Ramadan Bersayap
Putih
Ramadan bersayap putih
menjelajahi benua ini lagi
singgah mengimarahkan masjid
menjernihkan kolam jiwa sanubari
mengikat kasih terpatri
menyantun budi ilahi.
Sayap kedinginan
mendepangkan kesyukuran
menahan lapar dan dahaga
mengawasi bisikan nafsu
mengoda iman
dari terjerat ke pukat dosa.
Kesekian kalinya
Ramadan bersayap putih
memantulkan cahaya berkemilau
di langit luas menulis jalan pulang
bagi yang sesat tidak ketemu arah.
Ramadan
sudikah kau menerimaku lagi
bukan lamaran kasmaran
tetapi demi menegakkan
kemuncak lillahitaala.
Batang Kali,
Selangor.
14 Ogos 2012
Harian Metro
Selamat menyambut Ramadan al Mubarak kepada semua pembaca dan pengunjung Tetamu Istimewa khasnya. Dan, tidak lupa juga kepada seluruh umat Islam. Saya tujukan puisi saya yang pernah tersiar di Harian Metro ini kepada anda semua. Silap dan salah , terkasar bahasa, harap maaf ya.
selamat berpuasa....hehehehe...
BalasPadamP#eoniX,
BalasPadamSelamat berpuasa.
wah!! sukala bca..selamat berpuasa ye cikgu..=)
BalasPadamselamat berpuasa sahabat...... salam ramadhan yg mulia.....
BalasPadamNao Mei,
BalasPadamSelamat berpuasa juga cik akak. Terima kasih sudi singgah lagi di sini.
Oh, puisi biasa saja ni. Terima kasih.
siti ZAHARA,
BalasPadamTerima kasih. Selamat berpuasa juga.
Remy hazza,
BalasPadamSelamat berpuasa. Moga Ramadan kali ini lebih bermakna.
Salam,
BalasPadamSelamat menjalani ibadah puasa. Memang bakat anda terserlah melalui puisi ini. Perlambangan yg tepat.
selamat menunaikan ibadah puasa..
BalasPadamSalam Ramadhan..selamat berpuasa..
BalasPadamBin Muhammad,
BalasPadamTerima kasih. Selamat menjalani ibadah puasa juga ya.
Mizz Aiza,
BalasPadamSelamat berpuasa juga ya untuk Aiza.
Nor Ariffin Hamzah,
BalasPadamSelamat menyambut Ramadan juga. Moga kita peroleh keberkatannya.
terima kasih ats puisinya yang penuh ukiran makna:)- selamat meraikan ramadan.Semoga ramadan kali ini memberi inspirasi yang melimpah supaya karya nan indah bisa digubah...
BalasPadamselamat berpuasa cikgu :)
BalasPadamCik Matahariku,
BalasPadamSama-sama. Terima kasih juga sokongannya.
Aku Penghibur,
BalasPadamSelamat berpuasa.
salam ramadan
BalasPadamterima kasih krn sudi follow
KhaiRin,
BalasPadamSalam Ramadan.
Sama-sama. Terima kasih juga kerana follow saya.
Pehhhh ... mantop la cikgu ... baru baca... tak dengaq cikgu bersajak lagi ... hehe
BalasPadamCik YuYu,
BalasPadamJangan puji lebih sangat, huhu. Saya tak pandai bersajak.
eleh merendah diri pulak ... hihi
BalasPadamselamat menyambut bulan Ramadhan (^_^)
BalasPadamhebat puisi sahabat..nukilan ni memang patut pun terpilih untuk disiarkan
Cik YuYu,
BalasPadamBetul, bukan merendah diri. Dahla diri ni pun rendah. Sememangnya saya tidak pandai bersajak, sekadar boleh menulis.
3no gr33ny,
BalasPadamTerima kasih. Selamat menyambut Ramadan juga.
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa =)
BalasPadamS.K.A,
BalasPadamSalam Ramadan juga Fais.
very nice.. tak leh nak follow sini lah dah try byk kali.. xpe KA dtg lagi nanti !
BalasPadamKesuma Angsana,
BalasPadamTerima kasih, singgah dan tinggalkan komen ya. Silahlah datang lagi ya.
Kalau tak boleh juga maklumkan kepada saya semula.
Indah... :)
BalasPadamRamadhan datang lagi
saumpama mimpi mengindahi
sahara jaga, lara dunia
Mimpi yang hadirnya tika jaga
Membuka gerbang-gerbang redha
Menyedia jalan untuk hamba-hamba
Menagih janji suci yang Maha Esa
Salam Ramadhan cikgu :)
Khamsi Abdulah,
BalasPadamTerima kasih. Wah, indah juga bahasa saudara. Bleh jadi penyair ni.
Selamat menyempurnakan ibadah puasa ya cikgu :)
BalasPadamAida Ismail,
BalasPadamBegitu juga kepada Aida, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketakwaan ya.