Setelah Timbalan Perdana Menteri mengumumkan yang HSPM akan diadakan setahun sekali, berbanding sebelum ini dua tahun sekali, penyertaannya telah pun mula dibuka. Kepada yang berminat untuk menyertai HSPM 2012, ayuh masih berbaki dua hari sebelum tarikh tutup 3 Mei 2013. Syarat-syaratnya bolehlah diperolehi daripada laman sesawang DBP.
Apa yang boleh saya nyatakan di sini, kepada penulis yang ingin menghantar kategori eceran pastikan nombor ISSN nya disertakan sekali. Barangkali untuk karya yang disiarkan di majalah tidak menjadi masalah kerana ada disertakan, namun begitu sukar untuk mendapatkan nombor yang disiarkan di surat khabar. Penulis juga boleh menyemak nombor ISSN mereka melalui sistem OPAC.
Bagi saya masa yang diberikan terlalu singkat. Sepatutnya, tarikh tutup perlu dilanjutkan selepas pilihan raya. Harapan saya juga, selepas ini cara penyertaanya juga dinaiktaraf. Bukan lagi penulis yang menghantar karya kerana HSPM bukanlah sayembara tetapi anugerah yang paling berprestij dalam dunia sastera Malaysia.
Walau bagaimanapun, selamat mencuba. Semoga berjaya!
P/S Selamat menyambut Hari Pekerja
P/S Selamat menyambut Hari Pekerja
Assalamualaikum saudara,
BalasPadamdalam pengetahuan saya, untuk karya di akhbar mungkin tiada ISSN kan? Dalam OPAC pun tidak disertakan rasanya.
Selamat berjaya dalam HSPM. :)
Waalaikumsalam, saudari.
BalasPadamYa, memang tidak dinyatakan untuk terbitan di surat khabar.
Huhu... selamat berjaya juga kepada yang menyertainya. Saya tidak menyertai untuk HSPM 2012.
Eh, kenapa saudara tidak ikut serta? bukankah karya saudara pada tahun 2012 sangat banyak?
BalasPadamOh, karya-karya saya kebanyakannya berada di kampung. Jadi, tidak ada masa untuk menguruskannya.
BalasPadamWalau apa-apapun semoga berjaya kepada saudari dan penulis lain yang menyertainya.
Kak Long juga tidak menyertai HSPM. Tidak layak menyertainya lagi, bahkan terlalu jauh perjalanan ke sana.
BalasPadamKenapa tidak layak pula Kak Long?
BalasPadam