Pengikut

Rabu, 28 Disember 2011

Koleksi Buku Terbaru


Entahlah hingga ke hujung tahun saya masih bernafsu untuk membeli buku. Walaupun buku ini cetakan lama namun bagi saya ianya masih baru  kerana saya belum pernah membacanya. Ada antaranya koleksi Sasterawan Negara A. Samad Said dan SN S.Othman Kelantan. Sebelum ini saya pernah ceritakan bahawa saya pernah memborong buku di Toko Buku Cahaya Baru, Jalan Langgar dan kali ini sekali lagi saya ke sana. Rupa-rupanya di bahagian belakang kedai tersebut ada 'selonggok' lagi buku lama yang sebelum ini saya tidak perasan. Dalam keadaan tergesa-gesa sempat juga saya mendapatkan beberapa buah buku yang tidak kurang hebatnya juga. Antaranya:-

1. Wajah Seorang Wanita - SN S Othman Kelantan.
2. Sahabat (Antologi Pemenang Hadiah Sastera Perdana tahun 1982/1983).
3. Murtad - Harun Haji Salleh.
4. Di Mana Bulan Selalu Retak (Drama) - SN A Samad Said.
5. Tiga Catatan Perjalanan (Kumpulan puisi) - Baha Zain.
6. Erti Kedewasaan (Kumpulan puisi) - selenggaraan Rahman Shaari.
7. Kuntum Harapan (Kumpulan puisi) - Zahari Hasib.

Kesemuanya mendapat diskaun yang istimewa. Rebutlah peluang selagi stok masih ada.
*Entah bila akan habis baca pun tidak pasti.

6 ulasan:

  1. Sebenarnya seperti yang saudara ketahui, saya juga mencipta satu blog menulis cerpen. Tetapi entah kenapa penulisan saya terasa hambar. Saya rasa saya hilang semangat menulis.

    Mungkin inikah yang dikatakan sebagai writer's block?

    Saya mempunyai idea penulisan yang banyak. Tetapi apabila dikembangkan menjadi plot dan dialog, saya seperti kelu ingin menulis apa.

    Boleh berikan tips sedikit tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat terharu dengan usaha yang dilakukan Wong. Menyelak sejarah penulisan di blog saya. Terima kasih ya.

      Untuk makluman Wong, tidak semua idea dapat diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang sempurna. Boleh saya kongsikan di sini, sebenarnya saya mempunyai dua cara penulidan. Pertamanya jika idea yang datang itu sangat kuat yang mana mendesak-desak untuk saya menulis, saya akan terus menulis dan ketika itu kelancarannya sangat dirasai.

      Keduanya pula, kalau idea itu tenggelam timbul saja, dan jika saya hendak tulis juga, saya perlukan daya imaninasi yang tinggi. Sebab itulah kadangkala cerpen saya itu bergerak mengikut daya imaginasi semata-mata. Saya mencipta sendiri plotnya yang kadangkala terasa longgar juga.

      Karya yang ditulis tidak semestinya siap sekali tulis. Walaupun saya penah menulis hingga kini hampir 100 buah cerpen, saya masih mengalami masalah yang sama. Setiap cerpen itu perlu dibaca, ditulis, disunting berulang kali.

      Padam
    2. Eh jangan kata begitu. Blog saudara memang ada keunikannya. Berkisar kisah guru dan cerpenis.

      Blog saya pula hanyalah arkib saya. Saya tidak serius berblog sangat. Huhu.

      Terima kasih juga perkongsian saudara. Betullah apa yang saya baca. Tiada penulis sempurna sekali tulis. Mereka akan ada draf penulisan. Tak kira berapa kali draf, tetapi mereka tetap akan menyunting.

      Saya dapat kenalpasti sudah kelemahan saya iaitu tidak serius dengan draf.

      Padam
  2. Koleksi cikgu yang ini pun, saya tak pernah baca. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka membaca kumpulan cerpen. Nasihat saya kalau hendak jadi penulis cerpen yang baik, harus banyak membaca genre tersebut.

      Padam
    2. Terima kasih cikgu atas nasihat. Memang inilah yang saya cuba laksanakan sekarang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78