Pengikut

Ahad, 5 Mei 2013

Cerpen: Sejujur Jubah Abang Pin di Jelita


Alhamdulillah, sekali lagi cerpen saya disiarkan di majalah Jelita, Mei 2013. Untuk rekod peribadi, ini merupakan cerpen kedua yang tersiar di majalah ini pada tahun 2013. Pertamanya pada bulan Februari dengan tajuk, Nyonya Ba dan Sebakul Kenangan

Dengan mempertaruhkan SEJUJUR JUBAH ABANG PIN, saya berharap cerpen ini mampu menarik hati editor dengan isu yang dibawa. Persoalan dalam cerpen ini bukan sahaja seputar jubah, sebaliknya isu-isu yang bersangkutan jubah itu yang hendak dilihat. Jika hendak mengetahuinya, dapatkan majalah ini. Pasti anda akan tahu apa yang saya maksudkan. 

Melalui  watak Abang Pin, Wawa dan Kak Yati pembaca akan menyingkap kisah silam, kisah semasa dan apakah yang telah berlaku seterusnya. Dalam kehidupan sesebuah keluarga pelbagai kenangan, dugaan, pengalaman yang membuatkan seseorang itu lebih memahami erti kehidupan.

Sebenarnya, saya tulis dan hantar cerpen ini sekitar bulan Disember 2012. Lama juga saya menunggu. Walau apapun, terima kasih kepada editornya. Nampaknya sudah dua bulan Jelita tidak menyiarkan puisi untuk ruangan puisi. Harapan saya, ruangan itu janganlah digugurkan dan sebaliknya terus dimartabatkan.

Foto dari FB Jelita
Kepada yang sudi membeli dan membacanya terima kasih saya ucapkan. Kepada yang hendak beli dan belum beli, kulit depannya, gambar Ziana Zain.

Selamat membaca!

6 ulasan:

  1. Wah bang Helmi, sentiasa berkembang positif! Hehe banyak-banyak tahniah.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Perkembangan yang positif jika kita berfikir secara positif.

    Perlu gigih berusaha, berdisiplin untuk mencapai apa-apa yang diingini.

    Terima kasih banyak-banyak atas ucapannya, Sue.

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu! Wah! Gembiranya dah dapat tinggalkan komen semula.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Kak Long. Lepas ni bolehlah tinggalkan banyak-banyak komen. Huhuhu....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78