Inilah novel terbaru Faisal Tehrani (Dr.) terbitan PTS tahun 2011 yang berharga RM 16.50. Saya terpaksa memesan buku ini di POPULAR Alor Setar, Kedah. Kalau tak salah mengambil masa satu bulan sebelum sampai ke tangan saya pada bulan Ogos 2011 lalu.
Novel ini mengandungi nilai-nilai moral Islami yang menjadikan pelajar-pelajar Akademi Seni Islam sebagai penggerak wacana yang hendak disampaikan pengarang. Kisah kedatangan Islam disampaikan dengan teliti menerusi kajian yang dijalankan. Kadangkala pengarang bijak menyelitkan lelucon yang tidak kurang lucunya dan kadangkala sinis dalam kelembutan satiranya. Ia bukan sahaja kisah kedatangan Islam tetapi mencakupi dunia perfileman negara.
Pada muka surat 28 dan 29 dipetik beberapa rangkap ceritanya:
"Kita lihat satu persatu senarai ini ya." Prof Ramlah mencapai pensel bermata tajam dari bekasnya dan menyelak helaian-helaian kertas projek filem dokumentari-drama di atas meja.
"Sharifah Ezzati untuk bawa watak anak perempuan mubaligh?"
Sofea menahan ketawa, menyinggung Sharifah yang ikut menahan tawa daripada meledak.
Prof Ramlah mengangkat muka memandang Syarifah. "Awak sekiranya berlakon, lebih baik daripada Sharifah Ezzati. Saya dengar berbagai-bagai cerita tidak elok berkenaan artis ini. Bukankah dia yang mengeluarkan kenyataan kontroversi, 'saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan rasa lebih standard apabila makan spageti' ketika menang anugerah pelakon terbaik untuk filem Budu dahulu? Dia dahulu mempertahankan cara berpakaian seksi dengan mengatakan, perempuan Melayu sudah lama tahu berkemban. Bukan dia?"
"Ketawa pula. Jangan main-main ya. Projek ini penting. Dia juga yang buat kenyataan dalam media hiburan yang sekiranya mahu filem Melayu mendapat tempat di Cannes ataupun Venice, maka artis tanah air perlu berani telanjang di layar perak, bukan?" Prof. Ramlah membentak.
Prof. Ramlah mengomel, "Awak perlu ingat yang kerja bikin filem ini adalah kerja ibadah. Malah apa sahaja tindak-tanduk kita, tidak terlepas sedikit pun daripada ibadah kerana Allah berfirman menerusi surah adz Dzariyat, ayat 56: Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepadaKu." (ms 29)
Saya rasa bahagian ini bukanlah yang menyebabkan novel ini diharamkan tetapi dikatakan ada bahagian yang 'menyeleweng.' Sebelum membuat sebarang tanggapan dan spekulasi baik anda membacanya dulu. Itupun kalau masih ada di pasaran. Saya kira ini bukan satu promosi tetapi satu .......... Anda boleh menyambungnya sendiri. Anda boleh membaca dan menyemak senarai buku yang diharamkan JAKIM. http://themalaysianreader.com/
saya membaca berita ini di Malaysia kini dan setakat ini tidak terjumpa di media tempatan. sekiranya ia benar berlaku, saya seperti ingin melaksanakan piket untuk membantah perkara ini. perkara pertama mungkin memohon jakim untuk menjelaskan duduk perkara sebenar dan sebab musabab ia diharamkan. saya kira ini adalah salah satu novel terbaik yang pernah dibaca. pengharamannya hanya akan mencetekkan ilmu umat Islam dan membenarkan maksiat berleluasa dengan lebih berkesan. lebih-lebih lagi dalam industri filem
BalasPadamBLOG SAYA TELAH SEMBUH
Ya, EN ILHAM sokongan adalah diperlukan. Selalunya orang yang tidak suka akan 'mengharamkannya'. Saya harap Faisal Tehrani tidak cepat mengelabah dan akan terus berkarya. Ternyata penulis mempunyai citra kepengarangan yang cukup hebat. Tidak mustahil saya katakan Faisal Tehrani akan menjadi Sasterawan Negara suatu hari nanti.
BalasPadamSaya tahu tentang novel ini diharamkan sahaja. Sebabnya, saya tak tahu. Mungkin sebab tak nak ambil tahu, atau sebab tiada yang memberitahu.
BalasPadamApa yang mahu saya katakan, saya yakin Faisal Tehrani seorang penulis yang cukup berbakat. Usah menyekat dan mematahkan tunas penulisannya yang kian menongkah dunia kesusasteraan.
PadamTak silap saya, Faisal Tehrani super senior di sekolah saya dahulu. Dah lama dah. Dan dia memang penulis yang cukup berbakat. :)
Padam