Pengikut

Ahad, 19 Mei 2013

Surat kepada Editor di Dewan Sastera Mei 2013


Terima kasih kepada editorial Dewan Sastera yang memilih surat saya yang berjudul "TAHNIAH, SASTERAWAN NEGARA KE 12!" Surat ini hanya sekadar untuk mengucapkan tahniah atas penganugerahan Anugerah Sasterawan Negara kepada Baha Zain. 

Dalam edisi ini surat saya tersiar bersama dua orang lagi penulis Kedah iaitu Mohd Haniff dan Wadiasoffi.

6 ulasan:

  1. Tahniah berganda kepada CIkgu Helmi. Wah! Benar-benar hadiah sempena hari guru ni :)

    Tahniah juga buat adindaku Mohd. Haniff.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Kak Long. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  3. Salam...hadiah bermakna hari guru...hemm..anda benar-benar hebat menulis...cemburu rasanya...bagaimana anda menulis dengan cepat dan menghantar kepada editor dalam masa yang sama kerja sekolah melambak-lambak (kalau saya la)...kongsikanlah jika tidak keberatan..

    BalasPadam
  4. Setiap bulan tekal dan sentiasa ada karya terbaharu. Terus sukses!

    * jemput hantar puisi ke SOLUSI. :)

    BalasPadam
  5. Waalaikusalam, Cikgu Hanom Taib. Terima kasih kerana sudi singgah di sini lagi.

    Tiada apa-apalah kehebatan itu jika tidak ada yang menyatakannya. Saya menulis sekadar yang mampu.

    Saya perlu berterima kasih kepada masa lalu saya kerana ketika itu saya banyak menghasilkan karya dan sejumlahnya hanya terbiar begitu saja walaupun pernah cuba dihantar ke editor. Namun kini, tibalah masa saya memurnikan semula karya tersebut. Alhamdulillah. Diterima.

    Jika kita sudah tahu strategi untuk memikat editor pasti senang untuk diterima. Maksud saya, apabila kita sudah biasa dan tahu corak penulisan sesebuah media itu, senanglah kita menghasilkan karya yang dikehendaki.

    Ya, saya tak nafikan kerja di sekolah memang bertimbun-timbun. Saya merasainya sekarang ini setelah berpindah ke sekolah baharu. Saya cuba sesuaikan diri dan cari masa terbaik. (dah dua minggu, kerja penulisan entah ke mana). Sibuk dengan pemeriksaan kertas dan persediaan untuk pertandingan Bicara Berirama.

    P/S: Sekadar perkongsian.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, Jamilah. Tetapi sekarang ini saya terpaksa bertarung dengan diri dan masa untuk melunaskan tugasan di sekolah dan kerja penulisan.

    *Insya-Allah, jika ada karya bersesuaian akan saya kirimkan nanti.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78