Pengikut

Ahad, 26 Februari 2012

Melepaskan Rindu

 Hujung minggu ini saya ke Bangi. Hajatnya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lama. Pada malam sabtu Hafiz telah merancang untuk makan sate di UK. Bersama-sama dengan Big, Nine. Alhamdulillah perjumpaan yang memakan masa hampir 2 jam itu sambil 'pekena' sate mengundang gelak tawa. Masing-masing menceritakan hal masing-masing. Saya dan Big sudah tentu berkongsi pengalaman di sekolah berdepan dengan kerenah anak murid. Nine pula dengan urusan kewangannya di sebuah syarikat, Hafis pula dengan editornya.


Semalam, kami berjumpa lagi. Kali ini lebih ramai. Zura, Sera, Hafsyam, Big, saya dan juga Hafis. Kali ini kami 'pekena' ikan siakap 3 rasadi Village View, Bangi. Tempatnya menarik. Berteman air terjun, disimbah cahaya neon sungguh romantik. Ramai memang ramai tempat ni, tapi pekerja-pekerjanya yang mahir membolehkan makanan yang dipesan cepat sampai. Jadi kami tidak perlulah menunggu lama. Walaupun sudah lama tidak berjumpa perangai masing-masing masih tidak berubah. Yang paling lucunya Big yang pandai mengeletek kami hingga ketawa terbahak-bahak.

Nampaknya masing-masing sudah berjaya. Hafis sebagai editor di Pelangi, Zura, Sera dan Hasyam sambung master. Alahamdulillah, paling penting graduan bahasa dan sastera bukanlah seperti apa yang digambarkan yang mana selalu menganggur.


5 ulasan:

  1. ala, jeles!!!
    tapi cantik background ang...lagi mabeles!!!

    BalasPadam
  2. jahat plan jumpa time aku takde!
    nasib baik background ang cantik meletops! =P

    BalasPadam
  3. Nak buat macam mana hang tu bertapa atas gunung mana tah, tak turun-turun.

    Lain kali kita jumpa lagi.

    Terima kasih, terima kasih. Ala-ala ja background ni.

    BalasPadam
  4. huhu ..tapi masih ramai juga yang tak perasan kewujudan kos kite nie..di manakah silapnya ye cikgu helmi???

    BalasPadam
  5. Oh, kalau pasal tidak perasan ni, disebabkan stigma(pandangan) masyarakat.

    Dasar pekerjaan yang lebih menjurus ke arah sains dan teknologi.

    Jika org pandang tinggi pada kos kita pasti tidak wujud diskriminasi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78