"Sejarah sukar ditulis, walaupun mengenai perkara yang munasabah, tanpa melibatkan begitu banyak kronologi." Ruhaini Matdarin
Saya mencari idea untuk menulis. Terlintas difikiran akan novel yang memenangi tempat kedua HSKU 2012 iaitu Waris Pejuang. Ada sesuatu yang istimewa yang perlu diselongkarkan.
Salah satu cara untuk saya memulakan penulisan ialah memaksa diri. Jika tidak bermula, tidak akan nampak perkembangan, akhiran dan hasilnya. Maka, tanpa perlu menunggu ilham turun dari langit, saya paksakan diri untuk memulakannya.
Saya pegang Waris Pejuang, saya capai sebatang pensel lalu saya gariskan idea yang bakal saya terjemahkan dalam bentuk penulisan nanti. Sesungguhnya, bentuk penulisan itu bukanlah ulasan buku.
Insya-Allah sekiranya ada rezeki saya akan kongsikan nanti.
Saya pegang Waris Pejuang, saya capai sebatang pensel lalu saya gariskan idea yang bakal saya terjemahkan dalam bentuk penulisan nanti. Sesungguhnya, bentuk penulisan itu bukanlah ulasan buku.
Insya-Allah sekiranya ada rezeki saya akan kongsikan nanti.
Tahniah cikgu, sajak "Harapan Dari Waktu Ke Waktu", tersiar dalam Jendela Utara, Disember 2012. Huhuhu, Kak Long baru dapat JU Disember ni, hari ini. Sampai yang bulan April 2013 dahulu baru yang ini :) Jom terus menulis!
BalasPadamTerima kasih Kak Long. Saya telahpun menerima Jendela Utara, Disember 2012. Mungkin JU, April 2013 tidak dapat kerana tiada karya saya.
BalasPadamJom, menulis!
Rasanya JU April akan sampai juga ke tangan mereka yang turut berkarya dalam ruangan kreatif JU tu, meskipun tiada karya tersiar dalam edisi tersebut. Mungkin cepat atau lambat saja.
BalasPadamKak Long sering menerima JU setiap terbitan meskipun agak lambat, dan kadang-kadang ada juga DBPWU terhantar dua kali hehe dalam tempoh masa berbeza :) Tapi tak rugi kalau depa hantar lebih pun. Lagi banyak, lagi baik. Boleh letak kat perpustakaan dan pusat sumber untuk bacaan.
Saya setuju dengan tuan. Paksaan mampu membuatkan minda kita ligat menulis. Seperti saya memaksa untuk menulis setiap hari di blog.
BalasPadamOh, pembacaan dua kali buku sememangnya akan memberi erti baru kepada kita. Menantikan penulisan tuan yang baru itu. =D
Oh, kalau begitu, saya akan nantikan kemunculan JU April.
BalasPadamInsya-Allah, sekiranya ada rezeki, akan saya maklumkan nanti.
BalasPadamBagaimanapun, mood menulis, menurun sedikit. Kesihatan tidak mengizinkan.