Pengikut

Khamis, 23 Mei 2013

Antara Seorang Guru dan Seorang Penulis

Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan untuk penggal satu 2013. Selamat bercuti kepada guru-guru sekolah. Bagi yang terlibat dengan kelas tambahan, teruskan. Jasa dan pengorbanan guru amat dihargai.  

Ramai yang bertanyakan kepada saya, bagaimana saya menulis dan pada masa yang sama saya ini seorang guru. Guru yang seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja yang berlambak-lambak, sudah pastilah masa senggang untuk bersantai dalam kondisi yang selesa amat terbatas. Apatah lagi untuk memperuntukkan waktu dan mengerah fikiran untuk menulis. 

Saya cuba mengimbangi. Namun begitu, dua minggu kebelakangan ini, saya akur dengan tugas seorang guru. Maka, saya tinggalkan kerja-kerja penulisan. Masa yang ada sangat terhad. Pelbagai tugasan di sekolah perlu disegerakan. 

Bagi penulis sepenuh masa, apa yang boleh saya katakan, saya amat cemburukan anda yang boleh menulis dengan kondisi yang tidak mendesak dan santai. Jika anda melepaskan peluang itu, amatlah rugi. Saya tidak boleh menjadi dua watak dalam satu masa. Tetapi apa yang boleh saya satukan ialah jiwa seorang penulis dan jiwa seorang guru yang saling bertoleransi. 

Insya-Allah, cuti penggal ini (hanya seminggu) saya akan tebus kembali masa untuk saya menulis!



6 ulasan:

  1. Afie Qaisarah:-

    Selamat bercuti. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Saya akui untuk menjadi penulis sepenuh masa juga memerlukan cabarannya tersendiri.

    Bagi saya, pekerjaan guru membantu tuan untuk lebih berkarya dengan baik. Selamat bercuti dan selamat menulis.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya:-

    Terima kasih juga atas pandangan yang diberikan.

    BalasPadam
  4. Menjadi seorang penulis tidak semudah yang disangkakan. Kak Long pernah melalui pahit manis jatuh bangun dalam dunia kecintaan ini. Usaha dan tawakal, semangat dan dorongan orang-orang di sekeliling juga sangat mempengaruhi. Ya, menulislah walau apapun halangan yang bakal mendepani nanti.

    BalasPadam
  5. Halangan dan cabaran itu suatu perjuangan, Kak Long.

    Bagi saya, jika saya tidak dapat menulis, saya akan berasa resah. Walaupun berkali-kali saya mengeluh akan kesulitan itu, tetap tidak menokhtahkan karier saya sebagai seorang penulis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78