2.2.2012
Wah, sungguh cantik susunan tarikh pada hari ini! Sedarkah kita betapa Allah itu Maha Indah. Diciptanya sesuatu yang tak terjangka oleh pemikiran manusia. Betapalah untuk melihat dan menanti tibanya pula tarikh sebegini entah bila. Cukuplah untuk kita memuhasabah diri pada hari ini kembali dekat dengan-Nya.
Sebenarnya entri pada hari ini bukan untuk menceritakan akan tarikh ini tetapi saya mahu membawa pembaca untuk memuhasabah diri akan diri sendiri. Betapa saya kira saya sendiri juga masih belum mengenali diri saya sendiri. Allah mengurniakan kiri dan kanan. Pernahkah anda menyedari bahawa anda selalu menggunakan kiri atau kanan? Ada sebahagian daripada kita menggunakan tangan kanan tetapi ada sebaliknya. Walau bagaimanapun dalam sesuatu perkara kita serupa.
Pernahkah anda melihat orang makan dengan menggunakan tangan kiri walaupun pada hal dalam hal-hal lain dia adalah bertangan kidal?
Dalam sesuatu perkara lagi. Kita mesti@wajib memulakan amalan berwuduk dengan mendahului anggota sebelah kanan. Kedua-dua persamaan ini juga membuktikan bahawa dalam perbezaan masih ada persamaan. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah menciptakan persamaan dan perbezaan? Sesungguhnya Allah itu Maha adil dan saksama.
Dalam banyak perkara lain sememangnya ada perbezaan dan saya rasa ada yang tidak menyedarinya. Di sini saya menyenaraikannya antaranya.
1. Memotong kuku
2. Memakai stoking
3. Menyikat rambut
4. Menggosok gigi
5. Memakai kasut
6. Menyarung seluar
(Boleh ditambah, ini sekadar yang terlintas semasa saya menaip entri ini)
Selalunya kita hanya memerhati kelakuan atau tindakan orang. Apa kata mulai hari ini kita melihat diri sendiri. Betapa 'aku' ini selalu memulakan sesuatu perkara melalui kiri atau kanan.
Satu hari kita boleh membuat 1000 sunah dari Rasulullah SAW kata ulamak.....kadang2 kita ambil mudah saja....
BalasPadamYa, moga kita selalu bermuhasabah diri.
BalasPadam