Pengikut

Jumaat, 2 Disember 2011

Tamat Sudah Kemasyhuran Jajahan Teratai


Tamat Sudah Kemasyhuran Jajahan Teratai

Sebuah kolam masyhur dengan teratai
membiak melata berbunga subur
tanpa akar yang berpijak di bumi
terjuntai-juntai di dasar kolam.

Bunganya terus mekar menawan
daunnya lebar menapak
pucuknya menjulang-julang
menawan kawasan
tanpa memberipun sedikit
untuk keman air
kangkong
kiambang
dari bertapak.

Pabila itik-itik terlepas dari kurungan sangkar tuannya
teratailah bunganya yang merah sekali
menjadi terpaan itik-itik menyudu
mematuk setiap kelopaknya
daunnya
hingga akar-akarnya sekali
menjadi mangsa.

Terbiarlah tumbuhan lain
beriak ke tepi kolam
melihat
bahawa itulah balasan
pabila hidup bertumpang
tapi tak bersatu
hidup melata
tapi tak kukuh
hidup teratai hanya sia-sia
menjadi boneka kecantikan
untuk tontotan sekalian makhluk.

Kampung Padang Jambu.
*Puisi ini disiarkan di Tunas Cipta November 2011

Hingga ke hari ini sudah masuk bulan Disember saya belum dapat menatap puisi ini di Tunas Cipta. Saya ada mencarinya di kedai buku. Tapi bila ditanya kata penjual itu belum sampai dan dia pun tidak pasti bila akan sampai.   

5 ulasan:

  1. sama juga kat perlis pun.. kena banyak promosi nie.. sebab x banyak yg perasan kehadiran tunas cipta.. dan yg paling penting ..mcm x byk yg menelaah benda2 begini.. kesian kan.. x dpt pendedahan ke apa ke..

    BalasPadam
  2. Ya, memang ke banyak promosi. Kalau tak bukan sahaja lambat, tapi berlonggok saja tak habis.... eh aku dapat rasakan Bicara Tunas bulan Disember nanti adalah hang.

    BalasPadam
  3. Okay, teringat saya kepada satu komen cikgu pada entri saya yang ada gambar teratai. Cikgu suruh buat puisi. Dan hari ni terjumpa puisi cikgu tentang teratai! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh. Ini merupakan puisi di awal pembabitan saya. Masih ada kekurangannya. Namun begitu, saya berbangga kerana inilah sejarah penulisan saya yang tidak boleh diubah sebaliknya boleh diperbaiki dan ditingkatkan.

      Padam
    2. Betul. Tiada sesiapa yang bermula dengan sebuah kejayaan. Semuanya bermula dengan kesusahan dahulu. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78