Alhamdulillah masih ada puisi saya yang disiarkan di majalah Jelita edisi Disember 2011. Kali terakhir karya saya tersiar di Jelita adalah cerpen Haruan di Pinggir Sawah pada bulan Mei 2011.
Semasa saya hendak pulang ke Alor Setar, Kedah pada bulan November lalu saya mengambil bas di Pudu Sentral (dulu Pudu Raya). Sementara waktu pelepasan pada jam 9.00 pagi saya bersiar-siar dahulu di kawasan dalam Pudu Sentral itu yang ternyata betul-betul berubah benar. Bukan sahaja dilengkapi pendingin hawa juga suasana yang cukup kondusif. Saya singgah di kedai yang menjual majalah. Saya belek-belek sama ada karya saya tersiar ataupun tidak. Majalah yang belum saya jumpa sebelum ini adalah Jelita. Setelah melihat Jelita Disember 2011 sudah terbit dan ada dijual di situ saya mengambilnya. Lantas halaman puisi dan cerpen menjadi keutamaan untuk saya lihat.
Alangkah gembiranya apabila puisi saya berjudul Adinda Sang Kekasih tersiar. Namun ada nada kecewa sedikit kerana nama saya Mohd sudah hilang entah ke mana. Yang tinggal Helmi Ahmad. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana tidak menjejaskan apa-apa kandungan puisi saya. Terima kasih kepada editor Jelita. Terima kasih juga yang sudi membacanya.
Tahniah sajak yang tersiar dalam Jelita ADINDA SANG KEKASIH.
BalasPadamKetika tuan melawat blog saya ada tuan menyatakan sajak saya bertajuk MARI MELANGKAH KE LEMBARAN LEMBARAN BARU tersiar dalam MINGGUAN MALAYSIA minggu lalu. Tidak ada sajak saya tersiar dalam MINGGUAN MALAYSIA itu. Bolehkah jelaskan MINGGUAN MALAYSIA edisi mana menyiarkan puisi saya itu. Salam perkenalan. Terima kasih.
Tahniah saudara,
BalasPadamBanyak sungguh karya saudara di media tahun ini ya. Semoga terus berjaya ya! :)
Sajak Tuan Osman tersiar di Mingguan Malaysia edisi 11 Disember 2011. Tentu Tuan tidak perasan kerana sajak itu bukan berada di dalam ruangan Pancaindera yang selalu disiarkan tetapi diasingkan. Cuba lihat halaman besar yang terasing tetapi hanya beberapa halaman saja. Kalau tidak jumpa nanti info lain kepada saya.
BalasPadamTerima kasih kepada Hanna yang sudi bertandang. Alhamdulillah berkat kesungguhan dan ilham dari-Nya saya mampu menulis dengan lancar. Begitu juga dengan Hanna dengan harapan dapat melihat karya di media tahun depan.
BalasPadamSaya telah menjumpainya dalam Mingguan Keluaran Khas hari keputeraan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Terima kasih atas penjelasan tuan. Assalamualaikum.
BalasPadamSama-sama Tuan Osman. Saya tumpang gembira. Harap-harap selepas ini sudilah jengah lagi ke blog saya. Waalaikummusalam.
BalasPadamTahniah Saudara
BalasPadamsemoga lebih sukses selepas ini.
diberikan ilham oleh Allah untuk memberikan karya yang lebih baik dari semasa ke semasa
dan dipermudahkan segala urusan untuk karya diterbitkan
Terima kasih kepada saudara Syamil Samad. Insyaallah selagi dikurniakan tenaga, ilham dari-Nya saya akan terus berjuang dalam bidang penulisan ini. Moga tulisan saya itu memberi manfaat kepada pembaca sekalian.
BalasPadamEffa pun nak ucapkan tahniah. Teruskan menulis ya. Pas ni tulis novel tau! Nanti setiap kali karya awak disiarkan, ingat kata-kata effa, "Tahniah helmi!" hehe... ^___^
BalasPadamSalam tahniah!
Terima kasih Tuan Osman kerana membenarkan saya memanggil Ayahanda. Saya tidak pasti ke mana hilangnya komen Ayahanda itu. Ya saya ada menghantar puisi dan cerpen ke Mingguan Warta Perdana.
BalasPadamTerima kasih Effa. Saya ingat selalu Effa ucapkan Tahniah kepada saya. Insyaallah sekiranya ada rezeki akan saya tulis novel pula.
BalasPadamTerima kasih krn mengunjungi blog saya. Moga jalinan puisi akan berterusan. Selamat berpuisi.
BalasPadamTerima kasih juga kepada Tuan Amran kerana sudi berkunjung balas. Selamat berpuisi juga untuk Tuan.
BalasPadamPernah juga ejaan nama saya disalahtuliskan oleh editor. Lagi teruk, bukan nama saya yang tersiar. Apabila saya semak semula, nama penulis yang tertulis untuk karya saya ialah nama penulis untuk cerpen terbitan sebelumnya. Sangat sedih ketika tu.
BalasPadamSehingga hari ini saya masih was-was untuk mengaku karya itu karya saya. Sebab tiada sebarang bukti pun. Bukti e-mel pun tiada, sebab berada dalam e-mel saya yang sudah tidak dapat dibuka. Melainkan 'soft copy' yang saya simpan. :)
Dahulu kali pertama nama saya ditulis Helmi Ahmad saya berasa kurang senang. Namun kini, sudah menjadi kebiasaan pula. Tidak mengapalah.
PadamOh, seharusnya editor perlu lebih berhati-hati dalam hal ini.