Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2011

Berdiri di Atas Kaki Sendiri

Tatkala menatap puisi ini, hati menjadi riang, senyum melebar terasa tidak sabar-sabar untuk menulis puisi lagi dan menghantarnya ke media. Itulah saat-saat saya merasai kegembiraan meraikan puisi pertama saya tersiar di media cetak. 

Puisi ini saya hantar ke akhbar Bacaria pada bulan Oktober 2008 dan tersiar pada bulan Januari 2009. Puisi ini saya hasilkan semasa menuntut di UPM.

Setelah saya menghantarnya menggunakan pos saya tidak menyemak media tersebut. Hingga rakan saya Normaizura menelefon saya mengatakan "Ada tak puisi hang berjudul Berdiri di atas Kaki Sendiri?" lebih kurang begitulah. "Puisi hang terbit dalam Bacaria", katanya. Saya seperti tidak percaya. "Takpa nanti aku bawa balik keratan puisi tu, aku bagi dekat hang." Normaizura banyak memberi galakan kepada saya di awal pembabitan saya  menulis. Terima kasih saya ucapkan. 

Selepas itu Normaizura ini  bawa  keratan puisi itu ke dalam kelas. Betapa malunya saya apabila beberapa rakan saya tahu yang puisi saya tersiar di media. Orang kata malu-malu kucing.

Puisi ini masih mentah dan banyak kelemahannya. Walau bagaimanapun saya tetap berbangga. Puisi inilah yang mengerakkan saya untuk terus menulis. Walaupun saya lebih minat terhadap genre cerpen tetapi hingga kini kuantiti puisi saya melebihi kuantiti cerpen yang tersiar di media.

5 ulasan:

  1. Dan ang pun banyak memberi semangat kat aku sekarang. Tak salah. Asal sesama kita tidak saling mencemburui pada jalan yang salah.. =) Seronok aku kawan2 maju .. Tolak aku lagi! hahaha

    BalasPadam
  2. Insyallah. Atas kemahuan dan semangat untuk terus maju kita akan maju. Aku menanti karya terbaru hang. Ayuh sahabatku-Citra Dinda asah kembali mata penamu.

    BalasPadam
  3. Wah! Inilah puisi pertama cikgu yang tersiar ya. Menarik juga. Setakat ni saya belum pernah menghantar sebarang karya menggunakan pos. Semuanya menggunakan e-mel sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, inilah puisi pertama saya. Terima kasih. Saya pernah merasai bagaimana seorang penulis menghantar karya melalui pos.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78