Alhamdulillah, sekali lagi cerpen saya disiarkan di majalah Jelita, Mei 2013. Untuk rekod peribadi, ini merupakan cerpen kedua yang tersiar di majalah ini pada tahun 2013. Pertamanya pada bulan Februari dengan tajuk, Nyonya Ba dan Sebakul Kenangan.
Dengan mempertaruhkan SEJUJUR JUBAH ABANG PIN, saya berharap cerpen ini mampu menarik hati editor dengan isu yang dibawa. Persoalan dalam cerpen ini bukan sahaja seputar jubah, sebaliknya isu-isu yang bersangkutan jubah itu yang hendak dilihat. Jika hendak mengetahuinya, dapatkan majalah ini. Pasti anda akan tahu apa yang saya maksudkan.
Melalui watak Abang Pin, Wawa dan Kak Yati pembaca akan menyingkap kisah silam, kisah semasa dan apakah yang telah berlaku seterusnya. Dalam kehidupan sesebuah keluarga pelbagai kenangan, dugaan, pengalaman yang membuatkan seseorang itu lebih memahami erti kehidupan.
Sebenarnya, saya tulis dan hantar cerpen ini sekitar bulan Disember 2012. Lama juga saya menunggu. Walau apapun, terima kasih kepada editornya. Nampaknya sudah dua bulan Jelita tidak menyiarkan puisi untuk ruangan puisi. Harapan saya, ruangan itu janganlah digugurkan dan sebaliknya terus dimartabatkan.
Foto dari FB Jelita |
Selamat membaca!
tahniah!
BalasPadamTerima kasih Kak Rositah.
BalasPadamWah bang Helmi, sentiasa berkembang positif! Hehe banyak-banyak tahniah.
BalasPadamAlhamdulillah. Perkembangan yang positif jika kita berfikir secara positif.
BalasPadamPerlu gigih berusaha, berdisiplin untuk mencapai apa-apa yang diingini.
Terima kasih banyak-banyak atas ucapannya, Sue.
Tahniah cikgu! Wah! Gembiranya dah dapat tinggalkan komen semula.
BalasPadamTerima kasih Kak Long. Lepas ni bolehlah tinggalkan banyak-banyak komen. Huhuhu....
BalasPadam