Puisi ini saya hantar ke akhbar Bacaria pada bulan Oktober 2008 dan tersiar pada bulan Januari 2009. Puisi ini saya hasilkan semasa menuntut di UPM.
Setelah saya menghantarnya menggunakan pos saya tidak menyemak media tersebut. Hingga rakan saya Normaizura menelefon saya mengatakan "Ada tak puisi hang berjudul Berdiri di atas Kaki Sendiri?" lebih kurang begitulah. "Puisi hang terbit dalam Bacaria", katanya. Saya seperti tidak percaya. "Takpa nanti aku bawa balik keratan puisi tu, aku bagi dekat hang." Normaizura banyak memberi galakan kepada saya di awal pembabitan saya menulis. Terima kasih saya ucapkan.
Selepas itu Normaizura ini bawa keratan puisi itu ke dalam kelas. Betapa malunya saya apabila beberapa rakan saya tahu yang puisi saya tersiar di media. Orang kata malu-malu kucing.
Dan ang pun banyak memberi semangat kat aku sekarang. Tak salah. Asal sesama kita tidak saling mencemburui pada jalan yang salah.. =) Seronok aku kawan2 maju .. Tolak aku lagi! hahaha
BalasPadamInsyallah. Atas kemahuan dan semangat untuk terus maju kita akan maju. Aku menanti karya terbaru hang. Ayuh sahabatku-Citra Dinda asah kembali mata penamu.
BalasPadam=) baik bos
BalasPadamWah! Inilah puisi pertama cikgu yang tersiar ya. Menarik juga. Setakat ni saya belum pernah menghantar sebarang karya menggunakan pos. Semuanya menggunakan e-mel sahaja.
BalasPadamYa, inilah puisi pertama saya. Terima kasih. Saya pernah merasai bagaimana seorang penulis menghantar karya melalui pos.
Padam