Alhamdulillah, majalah JELITA, Julai 2013 sudah berjaya dibeli selepas balik sekolah tadi. Kepada yang selalu beli majalah Jelita dan ada terbeli untuk keluaran Julai sudilah selak ke halaman 192 dan 193. Cerpen saya yang berjudul KUSERU NAMA-MU KE LANGIT RAMADAN telah disiarkan. Terima kasih kepada editor yang memilihnya. Cerpen ini mengambil sempena bulan Ramadan.
Kulit depan Jelita, Julai 2013
Ilustrasi Kuseru Nama-Mu ke Langit Ramadan
Cerpen ini biasa-biasa saja. Ceritanya barangkali pernah anda lihat, baca dan dengar. Saya cuba sampaikan semula dan menyelitkan teladan agar apa-apa yang tidak elok usahlah dilakukan. Dalam bulan puasa inilah kita cuba bersihkan hati dan hindarkan perbuatan yang dimurkai Allah SWT.
koleksi kuih raya dan baju raya yang disertakan sekali untuk pembelian Jelita
Selepas ini bolehlah dapatkan koleksi ini untuk membuat kuih raya atau menempah baju raya. Kepada yang lelaki, kalau nak baca janganlah malu-malu untuk membeli majalah Perempuan. Dan, apabila dah baca, bolehlah komen. Sama ada ke bintang atau ke laut cerpen saya ni.
Wahhh, penulis rupanya, tp sy tak slalu beli majalah, nnt kalau terjumpa nk belilah, nak gak baca cerpen tu.
BalasPadamTahniah cikgu. Nanti Kak Long baca ;)
BalasPadamwahh mesti best,sebab tu di pilih :) nanti acik cari buku tu nak bce jgk
BalasPadamwahh ckgu ,, layan majalah JELITA jugak yaa!!:D
BalasPadamTahniah...teruskan menulis, semoga anda beroleh kejayaan yg lebih cemerlang lagi...
BalasPadamBoleh jadi pembakar semangat buat anak murid ni, cikgu.
tahniahh... xnak letak kat blog ke?? heheheh... :)) mstilah ke bintang kalau dah masuk majalah tu.. ehheh
BalasPadamTeena Tna,
BalasPadamPenulis biasa-biasa saja. Terima kasih. Lepas baca boleh bagi komen.
Kak Long,
BalasPadamTerima kasih. Cerpen biasa saja Kak Long.
Aku Penghibur,
BalasPadamHuhuhu...baca dulu baru buat kesimpulan. Kalau betul-betul bagus dan dah baca boleh bagi komen ya.
Nur Azwa Edora,
BalasPadamLayan je...kata Farah Fauzana. Kebanyakan majalah wanita yang ada ruangan cerpen pernah saya terjah. Dan boleh lihat senarai karya saya yang pernah tersiar di majalah berkenaan di ruangan profile saya.
Ni mesti layan Jelita juga kan?
Bin Muhammad,
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah. Doa-doakan ya.
AiSya LieEZa,
BalasPadamTerima kasih. Oh, sebenarnya tempoh "edah" untuk karya yang tersiar di majalah adalah sebulan untuk majalah yang terbit sebulan sekali. Jadi saya tidak boleh kongsikan atau siarkan cerpen ini di blog saya selagi tidak melepasi masa itu. Itu adalah hak cipta.
ooo..x pernah beli jelita..slalu beli MW..yg wanita tu. mana2 majalah yumida suka baca. byk info berguna yg kita dpt. cerpen pun bez jugak. bikin hati ni meronta2 nak tunggu kesinambungannya.
BalasPadamYumida Huda,
BalasPadamTerima kasih singgah dan follow. Oh, cerpen saya pernah juga terbit di Mingguan Wanita. Insya-Allah kalau ada cerpen saya tersiar di sana akan saya maklumkan di sini.
Alhamdulillah =) tahniah2..msti gempak penulisannya..sbb 2 terpilih..
BalasPadamtahniah.. sekarang aiza jarang membeli majalah.. jika beli dahulu pun majalah Dara atau Nur..
BalasPadamsalam...singgah jap kat blog ni...penat blogwalking .....saya follow blog awak yer...tahniah kerana cerpen masuk majalah
BalasPadamhuhu..blas kunjungan...dh lama x beli majalah
BalasPadamS.K.A,
BalasPadamTerima kasih. Tidaklah gempaq mana pun. Mungkin rezeki saya juga. Sudilah dapatkannya untuk baca dulu.
Mizz Aiza,
BalasPadamTerima kasih. Semenjak saya menulis, kerap juga saya belek majalah. Kalau ada karya saya dan kawan-kawan akan saya beli buat koleksi.
Adhie Sunan Saifuddin,
BalasPadamWah, nama macam watak dalam novel Ramlee Awang Murshid. Terima kasih ya, singgah dan follow. Dah follow balik dah tadi.
Terima kasih juga atas ucapanya.
Jie Susanos,
BalasPadamTerima kasih. Oh, tidak mengapa. Kalau ada kelapangan bolehlah beli.
salam
BalasPadamzara singgah dan follow blog cikgu blik..:)
siti ZAHARA,
BalasPadamTerima kasih. Sudilah singgah lagi ya.
alhamdulillah cikgu.tumpang bangga tulisan seorang demi seorang kawan blogger,ada di majalah terkenal.
BalasPadamnanti saya cuba cari kat kedai...tajuk pun best ^^
tahniah cerpen terpilih~:)
BalasPadamaLeaSaRa,
BalasPadamTerima kasih. Sokongan anda semua amat saya hargai.
Nurzulaiqa Nazri@ Professor,
BalasPadamTerima kasih ya.
envy ni..haa. Best kan dapat menulis dan orang recognise pula tulisan kita. Saya suka sajak :)
BalasPadamKhamsi Abdullah,
BalasPadamYa, keseronokan itu datang apabila pembaca memberi respon yang positif.
Cubalah tulis dan hantar ke media cetak.
tahniah..dulu saya verangan juga jadi penulis cerpen. tapi dah kelaut le pula cita2 saya tu..
BalasPadambertahun tak beli Jelita tapi insya-Allah, ada peluang saya tanya2 kat geng bas sekolah, nak pinjam!
Waa tahniah! Mesti best cerpen tu. Tapi saya jarang sangat2 beli majalah. Harap sudi kongsikan kat blog bila dah habis tempoh 'edah' tu. Hehe~
BalasPadamANIM,
BalasPadamTerima kasih. Tak apa, boleh mula balik. Mana tahu... ke bintang pula selepas ini.
Aida Ismail,
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah.
assalamualaikum, salam perkenalan juga. Tahniah. Nama sdra dah banyak kali melintas di mata saya dalam banyak ruangan cerpen di majalah-majalah.
BalasPadamMONALITA MANSUR,
BalasPadamTerima kasih.
tahniah sahabat... nanti remy nak cari jelita tu..ada kat opis sebab uplift ke pesawat...boleh juga tumpang membaca.....dulu2 zaman sekolah rajin jugak remy mengarang.....
BalasPadamRemy hazza,
BalasPadamterima kasih. Lepas baca bolehlah bagi komen ya.