Pengikut

Ahad, 8 November 2015

Bagaimana Saya Menulis

BAGAIMANA SAYA MENULIS...



Bagaimana hendak menjadi penulis eceran? Mudah atau susah? Jika anda menganggap menulis secara eceran mudah, anda silap. Banyak perkara yang saya belajar daripada menulis secara eceran. Jika anda tidak mampu melakukan apa yang saya lakukan atau buat yang lebih baik, saya rasa anda fikirkan semula untuk menulis secara eceran.

Sebelum saya menghantar karya ke media tertentu, saya beli dahulu surat khabar dan majalah tersebut untuk dibaca dan dianalisis. Buatlah pelaburan sedikit. Tidak rugi pun anda membeli dan membaca media tersebut.

Kenapa perlu beli dan baca? Daripada hasil pembacaan itulah saya tahu bagaimana pola karya yang sesuai dan selalu diterbitkan. Daripada hasil pembelian majalah dan surat khabar tersebut sudah pastilah banyak maklumat yang dapat saya perolehi.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa setiap kali saya menghantar karya, saya akan sertakan sekali surat rasmi. Surat rasmi mestilah mempunyai alamat media tersebut. Jadi, setiap surat saya mempunyai alamat media tersebut. Bukannya hanya tertulis kepada editor (tertentu). Selain itu, melalui media cetak tersebut, saya akan memperoleh alamat e-mel editor.

Pada awal pembabitan saya dahulu, dengan gigihnya saya membeli dan menganalisi sejumlah majalah dan surat khabar untuk meneliti ruangan cerpen dan puisi. Hingga kini walaupun tidak secara keseluruhannya, saya dapat nyatakan majalah dan surat khabar mana yang membayar honorarium dan berapa bayarannya.

Apabila membaca respons editor bahawa penulis yang menghantar karya kepada media tertentu tidak pernah pun membeli dan membaca media itu, oh, alangkah sedihnya saya. Saya terfikir, bagaimana dia mengetahui alamat e-mel editor tersebut? Dan untuk apa dia menghantar karya ke media tersebut?

Akhirnya, setelah menghantar karya, saya akan menyemak majalah dan surat khabar itu setiap bulan atau minggu untuk mengetahui sama ada karya saya tersiar ataupun tidak tersiar.

Alhamdulillah, sejak daripada tahun 2009 hingga 2015 karya saya pernah tersiar dalam media cetak berikut:
Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Harian Metro, Bacaria, Mingguan Warta Perdana, Media Terkini, Metro Perdana, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Jelita, Wanita, Harmoni, Perempuan, Era Muslimah, Aniqah, Anis, Mingguan Wanita, Fardhu Ain, Seri Dewi & Keluarga, Fokus SPM, URTV dan e-Baca.

Terima kasih saya ucapkan kepada editor di atas yang pernah menyiarkan karya saya.

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78