dah berjaya. Ada anak muridnya yang telah berjaya menjadi doktor dan guru.
KhaiRin: anies,
BalasPadamYa memang lama. Dari awal posting hingga bersara di sekolah yang sama.
ANIM,
BalasPadamCikgu Jaharah memang orang tempatan. Sebab tulah dia tak pindah kan, hhehe
P/S: Moga sambutan ini memberi kenangan terindah dalam diari hidupnya menjadi seorang guru.
wahh meriah etul , mcm mcm di buat , jasa guru tak akan dapat di lupakan walaupon dah brsara
BalasPadammeriah :) tp dlam msa yg sma msti sedih..sbb kehlgan seorang pndidik yg bgitu dikagumi
BalasPadamAku Penghibur,
BalasPadamMemang meriah. Ya, jasa guru itu tersemat di jiwa hingga ke akhir hayat.
Memang menarik dan meriah acara penghormatan buat cikgu yg bersara. Cikgu helmi xbuat apa2 persembahan ke?
BalasPadamSeorang guru, bersara dari perkhidmatan namun panggilan cikgu akan kekal hingga ke akhir hayat.
S.K.A,
BalasPadamSudah tentu kesedihan dan kehilangan itu dirasai. Walaupun saya baru saja berkenalan dengan beliau.
Bin Muhammad,
BalasPadamSaya sekadar mengawasi murid-murid saja. Tak buat persembahan pun.
Betul tu, cikgu tetap kekal hingga akhir hayat kan.
selamat bersara buat Cikgu Jaharah...semoga kita dapat belajar sedikit sebanyak dari pengalaman cikgu2 lama
BalasPadamteringat masa ayah bersara dari guru besar, macam raja sehari jugak diarak.. hihi..
BalasPadam3no gr33ny,
BalasPadamPengalaman yang tak dapat dijual beli, tapi dapat dikongsi supaya dijadikan teladan.
Norhasniza Khalid,
BalasPadamPenghargaan daripada pihak sekolah dan anak murid sangat dihargaikan. Alangkah bebesar hatinya dapat dirai sebegini.
Wah...bestnyer..first time tengok Cikgu diraikan macam ni
BalasPadamAdhie Sunan Saifuddin,
BalasPadamOh, memandangkan cikgu ni sudah lama menabur bakti di sekolah ini. Sambutannya mestilah istimewa sedikit.
meriah majlisnya... dan sememangnya jasa beliau patut dikenang......
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamBeliau tidak minta pun dibuat majlis sebegini. Tapi atas keprihatinan pihak sekolah, majlis seindah ini cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Betul tu, jasanya sangat banyak.
Amboi meriah sungguh. Siap ada ala2 pelamin lagi. Mesti terharu :)
BalasPadamwah!! berbakat jugk cikgu2 dgn muzik ni..=D
BalasPadamLps ni beliau boleh memikirkan utk bercuti :)
BalasPadamamboi meriahnyer majlis !
BalasPadamAida Ismail,
BalasPadamHuhuhu..persandingan raja sehari. Kalau ikutkan Cikgu Jaharah ni tak nak ni semua, tapi kami buat juga.
siti ZAHARA,
BalasPadamMereka ini memang berbakat. Bukan sahaja boleh bermain alat muzik malah boleh menyanyi.
Cikgu Kacamata,
BalasPadamAntara sebab dia bersara dan tidak mahu menyampung tempoh perkhidmatannya kerana suaminya kurang sihat. Jadi, kita doakan suaminya dikurniakan kesihatan yang baik.
Kesuma Angsana,
BalasPadamSememangnya majlis ini meriah. Persembahan dan penyampian hadiah kepada beliau tanda penghargaan.